MALAIKAT ADALAH HAMBA YANG MULIA

MODUL 4 (SAMBUNGAN)


BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Sifat sifat kejadian malaikat
Malaikat adalah hamba yang mulia
Hubungan malaikat dengan alam dan manusia
Bilangan malaikat
Beriman kepada malaikat secara tafsil dan ijmal
Kesan Keimanan Kepada Malaikat Dalam Kehidupan Manusia

 

BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL


MALAIKAT ADALAH HAMBA YANG MULIA

Hubungan malaikat dengan Allah Azza wa Jalla adalah hubungan Ubudiyyah (kehambaan) yang bersih, hubungan taat dan patuh, tunduk yang sempurna kepada segala titah perintah Allah. Inilah hubunga-Nya dan tidak ada hubungan lain. Kerana itu malaikat bukanlah tuhan, bukan puteri tuhan dan bukan anak cucu tuhan sebagaimana kepercayaan orang orang musyrikin dahulu. Firman Allah yang mafhumnya:

"Sebenarnya (malaikat itu) adalah hamba hamba yang dimuliakan. Mereka itu tidak mendahutui Allah dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka dan mereka tidak memberi syafa'at melainkan kepada orang yang diredai oLeh Allah. Dan mereka itu selaiu berhati hati kerana takut kepada Nya." (Al-Anbia': 26 28)

Dan firman Nya yang mafhum:

"Mereka takut kepada Tuhan dari atas mereka dan mereka melepaskan apa yang diperintah kepada mereka." 52

Dan finman Nya lagi yang mafhum:

"Mereka tidak mendurhakai Allah akan apa yang diperintah kepada mereka, malah mereka mengerjakan apa yang diperintah." (An Nahl: 50-53)

Para malaikat adalah salah satu dari makhluk makhluk Allah, sentiasa taat kepada Allah, tidak kuasa membuat sesuatu dengan kekuasaan dari mereka sendiri, tidak boleh memberi sesuatu kepada Allah dengan kekuatan yang diberi kepada mereka. Mereka benar benar taat kepada perintah dan beribadah kepada Nya. Firman Allah yang mafhumnya:

"(Para malaikat berkata): Dan tidak ada siapa pun dari kami ini melainkan adalah di sisi Allah satu darjah yang tertentu. Dan sesungguhnya kami adalah berbaris baris (dalam beribadah kepada Allah) dan kami adalah mereka yang bertasbih memuji Allah." (As-Saffat: 165-166)

Manakala ini adalah hakikat kejadian para malaikat, sudah tentu termasuk dalam mensyirikkan Allah kalaulah mereka diibadah, diminta pertolongan atau dii'tiqad bahawa mereka mempunyai sesuatu hak kekuasaan. Firman Allah yang mafhum:

"Dan Allah tidak menyuruhkan kamu menjadikan para malaikat dan para nabi sebagai sekutu (bagi Allah), apakah is menyuruh kamu kufur setelah kamu menjadi muslimin."  (Ali-Imran: 80)

 

HUBUNGAN MALAIKAT DENGAN ALAM DAN MANUSIA

Apabila hubungan para malaikat dengan Allah adalah hubungan Ubudiyyah dan taat yang penuh kepada perintah Nya, maka hubungan mereka dengan alam dan manusia adalah salah satu cawangan dari ubudiyyah dan ketaatan tersebut.

Ibadah mereka sebagaimana yang diterangkan oleh Allah tidaklah terbatas pada mentasbih dengan memuji dan memuja Allah sahaja, malah ibadah mereka mencakupi pelaksanaan tugas mengikut kehendak Allah iaitu tugas mentadbir, menjaga dan mengurus urusan alam atau makhluk ciptaan Allah yang termasuk setiap gerakan dan perjalanan, setiap yang bernyawa dan tidak bernyawa, setiap hukuman dan peraturan serta meluluskan setiap penentuan Allah mengikut qada' taqdir Nya pada makhluk ini kesemuanya. Dan melaksanakan kehendak Allah dalam muraqabah (memerhati), mencatit setiap perkara yang berlaku di alam ini, sama ada yang berlaku itu menurut iradah (kehendak) makhluk sendiri atau luar dari iradah makhluk. Mereka diwakili untuk menjaga langit dan bumi, tiap tiap pergerakan dalam alam ini termasuk ke dalam kewajipan yang dipertugaskan kepada mereka mengikut kehendak Allah. Firman Allah yang mafhumnya:

"Maka demi malaikat yang bertugas mengatur urusan."  (An Nazi'at: 5)

Firman Nya yang mafhum:

"Maka demi malaikat yang membahagikan urusan."  (Ad-Dzariyat: 4)

Maka "     " dan "      " adalah para malaikat di sisi ahli iman dan pengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Al Qur'an dan al Sunnah menjelaskan jenis jenis malaikat yang diperwakili untuk mengurus berbagai bagai makhluk Allah. Untuk mengurus hal matahari ada malaikatnya, begitu juga untuk mengurus hal bulan, cakerawala, bukit bukau, awan, hujan, nutfah (titisan air mani) hingga sempurna kejadian manusia, urusan ajal manusia, kesemuanya ada malaikat yang mengurusnya, sebagaimana untuk mengawal tiap tiap orang hamba, malah tiap tiap makhluk dan kejadian kejadian yang berlaku di cakerawala ini ada malaikat yang mengurusnya.

Tugas para malaikat yang disebut itu tidaklah bercanggah dengan apa yang  dikatakan qawanin (undang undang tabi'i alam ini) dan sebab sebab yang ada hubungan di antara satu sama lain, kerana undang undang tabi'i alam dan sebab sebab itu adalah makhluk Allah juga, maka para malaikat pun diperwakili mengurus dan menjaga undang undang tabi'i slam dan sebab-sebab itu, sebagaimana mereka menjaga makhluk makhluk yang lain:

  1. Seandainya tidak ada kehendak Allah dalam menjaga sebab sebab dan undang undang tabi'i ini
     
  2. Seandainya tidak ada kekuasaan Allah dalam menugaskan para malaikat untuk menjaga perkara perkara tersebut, nescaya mustahil sama sekali pada akal bahawa cakerawala ini boleh berkekalan selama ini dalam keteraturan dan keindahan penyusunannya.

Ada pun manusia, dengan fitrah hidupnya termasuk ke dalam ri'ayah (jagaan) yang diperwakilkan kepada malaikat, kerana manusia sejenis makhluk Allah di slam ini, malah ia sejenis makhluk yang diutamakan dengan pengurniaan segala apa yang ada di slam ini, sebagaimana firman Allah yang mafhumnya:

"Apakah kamu tidak melihat, Allah telah memudahkan bagi kamu barang yang berada di langit dan di bumi."  (Luqman: 20)

Maka jagaan malaikat dan ri'ayahnya akan langit, bumi dan segala yang ada di antara kedua merupakan ri'ayah Allah dan pertolongan Nya kepada manusia dalam melaksanakan kewajipan khalifah dan tanggungjawabnya, malah lebih dari itu, para malaikat mempunyai tugas tugas lain berhubungan dengan iradah manusia dalam hidupnya. Tujuannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah iaitu untuk memandu manusia ke arah kebahagiaan, membantu mereka dalam hal beribadah dan memilih jalan yang balk dan soleh, menjauhkan mereka dari jalan kejahatan dan kebinasaan. Malaikat sahajalah yang dipilih oleh Allah Rabb al 'Alamin untuk menyampaikan hidayah Nya kepada manusia penghuni bumi ini melalui para rasul Nya. Dan malaikat yang terpilih untuk tugas ini ialah Jibril a.s. Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan sesungguhnya al Qur'an itu turunnya dari Tuhan Rabbul alamin, dibawa turun oleh ar Ruhul amin (Jibril) kepada hati engkau, supaya engkau menjadi salah seorang di antara orang orang yang memberi peringatan."  (As Syu'ara: 193 194)

Malaikat tetap bersama manusia dan menyertai mereka di sepanjang hidup, demi memandu dan mengarahkan hidup mereka dengan memberi ilham dan menggesa mereka ke arah al Haq dan kebaikan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud.

Sesungguhnya syaitan itu ada pengaruh dalam lintasan hati anak Adam dan para malaikat juga ada pengaruhnya. Pengaruh syaitan ialah mengilhamkan manusia supaya melakukan kejahatan dan membantahi kebenaran. Ada pun lintasan para malaikat ialah mengilhamkan melakukan kebajikan dan membenarkan kebenaran. Maka barangsiapa yang mendapat ilham kebaikan hendaklah ia mengetahui bahawa itu adalah dari Allah. Dan siapa mendapat sebaliknya hendaklah ia meminta perlindungan dengan Allah supaya jauh dari syaitan, kemudian baginda membaca ayat yang bermaksud: "Syaitan menakutkan kamu akan kepapaan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, sedangkan Allah berjanji kepada kamu untuk memberi keampunan dan limpah kurnia daripada Nya dan Allah Maha Luas (Pemberian Nya) lagi Maha Mengetahui." (Tarmidhi, An Nasai, Ibn Hubban)

Selain dari itu, Allah Ta'ala menugaskan para malaikat berdoa dan memohon ampun untuk para mukmin seperti firman Allah yang mafhumnya:

"Malaikat malaikat yang memikul arasy dan malaikat malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada Nya serta meminta ampun bagi orang orang yang beriman (seraya mengucapkan): Ya Tuhan Kami! Rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu maka berilah keampunan kepada orang orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala nyala. Ya Tuhan Kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam syurga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang orang yang soleh di antara bapa bapa mereka dan isteri isteri mereka dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dan peliharalah mereka dari balasan kejahatan. Dan orang orang yang Engkau lepaskan dari (balasan) kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya Engkau telah anugerahkan rahmat kepada Nya dan itulah kemenangan yang besar."   Ghafir: 7 9

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Tidak ada suatu hari pun yang seorang hamba hidup padanya melainkan dua malaikat turun kepadanya. Salah satunya berkata: Hai Tuhanku, berikanlah kepada orang yang membelanja (hartanya) akan ganti (apa yang dibelanjakannya). Dan satu lagi berkata: Hai Tuhanku, berikanlah kepada orang yang bakhil akan kebinasaan."  (Bukhari, Muslim)

Para malaikat memberangsangkan hamba supaya taat dan beribadah kepada Allah, memberi galakan supaya berzikir, membaca al Qur'an, belajar dan membuat kebajikan dan sentiasa menghadiri hatinya bersama dengan salatnya dan ketika membaca al Qur'an.

Apa yang disebut itu adalah dibuktikan oleh hadith hadith sahih, di antaranya:

1.    Hadith yang dikeluarkan oleh al Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

"Salat seorang lelaki secara berjamaah pahalanya lebih dari salat seorang diri di rumahnya atau di tempat kerjanya dua puluh darjah lebih. Yang demikian itu adalah kerana apabila seorang itu telah berwudu' dan menyempurnakan wudu'nya kemudian tuju kepada masjid yang tiada tujuan lain melainkan untuk mendirikan salat, ia melangkah suatu langkah maka diangkatkan dengan sebabnya satu darjah dan dihapus daripadanya satu dosa hingga ia masuk masjid. Apabila ia berada di dalam masjid, ia dianggap berada di dalam salat selama ia menunggu salat. Dan malaikat berdoa kepada orang itu selama isa berada di tempat salatnya: Ya Tuhanku, kasihlah dia, ya Allah, ampunilah dia, ya Allah, maafkanlah kepadanya. Didoakan demikian selama ia tidak menyakiti (orang) dan selama tidak berhadas di tempat itu."

2.    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Para malaikat gilir ganti (dalam bertugas mengawal manusia), ada malaikat di malam hari dan malaikat di siang hari, mereka berhimpun di waktu salat Subuh dan salat 'Asr, kemudian naik ke langit oleh malaikat yang mengawal di waktu malam. Maka Allah bertanya mereka, sedang Allah lebih mengetahui: Bagaimana kamu tinggal hamba hambaKu? Mereka menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam hal mereka sedang melakukan salat (yakni salat Subuh) dan Kami datang kepada mereka dalam hal mereka sedang melakukan salat (yakni salat 'Asr)."

Mengenai pertanyaan para malaikat dalam majlis zikir, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya bagi Allah beberapa malaikat, mereka bertebaran di jalanraya mencari cari orang yang berzikirkan Allah. Apabila mereka bertemu dengan suatu kaum yang berzikirkan Allah, mereka menyeru: Marilah kepada hajat kamu. Maka para malaikat pun mengelilingi majlis itu dengan sayap mereka hingga kepada langit di dunia. Kemudian Allah bertanya malaikat pada hal Allah lebih mengetahui: Apakah hamba hambaKu berkata? Jawab Malaikat: Mereka mengucap tasbih, tahmid dan takbir.
Tuhan bertanya: Adakah mereka melihat Aku?
Jawab malaikat: Wallah, mereka tidak meiihatMu.
Tuhan bertanya: Bagaimana kalau mereka melihat Aku?
Jawab malaikat: Kalau mereka melihatMu tentulah mereka bertambah banyak beribadah dan bersungguh sungguh memujiMu dan banyak bertasbih kepada Mu.
Tuhan bertanya: Apakah mereka meminta dari Ku?
Jawab malaikat: Mereka meminta syurga dari Mu.
Tuhan bertanya: Apakah mereka melihat syurga?
Jawab malaikat: Tidak, Wallahi mereka tidak melihatnya.
Tuhan bertanya: Bagaimana jika mereka melihat syurga?
Jawab malaikat: Jika mereka melihat syurga tentulah mereka bertambah tamak dan meminta dengan penuh kegemaran.
Tuhan bertanya: Dari apakah mereka meminta pertindungan?
Jawab malaikat: Dan api neraka.
Tuhan bertanya: Adakah mereka nampak neraka?
Jawab malaikat: Tidak, Wallahi mereka tidak nampak neraka.
Tuhan bertanya: Bagaimana kalau mereka nampak neraka?
Jawab malaikat: Jika mereka nampak neraka nescaya mereka bertambah usaha melarikan diri dan bertambah takut kepadanya.
Tuhan berfirman: Aku bersaksi di hadapan kamu bahawa Aku tetah ampun dosa mereka. SaIah seorang dari mataikat berkata: Di antara mereka ada seorang yang bukan dari gotongan mereka, ia datang hanya kerana suatu hajat. Jawab Tuhan: Mereka semua adatah sekumpulan, tidak celaka siapa yang bersama sama dengan mereka."  (Bukhari, Muslim)

Dalam memberi galakan kepada penuntut penuntut ilmu (ahli ahli ilmu) Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Tidak ada seorang yang keluar dari rumahnya kerana menuntut ilmu pengetahuan melainkan para malaikat merendahkan sayap untuknya reda dengan apa yang ia buat."  (At Tarmidhi, Ibn Majah, Ibn Hubban, al Hakim)

Para malaikat bertugas juga menetapkan hamba di atas amal soleh, khususnya dalam berjihad fi sabilillah sebagaimana firman Allah yang mafhumnya:

"Ingatlah tatkala Tuhanmu wahyukan kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku bersama kamu. Oleh yang demikian tetapkanlah hati orang orang yang beriman." Aku akan mencampak kegerunan ke dalam hati orang orang kafir. Oleh itu pancungkanlah tengkuk mereka dan pancungkanlah tiap tiap hujung jari (kaki dan tangan) mereka."  (Al Anfaal: 12)

Selain dari itu, maka di sana ada lagi tugas para malaikat yang kesannya sangat besar dalam meluruskan hidup hamba dan mengawal mereka dari melakukan kejahatan, sebagaimana penerangan Allah bahawa para malaikat ditugaskan untuk muraqabah amalan amalan hamba dan mencatatnya setelah dihitungnya.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. Ketika dua orang malaikat mencatit amalannya, seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan yang diucapkan melainkan ada didekatnya malaikat pengawal yang selaiu hadir."  (Qaf. 16-18)

Dan firman Nya yang mafhumnya:

"(Pada hal sesungguhnya) bagi kamu ada malaikat yang mengawasi (pekerjaan kamu), yang mulia di sisi Allah dan yang mencatit (amalan kamu). Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan."  (Al-Infitar: 10-12)

Dan firman Nya lagi yang mafhumnya:

"Apakah mereka (manusia) mengira bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar), dan utusan utusan Kami (malaikat maiaikat) selalu mencatit di sisi mereka."  (Az Zukhruf:  80)

Pada akhir pembicaraan mengenai hubungan malaikat dengan manusia dan peranan mereka dalam mengawal amal iradi (kehendak atau pilihan) manusia dan yang bukan iradi (luar kehendak manusia). Di sini kami nukilkan ulasan Ibn al Qaiyim rahimahullah mengenai tugas malaikat di dalam bukurlya.

"Para malaikat yang diwakili mengurus kejadian manusia semenjak dari penciptaan nutfah (air mani) hingga sempurna kejadiannya. Mereka diwakili membentuk kejadian manusia dan memindah proses kejadiannya dari suatu kejadian kepada kejadian lain, serta menjaganya dalam ketiga alam kegelapan (iaitu kegelapan dalam perut ibu, kegelapan dalam rahim dan kegelapan dalam selaput yang membungkus anak dalam rahim), mereka mencatit rezeki manusia, amalannya, ajalnya, kecelakaan atau kebahagiaannya, mereka bersama manusia dalam, setiap masa dan keadaan, mereka menghitung amalan dan percakapannya, menjaganya semasa hidup, mencabut rohnya ketika mati dan membentangkan manusia di hadapan Tuhan. Mereka diwakili membawa azab, memberi nikmat dalam alam barzakh dan selepas bangkit, mereka diwakili mengadakan alat alat kenikmatan dan penyiksaan, mereka diwakili meneguhkan hati orang orang mukmin dengan keizinan Allah, mengajar mereka perkara perkara yang memberi manfaat, mempertahan dan membela mereka. Malaikat juga menjadi wali (penolong) orang orang mukmin di dunia ini dan di akhirat. Merekalah yang mendorongkan manusia kepada kebaikan, mencegah mereka dari kejahatan.

Tegasnya, para malaikat juga sebagai penolong manusia, penjaga, pengajar, penasihat, pengajak kepada kebaikan, pendoa, peminta ampun, pengucap selamat untuk manusia selama manusia itu hidup dalam mentaati Allah dan mengajarkan kebaikan kepada manusia lain. Malaikat juga pembawa khabar gembira iaitu penghormatan Allah kepadanya ketika tidurnya, ketika matinya dan ketika bangkitnya semula. Malaikat juga yang menjadikan manusia hidup zahid di dunia ini, menggalakkan mereka kepada akhirat, mengingatkan mereka ketika mereka lupa, memupuk semangat bekerja ketika mereka merasai malas, menetapkan hati mereka ketika dalam ketakutan.

Seterusnya para malaikatlah yang berusaha mendatangkan kebaikan dan maslahah kepada manusia di dunia dan di akhirat. Mereka adalah utusan Allah pada penciptaan Nya dan perintah Nya. Mereka adalah utusan Allah yang menyambungkan antara Allah dengan hamba hamba Nya. Mereka membawa turun perintah Allah keseluruh alam dan membawa naik laporan kepada Allah."

BILANGAN MALAIKAT

Bilangan malaikat adalah banyak, Allah sahajalah yang mengetahui bilangannya. Firman Allah yang mafhum:

"Dan Kami tidak jadikan pengawal pengawal neraka itu melainkan dari jenis malaikat. Dan Kami tidak jadikan bilangan mereka melainkan supaya menjadi fitnah kepada orang orang yang kafir dan supaya ahlul kitab (Yahudi dan Nasrani) itu yakin kepada (kebenaran al Qur'an) dan supaya orang orang yang beriman semakin bertambah kuat iman mereka. Dan supaya ahlul kitab dan orang orang mukmin tidak ragu ragu. Dan supaya orang orang yang di dalam hati mereka ada penyakit (ragu ragu) dan orang orang kafir berkata, "Apakah tujuan Allah menyebutkan bilangan itu?" Demikianlah Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki Nya dan memberi hidayah kepada siapa yang dikehendaki Nya. Dan tiadalah mengetahui tentera tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan ia tidak lain melainkan suatu peringatan kepada manusia."  (A1 Muddathir. 31)

Di dalam hadith marfu' yang dikeluarkan oleh at Tarmidhi, Ibn Majah dan al Bazar dengan lafaz yang bermaksud:

Bersuara oleh langit dan sebenarnya ia berhak mengeluarkan suara, kerana tidak ada suatu tempat sekadar empat jari meIainkan ada di atasnya malaikat yang sujud.

Di dalam hadith mi'raj pula Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Maka diangkat kepada saya akan al Bait al Ma'mur , lalu saga bertanya malaikat Jibril, is pun menjawab: A1 Bait al Ma'mur ini dilakukan salat padanya setiap hari tujuh puluh ribu malaikat."  (Bukhari)

BERIMAN KEPADA MALAIKAT SECARA TAFSIL DAN IJMAL

Wajib kita beriman dengan para malaikat yang namanya termaktub di dalam al Qur'an dan al hadith secara tafsil, yang di antaranya tiga malaikat yang menjadi ketua iaitu: Jibril, Mika'il dan Israfil.

Jibril ialah malaikat yang diwakili membawa wahyu, yang dengannya hati dan roh menjadi hidup. Jibril telah disebut di dalam al Qur'an al Karim bersama malaikat Mika'il. Firman Allah yang mafhumnya

"Katakanlah (Ya Muhammad!) Barangsiapa menjadi musuh dengan Jibril maka sesungguhnya ia menurunkan (al Qur'an) kepada hatimu dengan keizinan Allah, menyetujui (isi Kitab) yang sebelumnya dan (sebagai) satu petunjuk dan khabaran gembira bagi orang orang mukmin. Barangsiapa menjadi musuh dengan Allah dan malaikat Nya dan Rasul Nya dan Mika'il maka sesungguhnya Allah musuh dengan orang orang kafir."  (A1 Baqarah: 97-98)

Allah telah memuji malaikat Jibril di dalam al Qur'an dengan sebaik baik pujian dan mensifatkannya dengan sebaik baik sifat seperti dalam firmanNya yang mafhum:

"Sesungguhnya Aku bersumpah dengan bintang bintang, yang beredar dan terbenam. Demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya. Dan demi Subuh apabila fajamya mulai menyingsing. Sesungguhnya al Qur an itu benar benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril), yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy', yang ditaati di sana (alam malaikat) lagi dipercayai."  (At Takwir: 15-21)

Dan firman Allah mengenai sifat malaikat, yang bermaksud:

"Yang mengajarkan (Nabi Muhammad) oleh (Jibril) yang sangat kuat, yang mempunyai akal yang cergas, lalu (Jibril itu) menampakkan dirinya dengan rupa yang asli."  (An Najm: 5-6)

Mika'il ialah malaikat yang diwakili menurunkan hujan, yang menyebabkan hidupnya bumi, tumbuhan dan binatang. Manakala Israfil ialah malaikat yang diwakili meniup sangkakala, yang menyebabkan hidupnya makhluk semula setelah mati.

Di antara malaikat yang disebut di dalam al Qur'an ialah malaikat Malik yang menjadi penjaga neraka. Firman Allah .yang mafhum:

"Dan mereka (penghuni neraka) menyeru: (Hai Malik!) Hendaklah Tuhanmu hukumkan (mati) ke atas kami."  (Az Zukhruf 77)

Keempat malaikat itu dan yang lain lagi yang disebut nama nama mereka dalam hadis sahih wajib kita beriman kepada mereka dengan amal/tugas yang diwakili kepada mereka. Ada pun para malaikat yang tidak disebut nama nama mereka wajib kita beriman secara ijmal iaitu beriman dengan jenis jenis mereka dan tugas tugas mereka sebagaimana yang diterangkan di dalam al Qur'an dan al Sunnah.

Oleh yang demikian, kita beriman kepada malaikat iaitu malaikat yang diwakili untuk menjaga dan mencatit amalan kita seperti firman Allah yang mafhumnya:

"Pada hal sesungguhnya bagi kamu ada malaikat mataikat yang mengawasi (pekerjaan kamu), yang mulia di sisi Allah dan yang mencatit (pekerjaan kamu itu)."  (A1 Infitar: 10-12)

Dan firman Nya yang mafhumnya:

"Bagi manusia ada malaikat maiaikat yang selalu mengikutinya, bergiliran di muka dan di belakangnya, mereka menjaga atas perintah Allah."  (Ar Ra'd: 11)

Dan firman Nya lagi yang mafhumnya:

"Apakah mereka mengira bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar) dan utusan utusan Kami (malaikat) selalu mencatit di sisi mereka."  (Az Zukhruf. 80)

Tersebut di dalam setengah setengah buku tafsir mengatakan: Malaikat yang bertugas mencatit amalan manusia itu ada dua: Satu malaikat di pihak kanan dan satu lagi di pihak kiri. Yang di pihak kanan mencatit segala kebajikan, manakala yang di pihak kiri pula menulis segala kejahatan. Dan ada dua orang malaikat lagi: Satu di pihak hadapan dan satu lagi di pihak belakang. Dengan demikian, bererti seorang manusia berada di antara empat orang malaikat.

Berhubung dengan pengawasan malaikat lagi sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

"Tiada seorang pun daripada kamu melainkan telah diwakili bersama samanya seorang teman daripada jin dan malaikat. Sahabat berkata: Walau pun engkau sendiri ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ya, hingga saya sendiri pun, tetapi Allah membantukan saya untuk menghadapinya, lalu ia memeluk Islam dan tidak menyuruh saya melainkan kebaikan"  (Muslim, Ahmad)

Kita beriman juga kepada malaikat "           ", malaikat yang diwakili mengambil nyawa makhluk di alam ini. Firman Allah yang mahfumnya:

"Katakanlah (ya Muhammad), malaikat malikul maut yang diwakili untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikan kamu. Kemudian kepada Tuhan kamulah kamu akan dikembaiikan"  (As Sajadah: 11)

Al Qur'an al Karim dan al Hadith al Syarif tidak menegaskan dengan terang nama nama malaikat ini, tetapi termaktub dalam setengah isar menyebut nama 'Izra'il. Wallahu A'lam.

Kita beriman kepada malaikat yang menanggung 'Arasy seperti yang diterangkan di dalam al Qur'an yang mafhumnya:

"Dan para hari itu (Kiamat) lapan orang malaikat menjunjung 'Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. Dan di antara mereka ialah malaikat Israfil yang diwakili meniup sangkakala."  (Al Haqqah: 17)

Kita beriman kepada malaikat yang diwakili menjaga neraka. Mereka ialah az Zabaniyah. Yang terkemuka ialah sembilan belas dari mereka.

Firman Allah yang mahfumnya:

"Dan berkatalah mereka yang berada di dalam neraka kepada penunggu penunggu Jahannam: "Mintakanlah daripada Tuhan kamu, moga moga Dia meringankan kami sehari dari azab."  (Ghafir: 49)

Dan firman Nya yang mahfumnya:

"Penjaga penjaga (neraka) ialah malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang diperintah."  (At-Tahrim: 6)

Dan firman Nya lagi yang mahfumnya:

"Di atas Neraka Saqar ada sembilan belas (malaikat penjaganya) dan tiada Kami jadikan penjaga neraka itu melainkan dari malaikat."  (A1 Muddathir. 31)

Kita beriman juga kepada para malaikat yang diwakili menjaga syurga, mereka bertugas memberi sambutan kepada penghuninya seperti layanan makanan, minuman, tempat kediaman dan lain lain, di mana ni'mat ni'mat itu tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia.

KESAN KEIMANAN KEPADA MALAIKAT DALAM HIDUP MANUSIA

Sebagaimana kami jelaskan bahawa Allah tidak mengizinkan kita melihat perkara perkara ghaib di dunia ini merupakan suatu nikmat yang besar kepada makhlukNya. Dan di antara limpah kurnia Nya ia memperkenalkan kita sejenis makhluk yang mulia iaitu para malaikat, di mana beriman kepada malaikat adalah termasuk dalam beriman kepada perkara perkara ghaib yang menjadi salah satu sifat orang orang muttaqin yang disebut oleh Allah dalam firman Nya yang mafhum:

"Alif Lam Mim, Kitab (al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafqahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka."  (Al Baqarah: 1-3)

Beriman kepada malaikat menimbulkan kesan yang sangat mendalam dalam kehidupan seorang mukmin. Di antaranya:

  1. Menjauhkan kita dari terjerumus ke dalam khurafat dan kepercayaan kepercayaan dongeng, kerana Allah telah memperkenal dan mengajarkan kita tentang roh roh mu'minah (para malaikat) yang ghaib berserta dengan tugas tugas mereka, sebagaimana terjerumusnya mereka yang tidak beriman kepada perkara perkara ghaib dan tidak menerima ilmu dari (wahyu ketuhanan)
     
  2. Menjadikan kita beristiqamah (lurus) di atas perintah Allah, kerana mereka yang tertanam di hatinya dengan kewujudan malaikat selaku tentera Allah dan beriman kepada pengawasan mereka terhadap amalan dan percakapan manusia dan beriman kepada penyeksaan para malaikat ke atas tiap tiap perkara yang keluar daripada manusia dia terasa malu terhadap Allah dan terhadap malaikat. Dengan demikian, is tidak akan menyesali perintah Allah dan tidak mendurhakai Nya, sama ada di waktu terang mahu pun di waktu sembunyi. Bagaimana ia akan mendurhakai Nya sedangkan ia mengetahui bahawa segala sesuatu yang terkeluar darinya akan ditulis, dihisab dan disiksa!
     
  3. Menjadikan kita bersabar, meneruskan jihad fi sabilillah, menimbulkan ketenangan jiwa, tidak berputus asa, tidak merasai cemas. Perasaan ini adalah lahir dari beriman kepada para malaikat dan tugas tugas mereka

Ketika seorang musafir sesat jalan, ketika jahiliah sedang bermaharajalela dalam masyarakat hingga jadilah seorang mukmin itu sebagai seorang  dagang di watannya dan di kalangan kaum keluarganya, ia menghadapi penentangan, kata kata senda dan halangan dari mentaati Allah dan mengamalkan ajaran, di waktu sesat dan waktu dagang yang seperti ini simukmin itu mendapati dirinya ditemani oleh malaikat,' ia menyabarkannya, menetapkan hatinya supaya terus tegak di atas jalan kebenaran.

Inilah dia malaikat yang selaku tentera Allah, yang beribadah kepadanya sebagaimana simukmin beribadah, bertawajjuh (tumpu) kepada Allah pencipta langit dan bumi sebagaimana si mukmin bertawajjuh. Dia akan memberkati langkah hidup seorang mukmin, meneguhkan pendiriannya, menyebut baik di sisi Tuhannya. Dengan deniikian, si mukmin itu bukanlah berseorangan dalam perjalanan menuju Allah, malah dia bersama sama dengan makhluk makhluk Allah yang lain yang bukan sedikit bilangannya, dia bersama sama dengan para malaikat yang mulia, bersama dengan para Nabi alaihimus salam, bersama dengan langit dan bumi. Kerana itu, simukmin adalah orang yang paling banyak rakan dan mempunyai tempat bergantung yang sangat kuat.

Perasaan inilah yang menjadikan simukmin itu sabar, tenang hati sekali pun manusia lain menentangnya, malah is bertambah teguh dan makin kuat perjuangannya.

Tidakkah saudara saudara berfikir betapa besarnya nikmat Allah melalui Penciptaan Para malaikat! Dan melalui beriman kepada mereka! Di mana keimanan ini melahirkan kesan dan pengaruh yang kuat dalam jiwa, amalan dan kelurusan hidup seorang manusia.

Beriman kepada malaikat bererti membenarkan Kitab Allah dan membenarkan Rasul Nya al Sadiq al Amin 'alaih.


Back | Home | Next

1