ADEGAN 1 - Selepas Effa cuba melarikan diri
Zeti - "Kau jangan buat hal lagi Effa. Sudah seminggu kau buat kerja ni. Ramai lelaki dah tidur dengan
kau"
Effa - "Lepaskan aku dari sini. Kau tipu aku Zeti. Kau tipu
aku!"
Effa - (kepada Carlos) "Aku bukan pelacur!!"
Carlos - (menampar muka Effa) "Ingat, kalau kau cuba lari lagi.. kami akan kerjakan kau
cukup-cukup"
Effa - "Sampai bila kau nak suruh aku buat kerja terkutuk ni ha?"
Zeti - "Segalanya bergantung kepada pendapatan yang kau hasilkan"
Effa - "Maksud kau?"
Carlos - (menarik Effa dengan kasar) "Kau memang boleh bebas Effa... dengan syarat, setelah kau tidur dengan seribu
lelaki, faham?"
ADEGAN 2 - Perangkap Carlos
Carlos - "Segala-galanya sudah terlambat Effa. Engkau bukan lagi gadis suci yang menjadi idaman lelaki untuk dijadikan
isteri. So.. kalau kau ada niat untuk melarikan diri, lupakan. (menarik dan memeluk Effa) Untuk pengetahuan kau
sayang, semua gambar-gambar bogel kau bersama dengan lelaki-lelaki buas ada dalam simpanan aku"
Effa - (menangis)
ADEGAN 3 - Mona dan Amri kerja di kelab malam
Mona - "Amri.. aku nak balik dah ni. Kau tak nak hantar aku ke?"
Amri - "Baliklah. Tak tahu balik sendiri?"
Mona - "Sombong... menyampah!"
ADEGAN 4 - Effa akhirnya berjaya melarikan diri
Carlos - "Berpuluh pelacur kita boleh jaga, seorang perempuan kau tak boleh kawal!!
Memalukan.. tak boleh diharap!"
Ah Boon - "Kami tak boleh nak buat apa-apa Carlos. Dari malam tadi
lagi kami cari dia.. tapi dia, hilang entah ke mana.."
Zeti - "Aku pun tak sangka dia begitu berani Carlos, sedangkan dia tahu
risikonya"
Carlos - "Kau cari dia sampai dapat. Perempuan macam tu kena ajar!"
Ah Boon - "Tapi macam mana kalau dia bocorkan rahsia
kita?"
Carlos - "Dia takkan berani, bodoh! Gambar bogel dia ada pada kita!"
Zeti - "Soalnya.. di mana kita nak cari dia
sekarang?"
Carlos - "Engkau orang yang patut fikir masalah tu, bukan aku.. faham? Betina tu takkan terlepas. Walau di mana dia
bersembunyi, dia tetap akan dilabel sebagai.. pelacur!"
ADEGAN 5 - Amri selamatkan Effa
Ziman - "Pelacur? Eh, kau biar betul Amri. Jangan cari pasal. Yang kau nak tolong perempuan macam tu buat apa?
Eyy, jangan pening kepala laa.."
Amri - "Aku simpati dengan nasib dia. Anak yatim piatu yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki yang halal, tapi diperangkap oleh sindiket
haram"
Ziman - "Kau percaya sangatlah dengan dia. Jangan-jangan budak bohsia. Hey, nanti tak pasal-pasal.. kau yang kena tanggung bala. Kalau tak, takkan dia tak nak repot polis"
Amri - "Ini soal maruah Ziman. Kalau jadi kes polis, semua orang akan tahu. Lagi pun, aku rasa dia ada alasan yang kuat. Dari wajahnya saja aku dapat rasakan.. yang dia
ikhlas"
Ziman - "Ellehh... pantang jumpa perempuan cantik, mulalah nak
feeling. Ikhlas le, jujur le.. piirah.. Hoi, mana kau sorokkan perempuan tu?"
ADEGAN 6 - Effa menumpang di rumah Mona
Mona - "Nasib baik kau jumpa Amri.. kalau tidak, habis kau dikerjakan oleh buaya-buaya KL"
Effa - "Dah lama kau kenal Amri? Dia tu kekasih kau
ke?"
Mona - "Bukanlah. Cuma kami bekerja satu tempat. Setahu aku, si Amri tu setia kepada kekasih.
Girlfriend pun dia tak ada tau. Dengar cerita.. dia pernah kecewa
haabis dulu. Kesian dia kan?"
ADEGAN 7 - Amri melawat Effa
Effa - "Amri, Effa tak tahu macam mana nak balas budi baik Amri. Rupa-rupanya ada juga orang yang baik hati"
Amri - "Saya ikhlas menolong Effa. Jangan risau, Effa boleh tinggal di sini buat sementara
waktu"
Effa - "Terima kasih Amri"
ADEGAN 8 - Ziman dan Amri
Ziman - "Macam mana Effa sekarang? Dah dua minggu lebih dah melepak kat rumah Mona"
Amri - "Ada perubahan. Aku nampak wajahnya pun dah makin ceria"
Ziman - "Macam mana tak ceria... aku dengar hari-hari kau melayan
dia"
Amri - "Perempuan bermasalah macam tu Ziman, kita perlu beri perhatian. Kalau tidak, jiwanya akan lebih
tertekan"
Ziman - "Kira-kira kau ni macam doktor sakit jiwa lah ye? Hari-hari nak kena kaunseling si Effa tu. Hati-hati, jangan sampai kau jatuh cinta
pulak"
Amri - "Kalau betul, kenapa?"
Ziman - "Haii.. takkan kau nak bercinta dengan bekas
pelacur?"
ADEGAN 9 - Nasib Effa
Mona - "Effa, kau tak bosan ke duduk di rumah asyik pandang dinding aje.."
Effa - "Bosan pun nak buat macam mana Mona.. dah nasib. Tapi, aku bersyukur.. aku selamat dekat
sini"
ADEGAN 10 - Carlos berjaya menjejak Effa
Ah Boon - "Kenapa tak ditangkap saja si Effa tu Carlos? Takkan nak dibiarkan macam tu saja"
Carlos - "Aku dah ubah rancangan. Memang sengaja aku biarkan dia bebas buat sementara
waktu"
Ah Boon - "Apa tujuan kau?"
Carlos - "Mudah saja. Perempuan macam Effa tu, mentalnya perlu diasak satu persatu.. biar dia hilang
semangat"
ADEGAN 11 - Effa diugut
Carlos - (telefon) "Hello Effa, aku sedang menungu kau Effa.. jangan tunggu lama-lama, nanti kau akan menyesal sepanjang hayat"
Effa - "Binatang! Tolong jangan ganggu aku lagi. Tolonglah.. kalau tidak, aku akan bongkarkan semua kegiatan
kau"
Carlos - "Apa lagi kau tunggu Effa.. teruskan Effa. Aku pun dah tak sabar nak mengedarkan gambar-gambar bogel
kau"
Effa - (menghempas gagang telefon sambil menangis)
ADEGAN 12 - Amri percaya muslihat Carlos
Ziman - "Amri, telefon.. dari Effa"
Amri - "Pergi jahanam dengan pelacur tu! Aku takde masa nak layan dia. Cakap dengan dia.. aku dah anggap dia mati"
ADEGAN 13 - Arni membantu Amri yang dituduh membunuh
Effa
Arni - "Masuklah. Maaf, elektrik rumah ni dah lama dipotong, kau terpaksa gunakan lilin"
Amri - "Tak apa, aku kan orang pelarian... terpaksa hidup dalam gelap"
ADEGAN 14 - Arni dan Amri
Arni - "Amri.. kau tak sunyi ke?"
Amri - "Aku dah biasa dengan kesunyian. Kadang-kadang kesunyian membawa ilham
kepadaku"
Arni - "Aku suka cara kau bercakap.. macam seorang
pujangga"
ADEGAN 15 - Hujan lebat
Arni
- (telefon) "Hello (diam).. Amri, kau kat mana ni?"
Amri - "Arni, dengar sini.. aku mahu buat perhitungan dengan Carlos malam ni
juga"
Arni
- "Jangan bertindak melulu Amri, nanti akan membahayakan nyawa kau"
Amri - "Aku tak ada pilihan lain Arni. Ini urusan hidup dan mati... cuma aku mahu kau bagi tahu Ziman, kalau aku tak pulang pukul 3 nanti.. cari saja mayat aku di Sun Kompleks, Bukit Bintang (letak gagang
telefon/bunyi guruh)"
Arni
- "Hello. Hello? Amri?"
ADEGAN 16 - Amri lawan Carlos
Carlos - (mengacu pistol kepada Amri) "Biar aku tamatkan pelarian kau, bangsat! Tak ada bezanya kau hidup atau mati!"
(bunyi tembakan/Carlos rebah ke lantai)
ASP Saiful - "Polis! Letakkan senjata awak.
Letakkan"
Carlos - (melempar pistol)
|