Sistem Imun

           

SISTEM IMUN

Kita memerlukan pengambilan vitamin dan mineral yang seimbang untuk memastikan sistem imun kita berfungsi dengan baik dan mencegah jangkitan dan penyakit. Terdapat banyak faktor yang mempunyai kesan advers pada sistem imun: pengambilan alkohol dan kafein yang berlebihan; indigesi atau inhalasi logam-logam berat seperti kadmium, lead dan merkuri; asap rokok atau pelbagai pencemaran udara. Apabila agen pencemaran atau bahan toksik diserap di dalam badan kita, ia akan mengganggu keberkesanan mineral dan vitamin dalam makanan.

Gabungan Menentang Kanser

Sistem imun adalah penting untuk mencegah kanser. Sel darah putih memainkan peranan dalam sistem imun kita untuk mengenalpasti sel-sel tumor dan memusnahkan sel-sel ini dengan mengubah membran permukaan sel tersebut.

Tip Rawatan:

Memperbanyakkan

     

Buah ceri dan lobak yang kaya dengan karoten beta

Mengurangkan

Peranan Diet

Untuk memperbaiki resistan semulajadi badan, diet harian kita haruslah merangkumi amaun vitamin dan mineral yang mencukupi, ini termasuklah antioksidan dan bioflavonoids yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan. Antioksidan juga membantu dalam meneutralkan radikal-radikal bebas yang dihasilkan ekoran daripada mekanisme pertahanan semulajadi badan.

    Ikan, ternakan, daging tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak, bijiran dan legume merupakan sumber mineral yang baik. Makanan yang membekalkan vitamin A seperti keju, telur atau hati, dan makanan yang membekalkan karoten beta seperti bayam, ubi manis atau lobak perlu dimakan setiap hari.

    Kekurangan vitamin B12 dapat meningkatkan risiko mendapat jangkitan tuberkulosis. Vitamin ini dapat dijumpai di dalam daging, telur, ikan dan bijirin yang diperkaya.

    Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan vitamin C. Amaun sederhana vitamin C (sehingga 200mg setiap hari) meningkatkan paras imunoglobulin, iaitu protein darah yang bertindak sebagai antibodi penentang penyakit, yang dihasilkan daripada sistem imun. Vitamin D serta asid lemak yang diperolehi daripada ikan berminyak dan vitamin E yang boleh dijumpai dalam minyak zaitun, kekacang, avokado dan bijirin gandum tulen adalah penting dalam kecekapan sistem imun badan kita.

    Keadaan kekurangan nutrisi yang paling biasa menyebabkan gangguan sistem imun adalah kekurangan zink. Benih labu, tiram dan daging tanpa lemak amat kaya dengan zink. Dalam kajian baru-baru ini, pengambilan multivitamin dan mineral menunjukkan peningkatan respon imun badan.

 

1