<BGSOUND src="//www.angelfire.com/tx3/azman/cindai.mid" LOOP="INFINITE"> KATA-KATA HIKMAH
Al Iman Ali Bin Abi Talib

1.Ketepikan dan maafkanlah kesalahan orang yang pemurah dan bermaruah, kerana jika mereka jatuh, tangan Allah akan menarik tangan merekan (bangun) semula.

2.Sesaorang itu menjatuhkan nilai dirinya bila ia mula merasa tamak. Ia rela dengan kehinaan bila ia menceritakan tentang kemiskinan dan kesusahannya. Ia menghina dirinya bila ia tidak dapat mengawal lidahnya.

3.Apabila sedikit nikmat sampai kepada kamu, maka janganlah 'dihalau' nikmat itu dengan perbuatan kurang bersyukur

4.Sebaik-baik teman ialah redza (dengan takdir) Allah. Ilmu merupakan pusaka yang paling berharga. Adab merupakan pakaian yang indah yang tetap baru dan fikiran merupakan cermin yang bersih(pemikiran yang mendalam dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi)

5.Apabila dunia datang kepada sesaorang, ia meminjamkan kebaikan manusia lain kepadanya dan apabila dunia meninggalkan orang itu, ia merampas kebaikan yang ada padanya.

6.Bergaullah dengan manusia secara baik sehingga jika kamu mati, mereka menangis ke atas mu dan jika kamu hidup mereka kasih kepadamu.

7.Siapa yang lambat pekerjaannya, tidak cepat pula keturunannya

8. jadilah orang yang pemurah tetapi jangan membazir, berkira-kira dan hiduplah secara ala kadar, tetapi jangan bakhil

9. Kekayaan yang paling mulia ialah meninggalkan keinginan dan angan-angan

10. Siapa yang panjang angan-angan bererti ia merosakan amalannya

11.Dalam suasana t6engelam timbul dan berubah-ubah dapatlah di ketahui hakikat dan kualiti sesaorang itu

12.Dosa yang menyebabkan kamu bersedih dan bertaubat lebih baik dari kebaikan yang menyebabkan kamu 'ujub'(berasa megah diri)

13.Hati dan jiwa manusia adalah liar, siapa yang menjinakannya akan dikasihi

Sila lawat lagi, terima kasih