Tuan/Puan, PROSES INGIN
MENGANDUNG
Terlebih dahulu salam kasih mesra
dihulurkan kepada anda yang
telah menghubungi saya dan salam perkenalan kepada yang berkeinginan
untuk
menimang anak sendiri bagi mereka yang sukar untuk mengandung atas
sebab
tertentu. Saya benar-benar prihatin dan ingin membantu agar puan
terlepas
daripada belenggu kesukaran untuk mengandung.
Masalah ini
biasa berlaku bagi pasangan
suami isteri yang
telah bertahun-tahun berkahwin dan mencuba bermacam-macam ikhtiar namun
masih
belum berhasil. Segala masalah anda akan dapat diatasi dengan mudah.
Dengan
syarat anda bersatu berusaha, berikhtiar dan berdoa dan tidak berputus
asa. Renungilah
kisah Nabi Zakaria di dalam AlQuran, walaupun usianya telah tua dan
isterinya
pula mandul tetapi atas berkat usaha, ikhtiar dan berdoa akhirnya ALLAH
SWT
telah kurniakan anak untuk mereka berdua. Saya juga mengucapkan tahniah kepada pasangan yang telah berjaya mendapat cahayamata dan kepada yang belum dan sedang berusaha diharap dapat teruskan dengan penuh kesabaran, tidak mustahil suatu hari dengan izin ALLAH SWT jua dan sifat Rahimnya akan membuahkan hasil. Suka saya nyatakan di sini, keyakinan kita kepada ALLAH SWT dengan usaha yang ditunjukkan adalah suatu jalan kejayaan. Akhirkata, saya simpulkan di sini bahawa proses ingin mengandung terletak dalam sanubari sendiri dan ia memerlukan kerjasama yang erat antara pasangan suami isteri. Dalam AlQuran ada ditegaskan ALLAH SWT tidak akan mengubah nasib seseorang itu kecuali orang itu sendiri yang mengubah nasibnya. Didoakan semoga anda berjaya dalam mencapai cita-cita dan beroleh kebahagiaan. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum wrt.
Yang ikhlas,
(HAJAH FARIDAH BINTI RAZALI) |