Modul 1 - Ibadah Dalam Islam

MODUL 1 (Sambungan)

1.4 (ii)    Ibadah Dalam Islam


1.0      Muqaddimah

2.0      Pengertian 'Ibadah Menurut Islam

3.0      Ruang Lingkup 'Ibadah

4.0      Ciri-Ciri 'Ibadah Dalam Islam

  1. 'Ibadah hanya dikerjakan semata-mata kerana Allah

  2. Perhubungan langsung di antara hamba dan PenciptanNya

  3. Melambangkan Khudu' yang Penuh dan Keta'atan yang Mutlak kepada Allah

  4. Ruang Lingkup 'Ibadah yang Luas

  5. Tidak Terkongkong pada Sesuatu Tempat Peribadatan Sahaja


1.0     Muqaddimah

'Ibadah dalam Islam adalah berlainan sama sekali dengan konsep dan 'amalan agama agama atau kepercayaan kepercayaan lain. Ianya bukan perbuatan mengasingkan diri, ianya juga tidak terbatas kepada tempattempat tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui perantaran orangorang tertentu.

Konsep konsep seperti ini tidak wujud di dalam syari'at Islam. Namun demikian, pengaruh konsep asing ini telah dapat juga menyerap ke dalam kehidupan sebahagian besar umat Islam. Oleh itu timbullah berbagai tanggapan terhadap 'ibadah. Ada yang menganggap 'ibadah itu tertumpu kepada salat, puasa, zakat dan haji sahaja; terdapat juga di kalangan umat Islam yang mengaku ber'ibadah kepada Allah tetapi tindak tanduknya menunjukkan bahawa ia melaksanakan 'ubudiyyah kepada sesuatu selain dari Allah. Malah terdapat juga orang orang yang berpandangan bahawa ruang lingkup 'ibadah itu tidak ada kaitannya langsung dengan urusan masyarakat terutamanya dalam bidang politik dan pemerintahan.

Sebenarnya Islam telah meletakkan 'ibadah di tempat yang paling istimewa sekali. Di dalam al Qur'an dijelaskan bahawa seluruh jin dan manusia dijadikan semata mata untuk tujuan ber'ibadah kepada Allah. Pengertian 'ibadah yang sebenarnya penting difahamkan kepada semua muslimin dan muslimat agar mereka benar benar dapat melaksanakan segala tuntutan tuntutan Islam di dalam kehidupan mereka seharian.

2.0     Pengertian 'Ibadah Menurut Islam

Dari segi bahasa 'ibadah bererti merendah diri, tunduk, patuh dan ta'at. Dari segi syara' pula 'ibadah diertikan sebagai ta'at, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah. Jelasnya, 'ibadah ialah peng'abdian diri sepenuhnya kepada Allah.

Dari segi ini Al Qur'an menjelaskan 'ibadah sebagai 'ubudiyyah dan keta'atan. Firman Allah yang mafhumnya:

"Hai orang orang yang beriman! Makanlah rezqi yang baik yang Kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika kepada Nya kamu ber'ibadah." (Al-Baqarah: 172)

Firman Allah yang mafhumnya:

"Katakanlah: Akan ku beritakan kepadamu tentang pembalasan Allah yang lebih buruk dari itu; yang dikutuki Allah dan dimurkaiNya, ada yang dijadikan-Nya kera, ada yang dijadikan-Nya babi dan ber'ibadah kepada taghut." (Al Ma'idah: 60)

"Kepada tiap umat kami utus seorang seorang rasul dengan perintah: Beribadah kepada Allah dan tinggalkan taghut" (Al Nahl: 36)

"Dan mereka meninggalkan taghut, tidak lagi ber'ibadah kepadanya, dan bagi mereka berita gembira." (Al Zumar: 17)

Ibn Taymiyyah di dalam buku al 'Ubudiyyah menjelaskan: Asal makna 'ibadah ialah kehinaan, tetapi 'ibadah yang disyari'atkan Allah ke atas manusia merangkumi makna kehinaan dan kecintaan bersama, iaitu kemuncak kehinaan diri seseorang bila berhadapan dengan Allah di samping kemuncak kecintaannya terhadap Nya.

Terdapat juga ahli tafsir seperti al Tabari yang menjelaskan maksud 'ibadah sebagai: khusyuk kepada Allah, merendah diri dan tetap hati kepada Nya.

Asas 'ibadah dalam Islam ialah hakikat bahawa manusia adalah makhluq dan hamba kepada Penciptanya dan kepada Nya dia akan kembali. Penyembahan dan penyerahan diri kepada Allah, perhubungan yang suci dan perkhidtnatan yang penuh khusyuk dan rendah hati yang dilakukan oleh manusia kepada Allah merupakan beberapa ciri penting dalam amalan mengabdikan dirinya kepada Allah.

Kesimpulannya, 'ibadah ialah keyakinan, sikap, amalan dan keadaan yang memenuhi makna makna yang disebutkan tadi dalam hubungan manusia dengan Allah.

3.0    Ruang Lingkup 'Ibadah

Islam mempunyai keistimewaan dengan menjadikan seluruh kegiatan manusia sebagai 'ibadah apabila ia diniatkan dengan penuh ikhlas kerana Allah demi untuk mencapai keredaan Nya serta dikerjakan menurut cara cara yang disyariatkan oleh Nya. Islam tidak menganggap 'ibadah 'ibadah tertentu sahaja sebagai 'amal saleh malah ia meliputi segala kegiatan lain sebagaimana firman Allah yang mafhumnya:

"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebaktian, akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah kebaktian orang yang beriman kepada Allah, Hari Kemudian, mala'ikat mala'ikat, kitab kitab, nabi nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak anak yatim, orang orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang orang yang meminta minta, mendirikan salat dan menunaikan zakat; dan orang- orang yang menepati janjinya apabila berjanji, dan orang orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang orang yang benar (imannya): dan mereka itulah orang orang yang bertaqwa."  (A1 Baqarah: 177)

Firman Allah yang mafhumnya:

"Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah, dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan kemarahan orang-orang kafir dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh melainkan dituliskaniah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu 'aural saleh. Sesungguhnya Allah tidak mensia siakan pahala orang yang berbuat baik. Dan tidak mereka menafkahkan suatu nafkah yang kecil dan tidak (pula) yang besar dan tidak meiintasi suatu lembah melainkan dituliskan bagi mereka (aural saieh pula) kerana Allah akan memberi balasan kepada mereka (dengan balasan) yang tinggi dari apa yang telah mereka kerjakan."  (Al-Taubah: 120-121)

Ada seorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Betapa besarkah pahala orang yang berjihad itu.?" Jawab Rasulullah s.a.w: "Kamu tidak terdaya melakukannya (diluar medan jihad). Perbandingan orang yang berjihad pada jalan Allah ialah seperti seorang yang berpuasa, bangkit malam (untuk salat), khusyuk membaca ayat ayat (al Qur'an) tidak berhentihenti mereka dari puasa dan salat sehingga kembali orang orang yang berjihad itu ke rumah."  (Bukhari, Muslim, Tirmidhi, Nasa'i, Ibn Majah )

Daripada nas nas di atas nyatalah bahawa kegiatan kegiatan taqwa yang dikerjakan oleh seseorang seperti salat, puasa dan zikir belum memadai untuk menjadikan ia sebagai seorang muslim yang saleh. Tetapi seorang muslim yang saleh itu adalah seorang yang menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada Allah. Ini bermakna ia menjadikan seluruh masa dalam hidupnya dan setiap tindakannya sebagai sesuatu yang ditujukan untuk mendapat keredaan Allah. Oleh itu tidak terdapat ruang ruang di dalam hidupnya dan tidak terdapat sesuatu pun dari perbuatannya yang terlepas dari patuh mengikuti ketentuan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah.

Demi tujuan ia menyerahkan sepenuh hidupnya kepada Allah ia rela untuk mengorbankan apa sahaja yang ada padanya, walaupun ini bererti harta benda yang paling dikasihi dan jiwanya sendiri.

Itulah sebabnya perbezaan di antara seorang yang berjihad pada jalan Allah bagi membentuk masyarakat yang saleh dengan seseorang yang membataskan kegiatan 'ibadahnya kepada bidang bidang yang tertentu sahaja amatlah jauh. Orang yang pertama lebih tinggi martabatnya dan lebih hampir kepada Allah.

Dari sini jelaslah bahawa Islam tidak membataskan ruang lingkup 'ibadah kepada sudut sudut tertentu sahaja. Tetapi Islam menetapkan seluruh kehidupan hidup manusia adalah medan 'amal dan persediaan bekalan bagi para mu'min sebelum mereka kembali berhadapan dengan Allah di Hari Pembalasan nanti.

Hakikat ini ditegaskan oleh Al Qur'an sebagai yang mafhumnya:

"(Allah) Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik 'amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (Al Mulk: 2)

Apa sahaja kegiatan dan perbuatan yang dilakukan oleh seorang muslim dengan penuh ikhlas untuk mendapatkan keredaan Allah serta dikerjakan menurut ketetapan ketetapan syara', maka ianya dianggap sebagai 'ibadah yang dikumpulkan sebagai 'amal saleh.

Oleh itu ruang lingkup 'ibadah di dalam Islam sangatlah luas. la adalah seluas tempoh hayat seseorang muslim dan kesanggupan serta kekuatannya untuk melakukan apa sahaja 'amal yang diredai oleh Allah di dalam tempoh tersebut.

4.0    Ciri Ciri 'lbadah D Islam

Di antara keistimewaan 'ibadah di dalam Islam ialah seperti berikut:

1.     'Ibadah hanya dikerjakan semata mata kerana Allah

Al Qur'an menitik beratkan bahawa 'ibadah itu hendaklah dilakukan kerana Allah semata mata. Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan Rab mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia." (Al Isra':23)

"la telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia." (Yusuf: 40)

"Mereka tetap menyembah Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Ku."  (An-Nur: 55)

"Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan 'amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam ber'ibadah kepada Tuhannya." (Al-Kahf: 110)

Oleh itu segala tindakan yang dilakukan oleh manusia mestilah diniatkan semata mata kerana Allah. Untuk mengawal asas dan dasar ini, Islam menegah setiap perbuatan atau tindakan yang boleh mendatangkan maksud penyembahan sesama manusia ataupun membuka jalan untuk mengelirukan pengertian 'ibadah yang semestinya dikhususkan hanya kepada Allah.

2.     Perhubungan langsung di antara hamba dan Penciptanya

Dalam Islam perhubungan dapat dilakukan oleh seorang hamba dengan Allah secara langsung. 'Ibadah di dalam Islam tidak berhajat adanya orang tengah sebagaimana yang terdapat pada setengah setengah agama lain. Begitu juga tidak terdapat dalam Islam tokoh tokoh tertentu yang menubuhkan suatu lapisan tertentu yang dikenali dengan nama tokoh tokoh agama yang menjadi orang orang perantaraan antara orang ramai dengan Allah.

Dalam Islam peranan para 'ulama dan fuqaha' hanyalah untuk mengkaji dan menyelidiki hokum hokum syari'at serta mengajarkannya kepada orang ramai. Peranan mereka bukan untuk mengampuni dosa atau mengkabulkan do'a seseorang kepada Allah sebagaimana yang terdapat pada setengah setengah agama lain.

3.    Melambangkan Khudu' yang Penuh dan Keta'atan yang Mutlak kepada Allah

'Ibadah dalam Islam melambangkan khudu' atau ketundukan seseorang sepenuhnya kepada Allah serta keta'atannya yang mutlak terhadap Nya. Oleh itu dalam bidang 'ibadah khusus, ianya bersifat tauqifiyyah; iaitu ia dilaksanakan menurut garia garia yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syara' dan sebagaimana yang telah dilakukan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. Tidak boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

"Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang." (Bukhari )

"Ambillah kamu daripada ku cara cara (manasik) 'ibadat haji kamu." (Bukhari )

Adapun bagi 'ibadah 'ibadah umum, ketundukan dan kepatuhan ini dapat dilaksanakan dengan benar benar mencontohi Rasulullah s.a.w dalam seluruh jalan kehidupan. Ini berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya:

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu)bagi orang orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Qiyamah dan dia banyak menyebut Allah." (Al-Ahzab: 21)

Firman Allah yang mafhumnya:

"Katakanlah: Jika kamu (benar benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."  (AIi 'Imran: 31)

Firman Allah yang mafhumnya:

"Apa yang diberikan rasul kepadamu maka terimalah dia, dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah." (Al-Hasyr: 7)

Kepatuhan mengikut apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w bererti seseorang itu telah menundukkan dirinya mematuhi dan mentaati perintah Allah dalam ia melakukan segala 'ibadah di dalam kehidupannya.

4.     Ruang Lingkup 'Ibadah yang Luas

Ruang lingkup 'ibadah di dalam Islam amat luas sekali. Ianya merangkumi setiap kegiatan kehidupan manusia. Setiap apa yang dilakukan baik yang bersangkut dengan individu mahupun dengan masyarakat adalah 'ibadah menurut Islam selagi mana ia memenuhi syarat syarat tertentu.

Syarat syarat tersebut adalah seperti berikut:

  1. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam, bersesuaian dengan hukum hukum syara' dan tidak bercanggah dengan hukum hukum tersebut. Adapun 'amalan 'amalan yang diingkari oleh Islam dan ada hubungan dengan yang haram dan ma'siyah, maka tidaklah sekali kali ia dijadikan 'amalan 'ibadah.

  2. 'Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang baik bagi tujuan untuk memelihara kehormatan diri, menyenangkan keluarga nya, memberi manfa'at kepada umat seluruhnya dan bagi mema'murkan bumi sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah

  3. Amalan tersebut mestilah dibuat dengan seelok eloknya bagi menepati apa yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w yang mafhumnya: "Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya." (Muslim)

  4. Ketika membuat 'amalan tersebut hendaklah sentiasa menurut hukum hukum syara' dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang.

  5. Tidak mencuaikan 'ibadah 'ibadah khusus seperti salat, zakat dan sebagainya dalam melaksanakan 'ibadah 'ibadah umum. Firman Allah yang mafhumnya:

"Wahai orang orang yang beriman janganlah harta harta dan anak anak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah, barangsiapa berbuat demikian maka niereka sebenarnya orang orang yang rugi." (Al Munafiqun : 9)

Jadi, bila sahaja seorang mu'min dapat menyempurnakan kelima lima syarat di atas dalam mengendalikan segala pekerjaan dan urusan hidupnya setiap hari maka dia adalah dikira sentiasa beribadah kepada Allah meskipun dia tidak duduk di dalam masjid ketika membuat kerja kerja tersebut.

5.    Tidak Terkongkong ada Sesuatu Tempat Peribadatan Sahaja

Dalam Islam perlaksanaan 'ibadah tidak tertakluk kepada tempat tempat tertentu. Seluruh bumi Allah adalah tempat ber'ibah bagi para mu'min. Firman Allah yang mafhumnya:

"Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezqi Nya. Dan hanya kepada Nya lah kamu (kembali) setelah dibangkitkan" (Al Mulk: 15)

Dalam Islam 'ibadah boleh dilakukan di mana mana sahaja kerana di mana sahaja seseorang itu berada perhubungannya adalah terus kepada Allah. Islam menganggap seluruh bumi kecuali tempat tempat yang najia dan kotor sebagai masjid. Itulah sebabnya Rasulullah s.a.w salat di mana mana sahaja baginda berada, samaada di tengah tengah padang pasir atau di atas kenderaannya.

Sesungguhnya 'ibadah di dalam Islam tidak hanya terbatas kepada salat, zakat, puasa, haji, berzikir, berdoa dan beristighfar sebagaimana yang difahamai oleh setengah setengah golongan di kalangan umat Islam. Kebanyakan mereka menyangka bahawa bila mereka telah menunaikan perkara perkara yang fardu, bererti mereka telah menyempurnakan segala hak Allah dan kewpan 'ubudiyyah terhadap Nya.

Sebenarnya kewajipan kewajipan yang besar dan rukun rukun asasi walaubagaimana tinggi kedudukannya, ia hanyalah sebahagian daripada tuntutan 'ibadah kepada Allah. la tidak merupakan seluruh 'ibadah yang ditetapkan Allah daripada hamba hamba Nya. Kewajipan kewajipan tersebut adalah tiang tiang utama bagi mengasaskan dasar dasar 'ubudiyyah manusia kepada Allah. Selepas ini adalah dituntut bahawa setiap tindakan yang dilakukan olehnya mestilah selaras dengan dasar dasar tersebut serta mengukuhkan nya.

Manusia telah dijadikan Allah dengan tujuan untuk ber'ibadah kepada Allah. Oleh itu tujuan ini hanya dapat dilaksanakan oleh manusia sekiranya ruang lingkup 'ibadah dan daerah daerahnya cukup luas sehingga ia meliputi seluruh urusan kehidupan manusia itu sendiri.


Back | Home | Next

1