Di 
sebalik Surah Al-Ikhlas.....
Message: Sabda 
Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu 
sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam 
kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan 
membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke 
syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : Siapakah antara 
kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tigaminit? Tiada seorang 
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa 
ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat 
tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali 
(yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas 
Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas 3 kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca 
surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. 
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana 
ianya sama dengan
membaca 30 jus Al-Quran. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah 
bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat 
Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat 
padang sahara 
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur 
hingga ke barat. Pada setiap padang 
sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. 
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan 
kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kpd orang
yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul 
Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail
a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam 
yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu 
tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Nota :
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini 
kepada kawan2 yang lain. Seperti mana sabda Rasulullah SAW  'Sampaikanlah 
pesananku walaupun satu ayat'.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan 
dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Renungkanlah WAHAI SAHABAT- SAHABATKU  yang dirahmati ALLAH SWT. Mengapa 
lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti 
Menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. 
Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal  tidak dapat berkata apa-apa.. 
lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul 
maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika 
azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut 
menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, 
jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. 
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan 
diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas 
sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. 
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal 
hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana 
sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya 
akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah 
kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak 
kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami 
dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." 
semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin..amin Yarobbal a'lamin..
" WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;Wahai Ali, bagi orang 
MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 
tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 
tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.