MODUL 3 (Sambungan)

3.1 (iii) Manifestasi Iman dalam Kehidupan


1.0     Hakikat Iman

2.0     Tuntutan Iman

3.0     Manifestasi Iman

3.1     Menumbuhkan Kekuatan
3.2     Mempengaruhi Seluruh Bidang Kehidupan
3.3     Meningkatkan Prestasi Kerja

1.0    Hakikat Iman

Iman yang disebut di dalam al Qur'an adalah satu hakikat. la tidak terpisah daripada realiti kehidupan insan. Iman bukan semata mata angan angan atau janji janji kosong. Iman adalah intipati Islam. Tidak ada tujuan lain diturunkan kitab kitab kepada rasul rasul selain untuk menyeru manusia beriman. Di dalam al Qur'an diterangkan bahawa di atas keimanan inilah lahirnya hidayah, kebenaran, ilmu, penerangan, bimbingan dan pandangan hati. Sebaliknya, tanpa iman akan timbullah dalam diri seseorang itu kufur, jahil, zalim, syirik, nifaq dan fusuq.

Dengan itu, iman adalah hakikat yang mesti terjelma dalam semua bidang dan lapangan kehidupan insan. Iman yang hanya terpendam dalam jiwa lebih merupakan dakwaan tak terbukti.

2.0     Tuntutan Iman

Iman menuntut agar seseorang mu'min itu meyakini bahawa semua perkara yang telah ditetapkan sebagai wajib oleh Allah melalui Rasul Nya s.a.w adalah wajib dilaksanakan. Menafikan perkara perkara yang telah diwajibkan sebagai wajib adalah satu keingkaran terhadap iman itu sendiri.

Di samping itu, seseorang mu'min bukan sahaja cukup dengan meyakini kewajiban kewajiban tersebut, tetapi juga ia dituntut untuk mempraktikkan keyakinannya melalui tindakan dan perbuatan. Dengan itu iman sebenarnya bukanlah setakat tanggapan atau kepercayaan dalam hati. Tetapi iman adalah sesuatu yang dituruti dengan karya dalam kehidupan ini. Iman merupakan kepercayaan, keikhlasan dan aman.

Rasulullah s.a.w telah menggambarkan tuntutan dalam hadithnya yang mafhumnya:

"Iman itu bukanlah merupakan angan angan dan bukan pula perhiasan lahir, tetapi ia adalah suatu yang tertanam dalam hati dan dibuktikan oleh amal." (Ibnu Najjar, Dailami)

Dalam al Qur'an terdapat lebih 70 ayat yang menyebutkan iman yang diiringi dengan amal. Tidak cukup pula dengan semata mata amal, tetapi hendaklah pula dengan amal yang saleh. Iaitu, sesuatu amal yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah serta memenuhi tuntutan tuntutan syari'at Islam. Dengan erti yang luas, seseorang itu hendaklah beramal untuk membawa kebaikan dunia dan akhirat, untuk individu dan masyarakat, serta untuk rohani dan kebendaan.

3.0     Manifestasi Iman

Iman yang benar melahirkan manifestasi manifestasi dalam kehidupan seperti berikut

1.     Menumbuhkan Kekuatan

Manusia hidup dalam dunia ini dengan matlamat tertentu serta cita cita besar yang hendak dicapai. Sebesar mana citacita tersebut besar jugalah halangan dan liku liku yang mesti ditempuh. Dengan itu bagi membolehkan manusia mencapai matlamatnya, ia memerlukan kekuatan tempat bersandar yang dapat menolongnya dalam memudahkan segala kesulitannya. Kekuatan yang diharapkan ini sebenarnya hanyalah akan ditemui di bawah naungan keimanan kepada Allah. Iman itulah sahaja yang dapat memberi kekuatan dan ketahanan yang sebenar yang akhirnya melahirkan jiwa yang kuat dalam menghadapi cabaran cabaran hidup.

Sandaran ini berteraskan kepada keyakinan seseorang mu'min bahawa jika Allah menolongnya tidak ada sesuatu atau sesiapa pun yang dapat menewaskannya.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Jika Allah menolong kamu, tidak ada yang dapat mengalahkan kamu"  (Ali 'Imran: 160)

Bahkan dengan kepercayaan yang kukuh terhadap Allah, akan dapat melahirkan sifat tawakkal. Tawakkal bukan bererti menyerah tanpa usaha atau membiarkan segala sesuatu berjalan menurut keadaannya. Tetapi tawakkal dengan erti yang sesungguhnya menanamkan dalam jiwa orang beriman akan kekuatan berjuang, semangat bekerja keras dan tekun serta kemahuan yang tidak pernah padam.

Al Qur'an berulang ulang kali menceritakan sifat tawakkal yang dimiliki oleh para rasul yang tidak pernah padam dalam berhadapan dengan musuh musuh mereka.

Di samping itu, seseorang mu'min itu juga melakukan sesuatu di atas dasar kebenaran. la mempercayai kebenaran dan ia mendukung kebenaran. Seseorang mu'min itu tidak bekerja untuk kebatilan. Oleh kerana seseorang mu'min itu melakukan sesuatu untuk kebenaran, maka keyakinan inilah yang menumbuhkan kekuatan dalam jiwanya untuk terus mendukung kebenaran tersebut.

Sekali gus, seseorang mu'min yang mendukung kebenaran akan membebaskan dirinya daripada kelemahan kelemahan jiwa. la tidak akan merasakan dirinya rendah daripada golongan yang menegakkan kebatilan. Ini kerana pendukung kebenaran dilindungi oleh Allah, para malaikat Nya dan orangorang mu'min.

Manifestasi iman yang seperti inilah yang melahirkan golongan yang kuat seperti pemuda pemuda Ashabul Kahfi. Mereka berani mempertahankan keimanan mereka walaupun seluruh masyarakat ingkar terhadap iman tersebut.

2.     Mempengaruhi Seluruh Bidang Kehidupan

Keimanan yang mendalam akan mempengaruhi seluruh kehidupan manusia di segi:

a)    Mengasaskan keluarga Islam yang sejati

Seseorang mu'min itu akan sedar bahawa keimanan yang sejahtera tidak terpisah daripada wujudnya keluarga mu'min yang sejati. Ini bererti manifestasi iman yang ada dalam dirinya hendaklah dilihat berkembang merentasi diri peribadinya semata mata. Dalam Islam, rumah tangga adalah merupakan sebuah institusi asas bagi membolehkan pengembangan dan penyempurnaan nilai nilai baik yang dimiliki oleh seseorang mu'min. Ini dapat terlaksana kerana dalam sesebuah keluarga berlaku interaksi di antara suami, isteri dan anak anak di mana tuntutan tuntutan iman itu dapat dikawal dengam lebih rapi.

b)     Mengembangkan kebaikan kepada Masyarakat

Hidup bermasyarakat menuntut seseorang mu'min itu, selaku khalifah Allah di muka bumi ini, untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Suasana ini dapat meningkatkan kesedaran terhadap tanggung j awab bersama dalam masyarakat akan pentingnya menjaga kesejahteraan masyarakat. Kesejahteraan masyarakat melibatkan semua bidang kehidupan yang dilalui oleh anggota anggota masyarakat tersebut. Ini termasuklah bidang bidang kejiranan, perniagaan, menegakkan hukum Allah, menunaikan kewajiban harta benda, memelihara amanah serta hidup tolong menolong.

3.     Meningkatkan Prestasi Kerja

Seseorang mu'min yang sedar akan tuntutan iman yang sebenar menanggapi kehidupan ini secara keseluruhan. Ia melihat hidup ini sebagai satu totality. Ia tidak memisahkan kehidupan kepada bahagian bahagian yang sempit. Pandangan hidupnya menyeluruh. Visinya tentang kehidupan adalah bersepadu.

Dengan itu ia melihat pencapian iman yang sebenar adalah dengan manusia menggunakan segala sumber yang ada di bumi ini. Sumber sumber ini difahami sebagai sesuatu yang diamanahkan Allah kepada khalifah Nya. Dengan sumber sumber yang ada di muka bumi ini ia akan berusaha secukup cukupnya untuk kebaikan bersama agar dengannya, Allah akan menerima usahanya sebagai amal saleh. Sumber sumber ini termasuklah inteleknya, tenaganya, kepakarannya, masanya, hartanya dan jiwanya.

Ini juga bererti apa sahaja yang dilakukan oleh seseorang mu'min, maka hendaklah dilakukan dengan baik dan sempurna. Dalam konteks kerja ini bererti ia hendaklah meningkatkan prestasi dan produktivitinya.

Dengan itu adalah jelas bahawa seseorang mu'min itu bekerja untuk meningkatkan produktivitinya agar melalui cara itu Allah reda kepadanya. Jelas di sini bahawa ia melakukan sesuatu pekerjaan adalah untuk mendapatkan keredaan Allah. la bekerja bukan semata mata kerana didorong oleh sesuatu dari luar. Sebaliknya, keimanannya adalah faktor utama yang mendorong agar ia bekerja dengan balk dan sempurna.

Ini bererti, seseorang mu'min itu bekerja kerana kehendak jiwanya dan dorongan hatinya. Dia bekerja kerana seruan dan perintah daripada dirinya. Dia bekerja bukan kerana dipaksapaksa. Dia bekerja dengan dorongan semangat dari dalam, iaitu keimananya kepada Allah serta risalah Nya. Dia bekerja kerana mengingati tugas dan tanggungjawab yang diletakkan oleh Allah di atas bahunya, iaitu untuk memakmurkan bumi dan menguasai alam

Seseorang mu'min yakin bahawa kebahagian pada hari akhirat serta kejayaan di dunia ini bergantung kepada amal dan kerahmatan Allah. Syurga tidak diberikan kepada orang orang yang malas. Penguasaan alam ini pula tidak akan diserahkan kepada orang orang yang tidak mahu berusaha.

Seseorang mu'min itu juga sedar untuk melayakkan ia memasuki syurga Allah hendaklah ia mencapai ihsan dalam iman dan 'amal.

Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

"Ihsan, ertinya kamu beribadah kepada Allah seolah olah kamu melihat Nya. Dan jika kamu tidak dapat merasakan demikian, maka sedarlah bahawa Allah melihatmu."  (Bukhari, Muslim)

Untuk menguasai alam juga manusia hendaklah mencapai ihsan dan itqan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

"Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang kamu mengerjakan suatu pekerjaan, supaya dikerjakannya dengan baik dan sempurna."  (Al Baihaqi)

Sebagai kesimpulan iman yang benar akan melahirkan mu'min dan mu'minah yang:

  1. mengabdikan dirinya sepenuh penuhnya kepada Allah dalam seluruh bidang kehidupannya
     

  2. membuktikan keimanannya dengan amal dalam bidang bidang kehidupan yang boleh melayakkannya mendapat keredaan Allah
     

  3. menumbuhkan dalam dirinya rasa keyakinan, kekuatan dan ketabahan kerana percaya kepada Allah dan memperjuangkan kebenaran daripada Nya
     
  4. memastikan seluruh kehidupannya didasarkan kepada asas asas keimanan dan tidak membiarkan mana mana sudut kehidupan terbiar tanpa ditadbirkan oleh iman
     
  5. melihat kehidupan sebagai satu keseluruhan dan tidak rela membiarkan pemisahan pemisahan yang sempit dalam kehidupan
     
  6. meyakini bahawa segala sumber yang diamanahkan oleh Allah hendaklah digunakan sepenuh penuhnya dalam hayatnya yang singkat dalam kehidupan dunia ini demi mendapat kexedaan Allah dan manfaat manusia sejagat
     
  7. meyakini iman dan produktiviti kerja di dunia adalah satu entiti yang tidak terpisah antara satu sama lain
     
  8. meyakini kesempurnaan dan kecemerlangan dalam kerja adalah sebahagian daripada tuntutan ihsan dalam beriman

Back | Home | Next