Asma

              

ASMA

Asma adalah sejenis penyakit saluran respiratori. Sesetengah pakar membahagikan asma kepada dua kumpulan iaitu ekstrinsik dan intrinsik. Majoriti daripada pesakit mengalami asma ekstrinsik. Asma jenis ini biasanya berlaku dalam keluarga dan selalu disebabkan oleh keadaan alergi seperti ekzema dan demam hay yang berlaku pada awal zaman kanak-kanak. Simptomnya boleh dihasilkan daripada pelbagai jenis rangsangan seperti resah, tekanan fizikal, jangkitan, pencemaran persekitaran, debunga, debu dan bulu haiwan. Alergi terhadap makanan juga boleh menyebabkan serangan yang lebih teruk, terutama pada kanak-kabnak yang mengalami ekzema. Asma intrinsik berlaku pada zaman dewasa. Faktor eksternal tidak menyebabkan kejadian asma, tetapi ia akan merangsangnya.

    Serangan asma boleh berlanjutan hingga beberapa minit atau hari, akan menyebabkan kesukaran bernafas, wheezing dan batuk bersama-sama dengan rasa tegang di bahagian dada akibat pembengkakan saluran bronkial yang inflamasi.

Perangsang Berpotensi

Alergi adalah keadaan yang terindividulisasi, jadi adalah tidak mungkin menyenaraikan makanan yang 'baik' dan 'buruk'. Kepada sesiapa yang mengesyaki sesuatu makanan itu adalah pengindus asma patut menyimpan satu diari makanan dan meminta bantuan pakar kesihatan.

    Makanan yang biasa merangsang kejadian asma dalam individu yang sensitif termasuklah susu lembu, gandum dan bijirin, yis dan makanan yang mengandungi fungus seperti blue cheeses. Kacang terutamanya kacang tanah menghasilkan reaksi yang paling cepat dan berbahaya.

    Sesetengah penambah makanan menjadi perangsang berpotensi dalam sesetengah orang. Di Amerika Syarikat, sulphites pernah digunakan sebagai pengawet dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, dan ia telah diimplikasikan sebagai penyebab kepada kematian segelintir pesakit asma. Justeru itu, penggunaannya dalam buah-buahan dan sayur-sayuran telah diharamkan di Amerika  pada 1986.

    Sulphite digunakan dalam tuak epal, bir dan wain. Produk-produk ini memberikan risiko kepada pesakit asma jika mereka terhidu minyak wangi daripada wain  tersebut. Ini mungkin disebabkan penghasilan histamin hasil daripada aktiviti bakteria dalam wain yang menyebabkan reaksi asma serta-merta terhadap orang yang sensitif.

    Pengawet asid benzoik, yang hadir dalam produk minuman ringan, jem rendah kalori, gula getah dan telur ikan boleh mengindus serangan asma. Perangsang lain yang berpotensi termasuklah penambah antioksidan, iaitu hidroksianisol terbutil (BHA) dan juga hidroksitoluena terbutil (BHT) yang banyak digunakan dalam lemak dan minyak, serta sesetengah bijirin sarapan.

    Bagi mereka yang sensitif, pewarna makanan seperti tartrazin dan kuinolin kuning berpotensi untuk merangsang asma.

Tip rawatan:

Memperbanyakkan

 

                  kekacang                                          

  

Fig

Mengelakkan

    makanan yang merangsang serangan (berdasarkan kesensitifan anda) seperti:

Keju

Makanan bermanfaat

Makanan yang mengandungi vitamin B contohnya sayur-sayuran hijau dan kekacang dapat membantu pesakit yang mendapat asma akibat tekanan. Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa pesakit asma mempunyai kecenderungan untuk kekurangan niasin dan vitamin B6 serta C.

    Antioksidan termasuk vitamin A yang boleh didapati daripada makanan seperti hati; karoten beta daripada buah-buahan dan sayur-sayuran hijau berwarna cerah seperti aprikot, lobak dan lada merah serta kuning; dan juga sayur-sayuran hijau seperti bayam; vitamin C daripada buah-buahan sitrus; vitamin E daripada kacang soya dan minyak zaitun, mampu menguatkan pertahanan paru-paru dengan menyingkirkan radikal bebas. Bahan-bahan  yang berpotensi  membahayakan ini adalah disebabkan daripada reaksi inflamasi asma terhadap pencemaran udara dan alergen.

    Magnesium yang terdapat dalam ikan, sayur-sayuran hijau, benih sunflower dan fig kering membantu mengendurkan laluan udara. Satu kajian yang dilakukan di Universiti  Nottingham  pada 1994 mencadangkan bahawa orang yang mengalami kekurangan magnesium cenderung untuk mendapat asma.

    Kajian kebelakangan ini mencadangkan bahawa ikan berminyak seperti salmon, mackerel, herring, sardin dan kod mampu menolong melindungi kita daripada asma. Makanan ini amat kaya dengan asid lemak omega-3 yang didakwa mempunyai kesan antiinflamasi.

    Sebelum drug yang sesuai untuk asma dihasilkan, kopi digunakan untuk mengurangkan kesan serangan asma. Struktur kimia kafein mirip dengan teofilin dan ia membantu mendilatasikan laluan udara tiub bronkial dan membantu proses pernafasan. Semasa kecemasan, dua cawan kopi pekat boleh melegakan keadaan asma dalam masa 2 jam dan berlanjutan untuk 6 jam. Bagaimanapun, pengambilan teh, kopi dan minuman berkarbonat perlu dielakkan dalam pesakit yang turut mengambil teofilin sebagai rawatan asmanya kerana kombinasi mereka mungkin akan menyebabkan toksisiti. Pengambilan kafein juga dicegah jika serangan asma adalah disebabkan oleh keresahan.

 

1