MODUL 2 (Sambungan)

2.3(i)     Ikhlas

1.0     Ikhlas Kunci segala Perbuatan

2.0     Ikhlas sebagai Titik Tolak segala Amal

3.0     Pekerjaan Duniawi sebagai Qurbah kerana Ikhlas

4.0     'Ibadat Hampa kerana Tiada Keikhlasan

5.0     Tingginya Nilai Ikhlas

6.0     Bidang Pelaksanaan Ikhlas

7.0     Buah Keikhlasan


1.0     Ikhlas Kunci segala Perbuatan

Ikhlas inilah yang merupakan kunci diterimanya amal bersih serta tidak bercampur dengan sesuatu yang lain. Menurut istilah syari'at Islam, ikhlas ialah mengerjakan amal ibadat semata mata kerana hendak mendapatkan keredhaan Allah

Jika kalimat setia ditujukan kepada sesama manusia atau pemimpin, maka keikhlasan ini adalah merupakan kesetiaan yang tertinggi yang semata mata kepada Allah.

Amal ibadat yang dilakukan semata mata mengharapkan keuntungan material atau duniawi diangggap tidak ikhlas.

Ikhlas inilah merupakan kunci diterimanya amal ibadat dan hanya dengan ikhlas inilah suatu bentuk amal ibadat yang akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah. Prinsip ini ditegaskan dalam al Qur'an yang mafhumnya :

“Sesunguhnya kami turunkan kitab (al Qur'an) itu kepada engkau dengan kebenaran. Oleh itu sembahlah Allah dengan tulus ikhlas, beragama semata mata kerana Nya. Ketahuilah bahawa agama yang suci murni itu kepunyaan Allah"  (Al-Zumar: 2-3)

"Dan mereka hanya diperintahkan supaya menyembah Tuhan dengan tulus ikhlas, beragama untuk Tuhan semata-mata, berdiri lurus, mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Dan itulah agama yang betul"  (Al-Bayyinah: 5)

2.0     Ikhlas sebagai Titik Tolak segala Amal

Niat itulah yang menjadi titik tolak permulaan dalam segala amal, dan itulah yang menjadikan kriteria ditolak atau diterimanya suatu amal. Apabila pekerjaan itu dilakukan dengan niat untuk memperoleh keuntungan duniawi, maka keuntungan duniawilah didapati. Tetapi jika niatnya untuk mendapatkan keredhaan Allah, maka redha Allah yang akan dijumpai. Dalam hubungan ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang mafhumnya :

"Sesungguhnya segala amal perbuatan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat sesuatu yang sesuai dengan apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul Nya, maka hijrahnya itu ialah kepada Allah dan Rasul Nya. Barangsiapa yang berhijrah untuk memperoleh (keuntungan) dunia atau untuk (keperluan) mengahwini seorang wanita, maka hijrahnya itu membawanya ke arah yang ditujuinya itu."  (Bukhari dan Muslim)

Ribuan orang telah menempuh perjalanan yang jauh antara Makkah ke Madinah, dengan tujuan yang berbeza beza. Namun niat ikhlas perjalanan mereka kerana kepentingan agama, itulah yang membezakan antara muhajir dan musafir. Orang yang meninggalkan Makkah semata mata kerana kepentingan agama dan mengharapkan keredhaan Allah, maka itulah dia muhajir yang sebenarnya. Manakala orang yang pergi kerana tujuan lain, maka tiada pahala hijrahlah baginya.

Untuk menentukan faktor niat ikhlas kerana Allah ini, ditegaskan pula di dalam satu riwayat, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w :

“Seorang lelaki yang berperang dengan gagah berani, yang berperang kerana marah dan yang berperang kerana riya, manakah dia di antara tiga itu masuk kategori sabilillah? Nabi menjawab : "Barangsiapa yang berperang dengan tujuan meninggikan agama Allah. itulah yang dinamakan sabilillah."  (Bukhari dan Muslim)

Jelaslah ikhlas itulah yang menjadi penggerak, motivasi atau pendorong nilai amal ibadat dan perjuangan.

Setiap kali seseorang memperoleh keuntungan duniawi yang banyak tetapi dia memberikan sesuatu dengan niat untuk memperoleh balasan dan perhatian dari orang ramai. Dia dapat meraih kemuliaan dan keutamaan duniawi, harta kekayaan yang banyak, pangkat dan kedudukan yang terhormat dan nama yang harum dan masyhur. Ini sernua disebabkan kebijaksanaannya membuat jasa dan menanam budi. Namun dalam pandangan Islam, tiada satu pun yang bernilai kecuali yang bebas dari riya' dan sebagainya. Segala amalan yang dipersembahkan semata mata kerana hendak mendapatkan redha dari Ilahi. Ini ditegaskan dalam ayat al Quran, yang mafhumNya:

"Dan mereka memberi makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan. Kami tidak memberi makan kepadamu melainkan kerana Allah, kami tidak mengharapkan daripadamu balasan dan tidak pula mengharapkan ucapan terima kasih."  (Al-Insan: 8-9)

"Yang memberikan hartanya (di jalan kebaikan), supaya bertambah bersih (jiwanya). Dan tiada seorang pun yang memperoleh kurnia, akan diberi pembalasan melainkan untuk rnencari keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan dia akan merasa puas (senang)."  (Al-Lail: 18-21)

3.0     Pekerjaan Duniawi sebagai Qurbah kerana Ikhlas

Kesempurna niat ikhlas di dalam hati mengangkat darjat amal duniawi kepada qurbah yang makbul di sisi Allah.

Sebaiknya niat yang buruk meruntuhkan taqwa dan taat. Muhammad al Ghazali, pengarang kitab Khuluq al Muslim memberikan gambaran, seandainya seorang membangunkan sebuah gudang yang megah dan di sekelilingnya penuh dengan kebun buah yang rimbun dan lebat, maka pemiliknya tergolong sebagai raja di antara raja raja dunia. Akan tetapi jika di sebalik bangunan dan kebun buahnya itu, dia berharap segala keiklasannya itu akan diberikan manfaat kepada manusia. Maka ganjaran pahala baginya putus sama sekali. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang mafhumnya :

"Siapa yang mernbangunkan gedung dan menanam tanam tanaman yang padanya tiada kezaliman, maka baginya ganjaran yang terus mengatir, seiama ia mendatangkan manfaat kepada sesuatu daripada hamba hamba AlIah."  (Ahmad)

"Tiadalah seorang muslim yang bercucuk tanam, lantas buahnya dimakan oleh burung atau manusia, melainkan baginya sebagai sedekah"  (Muslim)

Bahkan termasuk sesuatu barang halal yang diinginkan oleh hati dan disertai dengan niat yang ikhlas dan tujuan yang luhur. Maka beralihlah bentuknya daripada dunia bercorak qurbah menjadi pendekatan iri kepada Allah. Diungkapkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadith, bahawa dengan "menggauli isteri padanya adalah satu sedekah." Hal itu dimaklumi dengan menyalurkan syahawat namun kerana motivasinya niat yang luhur maka di situ juga tersedia pahala dan kebajikan.

Sa'id ibn Abi Waqqas memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya :

"Tiada engkau membelanjakan sesuatu nafkah kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan engkau akan diberi pahala, sampai kepada apa yang engkau berikan pada mulut isterimu." (Muslim)

Dalam Hadith lain Nabi bersabda yang mafhumnya:

"Makanan yang engkau berikan kepada dirimu itu sedekah. makanan yang engkau berikan kepada anakmu itu sedekah. makanan yang engkau berikan kepada isterirnu itu sedekah dan makanan yang engkau berikan kepada pelayanmu itu sedekah."  (Ahmad)

Demikianlah jauh jangkauan motivasi niat yang ikhlas sehingga dapatlah segala tindak tanduk seorang muslim bercorak qurbah. Segala gerak gerinya, tidurnya dan bangunnya. mati dan hidupnya, semua tertakluk kepada reda Allah. Dengan demikian terasalah makna kehidupan dan nikmat dengan ikhlas kerana Allah.

4.0    Ibadat Hampa kerana Tiada Keikhlasan

Jika perbuatan duniawi dapat diberikan corak qurbah dengan motivasi niat ikhlas, maka sebaliknya tidak jarang pula ibadat yang hilang nilai pahalanya. Bahkan menjadi keburukan dan kerugian, jika dialihkan daripada motivasi ikhlas kepada kepentingan duniawi. Salah satu contoh daripadanya ialah sembahyang yang dikerjakan kerana riya' atau ingin dipuji. Ini ditegaskan lagi dalam al Qur'an. yang mafhumnya:

"Maka kecelakaan akan didapati bagi orang orang yang sembahyang. Yang lalai daripada sembahyangnya. Mereka yang riya' dan enggan memberi pertolongan"  (Al-Maa'un: 4-7)

Sembahyang yang dilakukan dengan riya akan menghasilkan kerugian, keburukan dan kecelakaan. Kehilangan semangat ikhlas nenjadikan salat itu mati tiada kebaikan lagi di dalamnya. Demikian juga ibadat zakat yang diherjakan dengan tidak bermotivasi ikhlas, nelainkan dengan riya' dan kesombongan tiada baginya melainkan kehampaan.

Kerana itulah diperingatkan di dalam al Qur'an yang mafhumnya:

"Hai orang orang yang beriman! janganlah kamu batalkan pahala sedekah kamu dengan kebangkitan dan gangguan sebagaimana orang membelanjakan hartanya dengan riya' terhadap manusia dan tidak beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Maka perbandingannya ialah laksana batu batu licin yang di atasnya ada pasir lantas ditimpa hujan lebat lalu batu menjadi licin. Mereka tidak bisa mendapat sesuatu pahala daripada apa yang mereka kerjakan. Dan Allah tidak memilih kaum yang kafir."  (Al Baqarah: 264)

5.0    Tingginya Nilai Ikhlas

Tingginya nilai ikhlas dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadith yang mafhumnya:

"Sesungguhnya Allah mencatat kebaikan dan kejahatan. Siapa yang berniat membuat kebaikan kemudian tidak mengerjakannya, Allah mencatat untuknya satu kebajikan. Dan jika berniat kebaikan kemudian melaksakannya, Allah mencatat sepuluh kebajikan, bahkan dapat ditambah menjadi tujuh ratus kali ganda atau lebih."  (Bukhari dan Muslim)

Di antara manusia ada yang mahu berbuat kebaikan dengan lebih tinggi, tetapi kadang kadang dia tidak terlaksana kerana adanya pelbagai rintangan misalnya kelemahan jasmani, kemiskinan dan penyakit. Namun demikian, Allah akan mencatatkan baginya dan mendoakan darjatnya ke martabat muslihin. Dalam satu persiapan peperangan, pernah beberapa orang datang kepada Nabi s.a.w agar dapat bertempur bersama di medan peperangan. Mengingatkan kelengkapan peperangan yang tidak mencukupi, maka orang-orang itu tidak dapat menyertai peperangan. Mereka berasa sedih kerana tidak mengikut terlibat di dalam jihad. Sehubungan dengan itu, turunlah ayat Allah yang mafhumnya:

"Dan tidak (ada kesalahan) atas orang orang yang tatkala datang kepadamu untuk engkau memberi kenderaan kepada mereka, lalu engkau berkata: Aku tidak dapati kenderaan yang akan kuberikan kepadamu. Mereka berpaling sambil melelehkan air mata sedih, bahawa mereka tidak berkemampuan untuk mereka belanjakan."   (At-Taubah: 92)

Semangat jihad yang bergelora dalam diri orang orang itu mendorongnya untuk ikut serta bertempur membela agama Allah. Tetapi kerana kelengkapan tidak mencukupi, maka mereka tidak ikut serta. Namun demikian mereka memperoleh kebajikan, kerana niat ikhlas yang bennukim dalam lubuk hati mereka. Sehubungan itu Rasulullah bersabda yang mafhumnya:

"Sesungguhnya ada beberapa orang yang tinggal di Madinah (tidak ikut berperang). Namun tiadalah kami melalui suatu dusun atau lembah. melainkan mereka menyertai kami. Mereka dihalang oleh uzur."  (Bukhari)

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada bentuk badan dan rupamu, tetapi memandang (menilai) keikhlasan datarn hatimu."  (Muslim)

"Ikhlaslah dalam agamamu, nescaya akan memadai bagimu amal yang sedikit."  (Hakim)

"Siapa yang meninggal dunia dengan penuh keikhlasan ierhadap Allah yang Esa yang tiada sekutu bagi-Nya, mendirikan salat dan mendirikan zakat, dia tinggalkannya sedangkan Allah reda kepadanya."  (Ibn Majah)

6.0    Bidang Pelaksanaan Ikhlas

Ikhlas perlu diterapkan pada setiap aspek dan medan kehidupan baik yang bersangkutan dengan masalah ibadat mahupun masalah mu'amalah, kerana pada prinsipnya hidup dan matinya seorang muslim selalunya untuk tujuan yang luhur iaitu reda Allah. Ini dikukuhkan lagi dengan ayat al Qur'an yang mafhumnya:

"Katakanlah: Sesunguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah, iaitu Tuhan sekelian makhluk. Tiada sekutu bagi Nya, dan begitulah aku diperintah dan adalah aku orang Islam yang pertama."  (Al-An'am: 162-163)

Mulai daripada bidang ibadat, salat, puasa. zakat haji dan lain lainnya itu semua dilakukan mesti dengan keikhlasan.

Seorang guru melaksanakan tugasnya mengajar kerana memenuhi panggilan Ilahi, agar setiap orang yang berilmu hendaklah mengajarkan ilmunya itu kepada orang lain. Dia mengajar dengan tujuan yang luhur memperoleh keredaan Allah.

Seorang pelajar atau mahasiswa tekun belajar agar dihayati keikhlasan, bahawa jalan yang ditempuhnya itu diredai Allah dan ilmu dipelajarinya sebagai saranan untuk berbuat kebaikan yang diredai Allah. Orang yang menuntut ilmu semata mata tertumpu kepada tujuan yang rendah, maka tiadaiah bahagiannya di akhirat, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

"Siapa yang mempelajari suatu ilmu yang seharusnya ditujukan untuk mendapat keredaan Allah. tiba tiba dia tidak mempelajarinya kecuali dengan rnaksud memperoleh kedudukan dan kekayaan di dunia, maka dia ridak akan memperoleh bau syurga pada Hari Kiamat."  (Abu Dawud)

Seorang pengusaha, pedagang atau usahawan yang baik ialah yang mengarahkan aktivitinya kepada reda Ilahi. Dia melaksanakan usaha itu dengan harapan keuntungan akan dipersembahkan pada jalan Allah, digunakannya untuk beribadat, berzakat, memberi makan kepada keluarganya dan diinfakkan pada jalan Allah dengan harapan mendapat reda Ilahi.

Petani atau penternak mu'min begitu tekun dalam bidang pertanian dan penternakan, berusaha meningkatkan produktivitinya, bukan untuk dinikmati sendiri dan bukan untuk mencari kepuasan duniawi, melainkan semua itu dilakukan dengan tujuan mulia, ikhlas bertujuan kepada reda Ilahi. Dengan hasil produktivitinya yang berlebihan itu dia bersyukur, berzakat menunaikan salah satu rukun Islam, bersedekah dan berinfak pada projek projek amal kebajikan.

Dia menanam benih dan melepaskan ternakannya di padang padang hijau dengan menyebut nama Allah. dengan niat dan cita cita yang luhur, hasilnya untuk kepentingan amal ibadat dalam bertaqarrub kepada Allah.

Pegawai tentera dan polis yang beriman pula semuanya hedaklah bekerja dengan ikhlas dan pasrah. Buruh yang mencari upah di pelabuhan jika dia pandai dan sedar, maka segala cucur keringatnya jatuh menitis kerana Allah. Dia melakukan sesuatu pekerjaan yang upahnya akan disalurkan pada jalan reda Allah.

Pada zahirnya mereka bekerja demi kepentingan periuk nasi sendiri, namun hakikatnya tidaklah demikian. Niatnya meluncur kepada tujuan yang 1uhur, ikhlas mencari reda Allah.

Ikhlas inilah yang membezakan dengan tegas makna dan nilai hidup, membezakan antara darjat hidup yang semata mata untuk kepentingan duniawi dan darjat hidup mu'min yang memandang bahawa segala tingkah laku di dunia ini hanyalah sebagai saranan dan bekal dalam menuju kepada Tuhan.

7.0    Buah Keihklasan

Sudah jelas bahawa buah keikhlasan itu ialah reda Allah juga ganjaran pahala yang berlipat ganda dengan kebahagiaan yang kekal di syurga.

Ini dijelaskan dalam ayat al Qur'an, yang mafhumnya:

"Bahkan siapa saja yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedangkan dia berbuat baik, maka baginya ganjaran di sisi Tuhannya, tiada ketakutan atas mereka dan mereka bukan bakal berdukacita."  (Al-Baqarah: 112)

Demikian jaminan dan janji Allah yang pasti ditepatinya kelak terhadap orang yang ikhlas. Sementara itu orang yang ikhlas, di dunia ini memperoleh sejumlah kelebihan dan keistimewaan berupa kelurusan (istiqamah), keberanian(syaja'ah), reda dan ketenangan (sakinah).

Sebagai salah satu contoh tukang sihir Fir'aun ketika telah beriman kepada Musa, demikian ikhlas hatinya sehingga dia begitu berani, pasrah, reda dan tenang menerima hukuman apa saja yang dijatuhkan kepadanya oleh Fir'aun sebagai natijah daripada imannya. Ketika diancam oleh Fir'aun, dengan tenang mereka menjawab:

"Hukumlah (kami) sebagaimana kemahuanmu, (tetapi) hanya engkau bisa menghukum di dunia ini. Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya Dia mengampunkan kesalahan kesalahan kami dan dosa dosa kami, mengerjakan sihir yang engkau paksakan kepada kami. Allah itu lebih baik dan lebih kekal"  (Taha: 72-73)


Back | Home | Next