MODUL 2 (Sambungan)

2.3 (iii)    Sabar

1.0     Sabar Punca Kejayaan

2.0     Kesabaran Rasul-Rasul

3.0     Medan Pelaksanaan Sabar

4.0     Sumber Timbulnya Kesabaran

  1. Kesedaran

  2. Panggilan Cinta

  3. Latihan Kesabaran

  4. Kekayaan Rohani yang Besar

  5. Sabar Membawa Gembira

  6. Faktor Kejayaan

  7. Keampunan

  8. Jaminan Kebahagiaan


1.0     Sabar Punca Kejayaan

Salah satu di antara amalan hati, sikap jiwa yang akan menghantar seseorang kepada keuntungan dan kebahagiaan ialah sabar. Sabar, di segi bahasa ialah teguh hati tanpa mengeluh ditimpa bencana.

Apabila dikaitkan dengan pandangan Islam, maka sabar diertikan: Telah menerima ujian ujian Tuhan dalam bakti dan perjuangan dengan tujuan memperolehi reda Allah.

Sikap sabar ini sebenarnya merupakan persediaan penting dalam rohani manusia, kerana hanya dengan sifat sabar, 'seseorang dapat berjaya dan berhasil dalam cita citanya. Sebaliknya orang yang tidak memiliki sifat ini, usahanya akan terbantut di tengah jalan dan cita citanya menjelma sebagai khayalan dan impian belaka.

Sabar itu amat penting pada rintangan pertama di kala menghadapi tentangan dan ujian. Ini diperkukuhkan lagi dengan sepotong hadith yang mafhumnya:

"Sesungguhnya sabar itu hanyalah pada rintangan (pukulan) pertama."  (Bukhari, Muslim)

Jika rintangan pertama dilalui dengan penuh sabar, maka rintangan rintangan berikutnya akan dapat dilalui dengan lebih mudah daripada rintangan pertama itu. Sehubungan dengan itu Allah menurutkan ayat yang mafhumnya:

"Hai orang orang yang beriman! Berlaku sabarlah, sabarkanlah dan perteguhkanlah kekuatanmu dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu memperoleh kebahagiaan."  (Ali Imran: 200)

Bala atau ujian ujian yang didatangkan oleh Allah untuk membuktikan sesiapa yang sabar. Firman Allah yang mafhumnya:

"Sesungguhnya Kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga Kami buktikan orang yang besungguh sungguh di antara kamu, dan orang orang yang sabar, dan (hingga) Kami nyatakan hal-hal kamu."  (Muhammad: 31)

Tidaklah semua orang mempunyai sifat sabar, maka sikap ini dianggap mahal, tinggi nilainya dan dipandang termasuk sikap yang dipuji. Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan orang yang sabar dan memaafkan, sesungguhnya perbuatan yang demikian itu, termasuk perkara perkara yang digemari."  (Al Syura: 43)

2.0     Kesabaran Rasul Rasul

Sesungguhnya pada peribadi rasul rasul dan nabi nabi Allah itu didapati bukti dan contoh kesabaran yang hebat. Merekalah yang paling banyak diuji oleh Allah, dengan ujian yang amat berat lebih daripada ujian terhadap manusia lain. Misalnya, kesabaran Nabi Nuh menghadapi gangguan kaumnya, kesaaran Nabi Ayub ditimpa penyakit, kesabaran nabi Ya'qub ketika kehilangan anaknya dan kesabaran Nabi Isa ketika diganggu oleh kaumnya Bani Israel dan kesabaran Nabi Muhammad s.a.w ketika dianiaya, diseksa dan dipulau oleh kaum Quraisy.

Semua itu mencerminkan ketinggian akhlak dan kemuliaan hati mereka, di mana Allah menganjurkan agar dicontohi dan ditauladani. seperti dalam al Qur'an yang mafhumnya:

"Bersikap sabarlah kamu, sebagaimana sabarnya rasut rasut yang berkemahuan tinggi."   (Al-Ahqaf: 35Z)

3.0     Medan Pelaksanaan Sabar

Pada prinsipnya, sabar haruslah diterapkan dalam setiap aspek kehidupan, justeru itu setiap medan pekerjaan dan perjuangan ada tentangan dan ujiannya, misalnya di kala terkena malapetaka dan peperangan. Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan orang orang yang berlaku sabar dalarn malapetaka, kemelaratan dan pada waktu peperangan."  (Al-Baqarah: 177)

Bila keadaan perang yang diliputi masalah yang menimbulkan bahaya kelaparan, kehilangan harta benda dan jiwa, semua itu merupakan keadaan yang mengatasi kesabaran. Demikian juga dalam ibadat diperlukan kesabaran kerana adanya gangguan syaitan.

Salah satu bidang yang memerlukan kesabaran ialah dalam mempelajari ilmu. Nabi Musa pernah mengikuti Khidir untuk memperoleh ilmu daripadanya. Sehubungan dengan itu terungkaplah kisah mengenai kesabaran seperti firman Allah yang mafhumnya:

"Berkata Musa kepadanya: Bolehkah aku mengikut engkau, dengan harapan engkau mengajarkan kepadaku sebahagian daripada ilmu yang telah diajarkan kepadamu? Dia berkata: Sesungguhnya engkau tidak akan mampu bersabar bersamaku, kerana bagaimanakah engkau bisa bersabar atas sesuatu yang engkau ketahui? Musa berkata: Engkau akan dapati nanti aku Insya Allah sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan derhaka kepadamu dalam urusam apa saja."  (Al-Kahf: 66-69)

Kehidupan rumahtangga, tugas kepimpinan. hidup sebagai petani, penternak, karyawan, nelayan, usahawan, guru, pengarang dan lain lain bidang kehidupan semuanya boleh melunturkan kesabaran, kerana semua itu ada tentangannya. Untuk mencapai kejayaan masing masing pada prinsipnya memerlukan kesabaran dan setup masalah dan ujian harus dilalui dengan tabah.

4.0     Sumber Timbulnya Kesabaran

Nyata tidak semua manusia sanggup bersabar dalam melaksanakan tugas tugasnya. Demikian juga orang yang mengaku muslim tidak semua sanggup menghadapi percubaan dengan tabah, sehingga banyak yang gugur dalam ujian ujian Ilahi. Dalam hubungan ini perlu kita tahu apa sebenarnya yang menjadi sumber dan motif kesabaran itu, sehingga dapat bersemi begitu kuat dalam jiwa seseorang, misalnya pada diri nabi nabi dan orang orang saleh.

Adapun yang menjadi sumber kesabaran itu ialah:

1.    Kesedaran

Kesedaran dan pengertian akan manfaat sesuatu melahirkan kesabaran, sebagaimana dalam riwayat Musa dengan Khidir:

"Kerana bagaimana engkau bisa bersabar atas sesuatu yang belum engkau ketahui?"  (Al Kahf: 68)

Jikalau belum mengetahui persoalan, kegunaan dan tujuan sesuatu, maka sukar sekali diharapkan kesabaran mengikut hal itu, dengan demikian kunci kesabaran ialah harus ada kesedaran dan maksud terlebih dahulu.

2.     Panggilan Cinta

Persamaan cinta kepada sesuatu mengundang kesabaran agar mengikutinya. Demikianlah seorang hamba yans cinta. kepada Tuhannya. akan sabar dare tekun mengikuti perintah perintah Nya. Perlu diketahui bahawa ujian ujian itu sendiri adalah merupakan manifestasi daripada cinta Allah kepada hamba Nya. Sebagaimana oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:

"Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung kepada besamya ujian (bala) dan sesungguhnya jika Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barangsiapa yang redha menerima ujian, maka baginya keredhaan Allah, dan siapa yang murka, maka baginya kemurkaan Allah."  (Tarmidhi)

3.     Latihan Kesabaran

Sebagaimana hal lain lain sikap yang terpuji, diperlukan latihan untuk untuk mengembangkannya. maka demikian jugalah kesabaran perlu dibina dan dikembangkan melalui latihan. Apabila semakin selalu membiasakan diri dengan sabar semakin mudahlah menghadapi ujian dan cubaan. Daripada yang ringan ringan hingga kepada yang berat berat. Sebagai contoh sabar dalam menjalankan puasa, pada mulanya berat dirasakan, namun kerana terbiasa. lambat laun is menjadi ringan. Dalam hubungan ini Rasulullah s.a.w mengingatkan:

"Siapa yang berlatih bersabar, nescaya Allah akan menyabarkannya (menjadikannya sabar)."  (Bukhari, Muslim)

Nisalnya menjadi terlatih melawan hawa nafsu dan sabar di waktu datang emosi marah, menguasai seni menjinakkan saraf dengan do'a ta'awwudz.

4.     Kekayaan Rohani yang Besar

Tidak diragukan lagi bahawa kesabaran itu merupakan kekayaan rohani yang besar, bersandarkan bukti bukti kesabaran sebagai pangkal kebahagiaan. Banyak perbuatan perbuatan mulia dan terhormat tidak mungkin dilakukan tanpa kesabaran. Seperti sabda Rasulullah s.a.w:

"Dan tiada seorang yang mendapat kurnia (pemberian) Allah yang lebih baik atau lebih luas dari kesabaran."  (Muslim)

Dalam pada itu, orang yang sabar mampu mengalahkan hawanafsu. Itulah yang dipandang sebagai orang kuat seperti yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:

"Bukannya ukuran kekuatan seseorang dengan bergusti. Orang kuat yang sebenarnya ialah yang mampu mengendalikan dirinya di waktu marah."  (Bukhari, Muslim)

5.     Sabar Membawa Gembira

Ada kata hikmat yang mengungkapkan bahawa "sabar itu lebih pahit daripada jadam, tetapi buahnya lebih manis daripada madu". Kerana itulah maka orang yang sabar dan sedar akan buahnya kesabaran, kepahitan dan penderitaan itu akan berkurang bahkan hilang berganti kegembiraan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:

"Siapa, yang akan diberikan kebaikan (nikmat) oleh Allah, diberikannya penderitaan (terlebih dahulu)."  (Bukhari)

6.     Faktor Kejayaan

Dalam peperangan banyak sekali pasukan kecil mengalahkan pasukan besar dengan izin Allah. Sebagai salah satu faktor yang menentukan bagi kemenangan ialah kesabaran. Seperti firman Allah yang mafhumNya:

"Hai Nabi Gemarkanlah mu 'min berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar, tentu mereka dapat mengalahkan dua ratus. Dan jika di antara kamu seratus orang (yang sabar), tentu mereka bisa mengalahkan seribu orang kajir, kerana mereka itu orang orang yang tidak mengerti."  (Al Anfal: 65)

Begitu penting makna kesabaran, sehingga kualiti orang yang sabar sanggup mengalahkan kualiti yang besarnya sepuluh kali ganda.

Pada pokoknya kunci kejayaan dalam arena perjuangan hidup adalah kesabaran. Pengarang sanggup menghidangkan buah penanya yang bermutu berkat kesabaran. Kejayaan seorang saintis dalam bidang penelitian, juga tidak lepas daripada faktor kesabaran. Kejayaan dalam tugas kepimpinan melayani umat juga tidak lepas dari faktor sabar.

Jika telah jelas rahsia kemenangan terletak pada sabar, maka haruslah setiap Muslim berusaha agar beruntung dalam hidup di dunia dan akhirat dengan kesabaran itu.

7.     Keampunan

Salah satu hal yang mententeramkan dan menggembirakan orang yang sabar ialah bahawa setiap percubaan yang dirasakannya, kecil besar semua itu dapat menjadi sebab dihapuskannya dosa dosa yang telah lalu. Dengan demikian orang mu'min yang memperoleh ujian, musibah dan sebagainya, bererti mereka memperoleh maghfirah (keampunan Ilahi). Hal itu bererti suatu kemajuan dalam menaiki kemuliaan di sisi Allah Nabi s.a.w bersabda yang mafhumnya:

"Tiada seorang musiim yang menderita kekalahan, kesakitan, kesulitan dukacita, kesukaran dan kesusahan, bahkan gangguan berupa diri, melainkan dengan kejadian Allah akan menghapuskan dosanya."  (Bukhari, Muslim)

'Abdullah bin Mas'ud pernah menyatakan, bahawa pada suatu hari dia masuk ke tempat Rasulullah s.a.w yang sedang menderita sakit panas. Dia berkata: "Ya Rasulullah, amat berat demam ini". Nabi menjawab: "Benar! Saya menderita dua kali ganda daripada orang biasa." Berkata Ibnu Mas'ud: "Benar, kerana engkau memperoleh pahala dua kali ganda daripada orang biasa." Jawab Nabi: "Benar, demikianlah keadaannya. Tiada seorang muslim yang menderita, baik pun berupa duri atau lebih daripada itu, melainkan Allah akan menghapuskan keburukannya dan digugurkan dosa dosanya laksana gugurnya daun daun dari pokoknya."  (Bukhari, Muslim)

Dalam hadith lain menyatakan, jika Allah menghendaki kebaikan terhadap seseorang hamba Nya, maka dilaksanakan segera pembalasan seksanya di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki kecelakaan bagi hamba Nya, ditahan pembalasan dosanya. Sehingga akan dituntut kelak pada Hari Kiamat.

8.    Jaminan Kebahagiaan

Sementara keuntungan, kegembiraan. kemenangan dan ketenangan akan diraih di dunia ini oleh hamba hamba yang sabar, maka kepada mereka juga mendapat jaminan akan menikmati kebahagiaan yang kekal di Hari Akhirat. Firman Allah yang mafhumnya:

"Kesejahteraan atas kamu lantaran kesabaranmu. Maka alangkah nikmatnya balasan akhirat."  (Ar-Ra'd: 24)

Ibnu Abbas pernah berkata kepada Ata' bin Abu Rabah:

"Bolehkah saya tunjukkan kepadamu seorang wanita ahli syurga?" Jawab Ata': "Baiklah". Berkata Ibnu Abbas: "Itulah wanita yang hitam, pada suatu hari dia datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: 'Ya Rasulullah, saya berpenyakit ayan, hingga terbuka aurat. Maka do'akanlah kepada Allah untuk saya'. Jawab nabi: Jika kau sabar, akan rnendapat syurga, dan jika kau tetap meminta saya mendo'akanmu saya pun tidak keberatan'. Jawab wanita itu: 'Saya akan bersabar, akan tetapi do'akan untuk saya agar tidak terbuka aurat saya."  (Bukhari, Muslim)

Dalam riwayat lain, diberitakan bahawa Nabi s.a.w bersabda. bahawa Allah telah berfirman yang mafhumnya:

"Tiada pembalasan bagi seorang hamba Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada Ku, selain ganjaran syurga."  (Bukhari)

Banyak lagi dalil yang menggambarkan betapa bahagianya kelak orang orang yang sabar itu, sebagai berita gembira yang mententeramkan jiwa orang orang yang beriman. Mereka yakin bahawa di sebalik derita menanti di sana keni'matan dan kebahagiaan, asalkan mereka sabar menerimanya.


Back | Home | Next