BERIMAN KEPADA KITAB KITAB ALLAH

MODUL 4 (SAMBUNGAN)


BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL

Kepada Nabi dan Rasul yang disebut di dalam Al Quran
Ulul Azmi dari golongan Rasul
Kandungan Al-Risalah yang dibawa oleh para Rasul
Kewajipan kita terhadap para Rasul
Beriman Kepada Nabi Muhammad S.A.W.

BERIMAN KEPADA KITAB ALLAH


BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL

Rukun iman yang ketiga ialah beriman kepada para Nabi dan Rasul yang dipilih oleh Allah. (Nabi ialah lelaki yang diturunkan wahyu kepadanya dari Allah Ta'ala) Ertinya kita beriman kepada para Nabi dan, para. Rasul yang disebut di dalam al Qur'an dan yang tidak disebut. Bilangan dan nama-nama mereka tidak diketahui dengan sebenarnya kecuali Allah sahaja. Firman Allah yang mahfum:

"Dan sesungguhnya Kami telah utuskan para Rasul sebelum engkau (ya Muhammad), setengahnya Kami telah ceritakan kepada engkau dan setengahnya Kami. tidak certiakan kepada engkau."  (Ghafir: 78)

Dan firman Nya yang mahfum:

"Dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada pada mereka seorang pemberi peringatan."  (Fatir: 24)

Dan firman Nya lagi yang mahfum:

"Dan bagi tiap tiap umat itu ada seorang Rasul."  (Yunus: 47)

 

KEPADA NABI DAN RASUL YANG DISEBUT DI DALAM AL QUR'AN

Para Nabi dan Rasul yang disebut di dalam al Qur'an sebanyak 25 orang iaitu:

  1. Adam
  2. Idris
  3. Noh
  4. Saleh
  5. Ibrahim 
  6. Hud
  7. Lut 
  8. Yunus 
  9. Ismail 
  10. Ishak 
  11. Ya'qub 
  12. Yusuf 
  13. Ayub
  14. Syu'aib
  15. Musa
  16. Harun
  17. Al Yasa'
  18. Zulkifli
  19. Daud
  20. Zakaria
  21. Sulaiman
  22. Illias
  23. Yahya
  24. Isa
  25. Muhammad.

Samada diperintah menyampaikan wahyu itu kepada orang lain atau tidak. Jika tidak diperintah menyampaikan wahyu itu kepada orang lain maka dia adalah Nabi bukan Rasul. Tetapi jika diperintah menyampaikan wahyu kepada orang lain maka dia adalah Nabi dan Rasul. Berdasarkan demikian, maka tiap tiap orang Rasul adalah Nabi dan bukanlah tiap tiap orang Nabi menjadi Rasul.

Lapan belas orang daripada mereka disebut di dalam satu ayat iaitu: (Al An'am: 83-86) Dan beberapa orang yang lain disebut dalam beberapa ayat berikut: (Al A'raf: 85; Ali Imran: 33; Al Anbia': 85; Al Fath: 29)

Maka wajiblah beriman dengan kenabian dan kerasulan mereka itu secara tafsil (perincian), dalam ertikata sekiranya disebut seorang Nabi atau seorang Rasul dia tidak mengingkari kenabian dan kerasulannya. Siapa yang mengingkari kenabian salah seorang dari mereka atau kerasulannya yang diutus membawa risalah Allah bererti dia telah kufur. (Ada pun sijahil, maka dia tidak dihukum kafir kecuali apabila dia ingkar setelah mengetahuinya).

Ada pun para Nabi dan Rasul yang tidak diceritakan oleh Allah kepada kita maka kita dituntut beriman kepada mereka secara ijmal. Kita tidak boleh mengatakan seorang itu Nabi atau Rasul selama mana nama mereka tidak dijelaskan oleh Allah di dalam al Qur'an dan oleh Rasul Nya di dalam al Hadith.

 

ULUL AZMI DARI GOLONGAN RASUL

Ulul Azmi dari golongan Rasul sebagaimana disebut oleh ulama' sebanyak lima orang iaitu:

  1. Muhammad
  2. Ibrahim
  3. Musa
  4. Nuh
  5. Isa

'alaihimus-solatuwas-salam dan sebagaimana dijelaskan nama-nama mereka dalam firman Nya yang mahfum:

"Dan (ingatlah) ketika Kami, ambil dari para Nabi perjanjian mereka dan daripadamu dan Nabi Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa bin Maryam."  (Al Ahzab: 7)

 

KANDUNGAN AL RISALAH YANG DIBAWA OLEH PARA RASUL

Wajib kita beriman bahawa Allah telah mengutus beberapa orang Rasul kepada makhluk supaya memberi khabar gembira dan khabar ancam kepada mereka. Memberi khabar gembira iaitu keredaan Allah, pahala dan syurga jika mereka beriman kepada Allah dan Rasul Nya serta mentaati Nya dan memberi khabar ancam iaitu kemurkaan Allah jika mereka kufur dan durhaka. Firman Allah yang mahfumnya:

"Dan tidaklah Kami mengutus para Rasui melainkan untuk memberi khabar gembira dan peringatan (khabar ancam). Maka barangsiapa yang beriman dan mengerjakan kebaikan maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Dan mereka yang mendustakan ayat ayat Kami ditimpa ke atas mereka azab disebabkan perbuatan fasiq mereka."  (Al An'am: 48 49)

Dan wajib kita beriman juga bahawa para Rasul yang diutus oleh Allah tujuannya untuk mencapai satu matlamat asas iaitu: Beribadah kepada Allah, menegakkan agamanya, mengesakan Nya pada Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma' (nama nama Nya) dan sifat sifat Nya. Firman Allah yang mahfumnya:

"Dan Kami tidak utuskan mana mana Rasul sebelum engkau (ya Muhammad) melainkan Kami menurunkan wahyu kepadanya (mengatakan): Tidak ada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu beribadahlah kepadaKu."  (Al Anbia: 2)

Dan firman Nya yang mahfumnya:

"Dia (Allah) telah mensyariatkan bagi kami tentang agama apa yang telah diwasiatkan kepada Nuh dan apa yang Kami wasiatkan kepadamu dan apa yang telah kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: Tegakkanlah agamamu dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya."  (As-Syura: 13)

Dan firman Nya lagi yang mahfumnya:

"Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada tiap tiap umat seorang Rasul (yang menyeru) beribadahlah kamu kepada Allah dan jauhilah kamu dari segala taghut."  (An Nahl: 36)

 

KEWAJIPAN KITA TERHADAP PARA RASUL

Setelah beriman dengan para Rasul dan dengan risalah yang dibawa oleh mereka, wajib pula kita membenarkan mereka dan tidak membezakan di antara mereka. Barangsiapa membeza bezakan di antara Rasul Rasul Allah dengan beriman kepada setengah Rasul dan mengingkari setengah yang lain, atau membenarkan setengah mereka tetapi mendustakan setengah yang lain rnaka dia termasuk dalam golongan prang prang kafir dengan nas al Qur'an al Karim:

Sesungguhnya orang orang yang kafir kepada Allah dan Rasul Rasul Nya dan bermaksud memperbezakan di antara Allah dan Rasul Rasul Nya serta mengatakan: Kami beriman kepada setengah dari Rasul Rasul itu dan kami ingkarkan setengah yang lain serta t bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan lain di antara yang demikian (iman atau kufur).

(Imam al Tabari rahimahullah menyebut ketika mentafsirkan ayat ini maksudnya: Kami beriman dengan setengah Rasul dan kami ingkarkan setengah yang lain sebagaimana orang orang Yahudi mendustakan Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w. dan membenarkan Nabi Musa dan Nabi nabi lain sebelumnya dan sebagaimana orang orang Nasrani mendustakan Nabi Muhammad dan membenarkan Nabi Isa dan Nabi nabi lain.) (An Nisa': 150 151)

Juga wajib kita beriman bahawa tiap tiap orang Rasul utusan Allah itu, mereka telah menunaikan amanah dan telah menyampaikan risalah dengan sempurna serta menerangkan risalah itu dengan sejelas jelasnya. Kerana itu, wajib kita mentaati Rasul dan tidak menyalahi perintahnya, kerana taat kepada mereka bererti taat kepada Allah.

Firman Allah yang mahfumnya:

"Siapa taat kepada Rasul maka (bererti) dia telah taat kepada Allah."  (An Nisa': 80)

Dan firman Nya lagi yang mahfumnya:

"Dan Kami tidak utuskan mana mana Rasul melainkan supaya ditaati dengan keizinan dari Allah."  (An Nisa': 64)

Wajib kita i'tiqad bahawa mereka adalah makhluk yang paling sempurna, iaitu dari segi ilmu mahu pun dari segi amal, mereka paling benar dan paling mulia akhlak. Allah telah mengutamakan mereka dengan beberapa keistimewaan yang tidak tercapai oleh seorang lain pun. Allah telah menjaga dan membersihkan mereka dari dosa dosa besar dan dosa dosa kecil. Dan kadang kadang berlaku kesalahan dan kesilapan dari mereka,  tetapi itu merupakan kesalahan dan kesilapan yang kecil berbanding dengan ketinggian pangkat yang diberi kepada mereka seperti berlakunya kesilapan Nabi Adam a.s. ketika memakan buah kayu dalam keadaan terlupa, kerana dia bukanlah berkekalan di dalam kesilapan itu, malah diberi taufiq untuk bertaubat dari kesilapan itu.

Wajib kita beriman bahawa para Rasul semuanya adalah manusia bukan malaikat, dari jenis lelaki bukan perempuan.

Firman Allah yang mahfumnya:

"Dan Kami tidak utuskan (Rasul) sebelum engkau (wahai Muhammad) melainkan lelaki lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka." (Al Anbia': 7)

Kita juga beriman bahawa Allah telah membekali mereka dengan tabiat atau sifat sifat kemanusiaan seperti kejahatan kepada: makan, minum, berjalan di pasar, tidur, duduk, ketawa, beristeri, beranak dan bercucu, mereka disakiti, dizalimi, dirampas hak, mati, ada yang dibunuh secara zalim, mereka sakit, demam dan lain lain dari sifat sifat kemanusiaan yang tidak membawa kepada kekurangan dan kerendahan martabat mereka yang tinggi di kalangan makhluk Allah.

Kita dapati banyak nas nas al Qur'an yang membuktikan demikian, di antaranya firman Allah yang mahfumnya:

"Muhammad itu hanyalah seorang Rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika ia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (menjadi murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun."  (Ali Imran: 144)

Firman Allah yang mahfumnya:

"Dan Kami sekali kali tidak mengutus Rasul rasul sebelummu, melainkan mereka memakan dan berjalan-jalan di pasar."  (Al-Furqan: 20)

Dan firman-Nya yang mahfumnya:

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa orang Rasul sebelum kamu (ya Muhammad) dan Kami memberikan kepada mereka isteri isteri dan keturunan."  (Ar-Ra'd: 38)

Dan firman-Nya lagi yang mahfumnya:

"Al-Masih (Nabi Isa) putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul yang sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Dan ibunya seorang yang sangat benar. Kedua dua adalah memakan makanan."  (Al-Ma'idah: 75)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Tetapi saya berpuasa dan kadang tidak berpuasa, saya melakukan solat (di waktu malam) dan saya tidur dan saya berkahwin dengan perempuan perempuan."  (Bukhari)

Rasulullah s.a.w pernah sakit, demam, merasai sedih, panas, sejuk, lapar, dahaga, marah, gelisah, penat dan sebagainya yang tidak mengurangkan martabat peribadinya.

Dan kita beriman bahawa para Rasul tidak memiliki sesuatu pun dari sifat sifat ketuhanan. Mereka tidak mempunyai kekuasaan mentadbir alam ini, tidak kuasa mendatangkan manfaat dap mudarat, tidak boleh mempengaruhi pada kehendak atau iradah Allah, tidak meng&ahui perkara perkara ghaib melainkan apa yang Allah menampakkan kepada mereka.

Firman Allah yang mahfumnya:

"Katakanlah (ya Muhammad), aku tidak kuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kernudaratan kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah. Dan sekiranya aku mengetahui perkara perkara ghaib tentulah aku membuat kebajikan sebanyakbanyaknya dan aku tidak ditimpa kemudaratan. Aku tidak lain hanyalah memberi peringatan dan membawa berita gembira bagi kaum yang beriman."  (Al A'raf: 188)

Firman-Nya lagi yang mahfumnya:

"(Dia adalah Tuhan) yang mengetahui perkara perkara ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan seseorang tentang yang ghaib itu, melainkan kepada Rasul yang diredai-Nya."  (Al Jin: 26)

Akan tetapi Allah telah mengurniakan mereka beberapa keistimewaan, keutamaan, kelebihan dan mengurniakan mereka akhlak yang melayakkan mereka untuk menerima wahyu Allah dan menanggung bebanan risalah demi menjadi contoh dan surf teladan yang akan diikuti oleh manusia dalam urusan agama dan dunia. Kerana itu wajiblah kita beriman bahawa para Rasul terpelihara dari sebarang kekurangan yang mencacatkan ketaatan dan kepatuhan mereka kepada Allah atau yang mencacatkan kemampuan mereka dalam menyampaikan risalah yang mereka tanggung.

Firman Allah mengenai mereka yang mahfumnya:

"Mereka itulah (para Rasul) orang orang yang telah Kami berikan kepada mereka Kitab, hikmah dan kenabian. Maka jika orang orang (Quraisy) itu mengingkarinya (tiga perkara yang disebut itu), maka sesungguhnya Kami akan menyerahkan kepada kaum yang tidak akan mengingkarinya. Mereka itulah orang orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah. Maka ikutilah petunjuk Allah."  (Al An'am: 89-90)

Kerana Allah telah menyempumakan akhlak mereka dengan sifat amanah, siddiq, fatanah, tabligh dan akhlak akhlak lain yang mesti dimiliki dalam menunai kewajipan Allah. Dan Allah bersaksi dengan demikian dalam firman-Nya mengenai Nabi Ismail a.s. yang mahfumnya:

"Sesungguhnya dia (Nabi Ismail) adalah seorang yang benar janji dan dia adalah seorang Rasul dan Nabi."  (Maryam: 54)

Dan firman Allah mengenai Nabi Ibrahim a. s. yang mahfum:

"(Ceritakanlah kepada mereka ya Muhammad) kisah Ibrahim yang tersebut dalam Kitab (a1 Qur'an) ini, sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat benar lagi seorang Nabi."  (Maryam: 41)

Dan banyak lagi ayat ayat al Qur'an yang membuktikan bahawa mereka bersifat dengan benar dan mendapat petunjuk dari Allah.

Dan wajib pula kita beriman bahawa Allah telah membantu mereka dengan mukjizat mukjizat yang terang dan tanda tanda yang jelas membuktikan kebenaxan mereka sebagai pembawa ajaran Allah.

Mukjizat ialah perkara yang pelik, menyalahi adat, yang berlaku pada tangan para Nabi dan Rasul, di mana dengan mukjizat ini dapat menyatukan hamba. Oleh yang demikian kita beriman dengan semua mukjizat yang disebut di dalam al Qur'an dan di dalam hadith hadith yang sahih.

Keistimewaan sekadar itu adalah sama di antara sekalian Rasul pilihan Allah, namun demikian kita beriman bahawa Allah telah melebihi setengah Rasul dari setengah yang lain.

Firman Allah yang mahfumnya:

"Rasul rasul itu Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata kata (langsung dengan mereka) dan sebahagian lain pula Allah meninggikan mereka beberapa darjah. Dan Kami berikan kepada Isa putera Maryam beberapa mukjizat serta Kami memperkuatkan dia dengan Ruha al-Qudus (Malaikat Jibril)."  (Al Baqarah: 253)

Kita beriman bahawa yang paling afdal di kalangan mereka dan di kalangan makhluk secara mutlak ialah Nabi Muhammad s.a.w. Mengenai ayat "    " (Dan sebahagian dari mereka Allah meninggikan di atas sebahagian yang lain beberapa darjah) sebahagian ulama' dahulu mentafsirkan "bahawa Rasul yang ditinggikan beberapa darjah itu ialah Saidina Muhammad s.a.w." kerana berdasarkan beberapa hadith sahih yang di antaranya:

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Aku adalah penghulu anak Adam di Hari Kiamat, aku mula mula orang yang dikeluarkan dari kubur, aku mula mula orang yang boleh memberi syafaat dan mula mula orang yang diizinkan memberi syafa'at."   (Muslim)

Dan sabdanya lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah telah memilih suku Kinanah dari anak cucu Nabi Ismail. Dan memilih puak Quraisy dari suku Kinanah. Dan memilih Bani Hasyim dari suku Quraisy dan memilih aku dari suku Bani Hasyim."  (Muslim, Tarmidhi)

Hadith tersebut dan lain lain lagi membuktikan dengan terang bahawa Nabi Muhammad bin Abdullah s.a.w. adalah seafdal makhluk secara itlaq.

Kemudian Herkulis bersungut kepada Abu Sufian:

 

BERIMAN KEPADA NABI S.A.W

Wajib kita beriman bahawa Muhammad bin Abdullah adalah Nabi dan Rasul, seorang hamba pilihan Allah. Baginda tidak pernah beribadah kepada berhala, tidak pernah mensyirikkan Allah sekelip mata pun. Baginda tidak pernah melakukan dosa kecil, apa lagi dosa besar.

Kita beriman juga bahawa baginda adalah Nabi yang terakhir, firman Allah yang mahfumnya:

"Akan tetapi dia (Muhammad) adalah utusan Allah dan penyudah sekalian Nabi."  (Al-Ahzab: 40)

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

"Perbezaan aku dengan para Nabi adalah seperti seorang lelaki yang membina sebuah binaan, dia memperelokkan binaan itu, melainkan di tempat sekeping bata di salah satu penjurunya. Lalu datanglah manusia mengelilingi binaan itu dan tertarik kepadanya sambil berkata: Alangkah baiknya kalau engkau letakkan bata ini! Baginda menjawab: Sayalah sebagai bata itu."  (Bukhari, Muslim)

Dan sabda baginda lagi yang bermaksud:

"Saya ialah Muhammad (yang dipuji), saya Ahmad (yang terpuji), saya al-Mahi (penghapus) yang denganku dihapuskan kekufuran; saya al-Hasyir (yang menghimpun) yang akan dihimpun manusia selepasku dan saya al-'Aqib, yakni penyudah yang tidak ada Nabi selepasnya."  (Bukhari, Muslim)

Kita beri'tiqad dengan penuh jazam bahawa tidak ada mana mana Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w. Sekiranya ada orang yang mendakwa menjadi Nabi selepasnya maka is adalah pendusta.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

"Dan sesungguhnya akan timbul di kalangan umatku tiga puluh orang pendusta, kesemuanya mendakwa menjadi Nabi. Dan aku adaiah penyudah para Nabi yang tidak ada Nabi lagi selepas aku."  (Muslim)

Wajib kita beri'tiqad bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua orang orang yang bertaqwa. Darinya diambil contoh teladan kebaikan, semua kebaikan. Dan bagindalah yang layak diambil contoh serta diikuti, bukan yang lain. Firman Allah yang mafhumnya:

"Katakanlah, jika kamu kasih kepada Allah hendaklah kamu mengikuti aku nescaya Allah akan kasih kepada kamu."  (Ali Imran: 31)

Dan firman-Nya yang mafhumnya:

"Maka tidak, demi Tuhan engkau, mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim untuk menyelesaikan apa yang berselisih di antara mereka, kemudian mereka tidak merasai apa-apa keberatan pada diri mereka dari apa yang engkau hukumkan dan mereka benar-benar menyerah diri."  (An Nisa': 65)

Wajib kita beriman bahawa baginda s.a.w. adalah kekasih Tuhan al-Rahman, baginda mendapat setinggi tinggi martabat kasih sayang Allah yang dinamakan dengan "khullah" sebagaimana sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sekiranya aku hendak mencari khalil (orang yang sangat dikasihi) sudah tentu aku akan mengambil Abu Bakar sebagai khalil aku, akan tetapi dia adalah saudaraku dan kawanku. Dan sesungguhnya Allah telah menjadikan sahabat kamu ini (yang baginda sendiri) sebagai khalilnya."  (Muslim)

Sebagaimana wajib kita beri'tiqad bahawa baginda diutus kepada semua jin dan manusia dengan membawa kebenaran dan petunjuk.

Firman Allah yang mafhumnya:

"(Serombongan jin itu berkata:) Hai kaurn kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepadanya nescaya Allah akan mengampuni dosa dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih."  (Al Ahqaf: 31)

Baginda adalah utusan Allah untuk sekalian manusia. Buktinya ialah firman Allah yang mafhumnya:

"Dan Kami tidak mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk sekalian manusia dengan memberi berita gembira dan berita ancam."  (Saba': 28)

Dan firman-Nya yang mafhumnya:

"Katakanlah, hai manusia sekalian! Sesungguhnya aku ini adalah Rasulullah kepada kamu sekalian"  (Al-A'raf: 158)

Dan firman-Nya lagi yang mafhumnya:

"Maha berkat Tuhan yang menurunkan al-Furqan (al-Qur'an) kepada hamba-Nya supaya menjadi pembawa berita gembira dan pembawa berita ancam kepada sekalian alam."  (Al-Furqan: 1)

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

Diutamakan aku dari para Nabi dahulu dengan enam perkara:

  1. Diberi kepada aku (kata kata yang ringkas tetapi padat)

  2. Diberi kemenangan kepadaku lantaran kegerunan seteru

  3. Dihalalkan untukku harta ghanimah (harta rampasan perang)

  4. Dijadikan bumi untukku suci dan tempat mendirikan solat

  5. Diutuskan aku untuk sekalian makhluk

  6. Dan aku penyudah sekalian Nabi  (Bukhari, Muslim)

Penulis kitab "            " berkata: "Dan Nabi Muhammad sebagai utusan kepada sekalian manusia itu adalah suatu aqidah yang dharuri diketahui dalam agama.

Kita diperintah supaya kasih kepada baginda lebih dari kasih kepada ibu bapa, anak pinak hingga kepada diri sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

"Tidak beriman seorang kamu hingga dia kasih kepadaku lebih daripada bapanya, anaknya dan manusia sekalian."  (Bukhari, Muslim)

Abdullah bin Hisyam berkata: "Kami bersama sama Rasulullah s.a.w. ketika itu baginda memegang tangan Umar bin al Khattab r.a., maka Umar berkata kepada baginda: Ya Rasulullah, saya kasih kepada engkau lebih dari segala-gala selain dari diriku sendiri. Baginda membalas: Demi Tuhan yang diriku di tangan-Nya, tidak sempurna iman engkau hingga engkau kasih kepadaku lebih dari diri engkau sendiri. Umar pun berkata: Aku kasih kepada engkau lebih dari diriku sendiri. Lalu baginda membalas: Sekarang sempurnalah iman engkau hai Umar."

Wajib kita beriman bahawa Allah telah membantu Nabi Muhammad s.a.w. dengan mukjizat mukjizat yang membuktikan kebenaran baginda pada tiap tiap ajaran yang dibawanya. Dan al-Qur'anul Karim adalah mukjizat baginda yang paling terang, yang mencabar manusia hingga ternyata mereka tidak kuasa menggubah seperti al-Qur'an kesemuanya atau sebahagian daripadanya. Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang al Qu.r'an yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad) maka buatlah satu surah (sahaja) yang seumpama al Qur'an itu dan ajaklah penolong-penoIong kamu selain Allah jika kamu memang orang yang benar. Maka jika kamu tidak dapat membuatnya dan pasti kamu tidak dapat membuatnya maka jagalah diri kamu dari neraka, yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang orang kafir."  (Al-Baqarah. 23-24)

Selain dari itu, kita beriman pula bahawa Allah telah membantu baginda dengan mukjizat mukjizat "            " (yang dapat dirasa dan dilihat) sebagaimana terbukti dalam hadith hadith sahih seperti: Bulan terbelah dua, batu mengucap salam kepada baginda, batang tamar mengisak isak merindu kasih kepada baginda, terpancar air dari celah celah jari baginda, makanan yang sedikit dapat mengenyangkan bilangan yang ramai, awan meneduhkan baginda sebelum baginda dibangkit menjadi Rasul, kambing yang dipanggang bersyahadah (bersaksi) di hadapan baginda, apa yang berlaku ke atas Abu Jahal ketika hendak menghempas batu ke atas kepala baginda, kambing Ummu Ma'bud mengeluarkan susu ketika baginda menyapu pada labu susunya dengan tangan baginda, tanah yang dilontar oleh baginda mengenai ke atas muka orang orang musyrikin, perkara ghaib berlaku betul sebagaimana yang diramal dan dicerita oleh baginda sebelum berlakunya, Allah memperkenankan doa baginda dan menjaga baginda dari terbunuh dan lain lain lagi sebagaimana yang disebut di dalam kitab kitab sirah dan kitab kitab hadith.

Imam al-Bukhari mengasingkan hal hal yang berhubung dengan mukjizat ini dalam satu bab khas yang dinamakan "            " dalam kitab sahihnya, Imam Muslim pula mengasingkan dengan nama "          " dan ulama' lain menulis buku khas mengenai mukjizat Rasulullah s.a.w. seperti buku "            " karangan Abu Na'im al Asfahani, buku "           " karangan Abil Hasan alMawardi, buku "          " karangan al Baihaqi dan buku "            " karangan Ibnul-Jauzi.

Berhubung dengan mukjizat hasiyyah bagi Rasulullah s.a.w. tersebut dalam beberapa hadith, di antaranya ada hadith yang mutawatir, dan kebanyakannya hadith masyur. Namun demikian pada keseluruhannya meyakinkan tentang berlakunya mukjizat itu dan tentang kebenaran Rasulullah s.a.w. Begitu juga kita beriman bahawa Allah telah membantu baginda dengan hujah hujah yang nyata dan dalil dalil yang terang, di mana terbukti pada diri, sifat dan akhlak baginda. Iaitu kita beriman bahawa Allah telah mengurniakan baginda bentuk tubuh badan dan rupa paras yang meyakinkan orang yang memerhati bahawa itu adalah tandatanda kenabian dan kebenaran baginda. Berkata Hassan bin Sabit dalam sya'irnya:

Andainya tidak ada pada baginda tanda tanda yang lain kecergasan dan kebijaksanaan baginda melambangkan kenabian.

Kita beriman bahawa Allah telah mengurniakan baginda semua akhlak yang terkandung di dalam al-Qur'an. Ini juga satu tanda yang membuktikan kebenaran baginda dan pertolongan Allah kepada baginda. Sepanjang sejarah hidup baginda, tidak ada seorang pun pernah mendengar dari baginda percakapan dusta, dalam urusan agama mahu pun urusan dunia, sebelum baginda dibangkit menj adi Rasul mahu pun selepasnya. Andainya pernah terlanjur dari baginda percakapan dusta, walau pun sekali, sudah tentu musuh musuhnya mengambil peluang ini menuduh dan meperbodoh bodohkan baginda. Baginda tidak pernah melakukan perbuatan keji atau perbuatan yang meliarkan hati manusia, sebelum dibangkit menjadi Rasul atau selepasnya. Baginda sangat berani, tidak pernah lari dari mana mana musuh sekali pun dalam keadaan yang sangat cemas dan takut sebagaimana ternyata semasa berlakunya peperangan Uhud dan Ahzab. Baginda sangat kasihan betas kepada umatnya hingga Allah mengingatkan baginda supaya jangan keterlaluan dalam firman Nya yang mafhum:

"Maka janganlah dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka."   (Fatir: 8)

Dan firman-Nya lagi yang mafhumnya:

"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaum kamu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan kamu, sangat ingin (keimanan dan keselamatan) untuk kamu, amat betas kasihan Iagi penyayang terhadap orang orang mukmin."  (At Taubah: 128)

Selain dari itu, baginda bersifat dengan setinggi tinggi darjah kemurahan dan kemuliaan, baginda terkenal dengan bersangatan zahid pada kemewahan dunia, memadai dengan sedikit dari kemewahan, tidak lebih dari itu. Baginda sangat sangat fasih dalam percakapan, ucapan baginda ringkas tetapi padat, baginda sangat sangat lemah lembut, pemaaf, tidak marah melainkan kerana Allah, tawadu' terhadap para mukmin, banyak beribadah dan terus berjihad, bertawakkal kepada Allah. Baginda tetap di atas sifat dan akhlak rabbani ini semenjak dari awal awal hidup baginda sampai meninggal dunia, tidak berubah dan bertukar. Pengertian inilah yang diisyaratkan dalam firnzan Allah yang mafhumnya:

"Dan saya bukanlah dari golongan mutakallifin (mengada ngada dan memberat beratkan diri)."  (Sad: 86)

Kerana orang mutakallif tidak akan tetap dengan sifat sifat demikian sepanjang hidupnya. Akhlak dan sifat sifat kemuliaan baginda sampai ke kemuncak ketinggian dan kesempurnaan, yang tidak ada pada seorang lain pun. Kerana ketinggian dan kesempurnaan demikian tidak terdapat kecuali pada mereka yang telah dipelihara oleh Allah. Kesempurnaan akhlak dan sifat sifat baginda adalah sebesar besar dalil yang membuktikan kenabian baginda.

Lantaran itu, kita dapati para bijak pandai menghukum kebenaran risalah baginda berdasarkan akhlak, kebenaran percakapan dan sejarah hidup baginda yang bersih. Perhatilah kepada Saiyidah Khadijah r.a. ketika mengetahui bahawa baginda benar dan beramanah, ketika baginda memberitahu kepadanya tentang penerimaan wahyu: "                    " (Sesungguhnya aku takut terhadap diriku), Khadijah menjawab: "                   " (Dikeluarkan oleh al Bukhari) maksudnya:

Janganlah begitu, demi Allah, Allah sekali kali tidak menghinakan engkau. Sesungguhnya engkau, engkau akan menghubungi rahim, membela yang lemah, melahirkan yang belum ada, menghormati tetamu dan sanggup menghadapi ujian kebenaran.

Begitu juga Herkulis, Raja Rom, ketika baginda mengirim surat menyerunya kepada al Islam, dia meminta dari orang orang Arab yang berada di dalam negerinya, yang kebetulan semasa itu Abu Sufian berserta kafilah perniagaan Quraisy berada di negeri Syam. Herkulis menjemput mereka dan penterjemah ke majlis perhimpunan berserta dengan pembesar pembesar Rom bertanya perihal Nabi Muhammad s.a.w Setelah didengar penerangan dari mereka dia mendapat kepastian bahawa apa yang diceritakan tentang sifat sifat dan sejarah hidup baginda adalah membuktikan kebenaran agama yang dibawanya dan baginda adalah Nabi yang diutus.

Kami rasa berfaedah kalau kami papar di sini dialog yang berlaku di antara Herkulis dengan Abu Sufian sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam alBukhari di dalam sahihnya, kerana dialog ini mengandungi pengajaran, wijangan dan dalil dalil yang menunjukkan bahawa baginda s.a.w. dikurniakan hujah hujah yang tepat dan tanda tanda yang jelas membuktikan kebenaran dakwah baginda, baik pada akhlak mahu pun sifat dan tingkah laku baginda, apa lagi baginda dibantu dengan mukjizat al Qur'an dan mukjizat mukjizat lain yang terlalu jelas.

Imam al Bukhari menceritakan: Abu Sufian dan kumpulan peniaga Arab Quraisy telah mengunjungi Syam dalam masa Salahul-Hudaibiah (Perdamaian al Hudaibiah). Di Syam mereka dijemput oleh Herkulis yang berada di Ailia' (Baitul Maqdis hari ini) dalam satu majlis perhimpunan yang dihadiri oleh pembesar pembesar Rom dan penterjemah.

Tanya Herkulis: Siapakah dari kamu yang paling hampir keturunan dengan Muhammad? Jawab Abu Sufian: Sayalah yang paling hampir.

Herkulis menyuruh Abu Sufian mendekatinya dan menyuruh rombongan Quraisy berada di belakang Abu Sufian. Berkata Herkulis kepada penterjemah: Aku akan tanya dia mengenai Muhammad, jika is berdusta maka janganlah kamu percaya kepadanya.

Ketika itu, Abu Sufian bersungut: Wallahi, kalau tidak kerana malu mereka mengatakan aku berdusta, nescaya aku akan berdusta terhadap Muhammad. Maka awal awal yang ditanya mengenai Nabi Muhammad ialah:

Tanya Herkulis:
Bagaimana keturunan Muhammad di kalangan kamu?

Jawab Abu Sufian:
Keturunan mulia.

Tanya Herkulis:
Pernahkah dahulu salah seorang dari kaum kamu menyeru seperti seruan Muhammad?

Jawab Abu Sufian:
Tidak pernah ada.

Tanya Herkulis:
Adakah datuk neneknya dari golongan raja?

Jawab Abu Sufian:
Tidak.

Tanya Herkulis:
Pengikut pengikut Muhammad terdiri dari golongan yang kuat atau golongan yang lemah?

Jawab Abu Sufian:
Pengikut pengikutnya terdiri dari golongan yang lemah.

Tanya Herkulis:
Pengikut pengikutnya makin banyak atau makin kurang?

Jawab Abu Sufian:
Makin banyak.

Tanya Herkulis:
Pernahkah seorang dari pengikutnya berpaling menjadi murtad kerana benci kepada al Islam setelah is memeluknya?

Jawab Abu Sufian:
Tidak ada.

Tanya Herkulis:
Pernahkah kamu menuduhnya berdusta sebelum dia membawa agama barn ini?

Jawab Abu Sufian:
Tidak pernah.

Tanya Herkulis:
Adakah dia pernah khianat janji atau menipu?

Jawab Abu Sufian:
Kami tidak pernah mendengar is bersifat demikian.

Abu Sufian berkata:
Saya tidak berpeluang mengatakan apa apa kecuali menjawab pertanyaan Herkulis sahaja.

Tanya Herkulis lagi:
Adakah kamu memeranginya?

Jawab Abu Sufian:
Ya, kami memeranginya.

Tanya Herkulis:
Bagaimana kamu memeranginya?

Jawab Abu Sufian:
Serangan di antara kami dengannya adalah bergilir, kadang kadang dia berpeluang dan kadang kadang kami berpeluang.

Tanya Herkulis:
Apakah yang dia menyuruh kamu?

Jawab Abu Sufian:
Dia mengajak kami beribadah kepada Allah yang esa, melarang kami menyengutui Allah dengan sesuatu yang lain, menyuruh kami tinggalkan apa yang dikata katakan oleh datuk nenek kami dan is menyuruh kami melakukan solat, bersikap benar, memelihara maruah dan menghubungi rahim.


Back | Home | Next

1