Adegan 1
Setelah membuat 'tinjauan' di Mewah Resort milik Tuan Rashid, Joe (wartawan Buletin
Metro) kembali ke bilik hotel lalu bergegas mengemas barang-barangnya. Seketika kemudian,
Norman (jurugambar Buletin Metro) masuk ke dalam bilik tersebut...
Joe - "Hey, mana kau pergi ? Kita kena check-out
sekarang"
Norman - (mengeliat) "Arrhh... aku baru nak
selesa dengan tempat ni"
Joe - "Kalau kau tahu assignment aku
yang sebenar, tentu kau tak berani pijak tempat ni awal-awal lagi, kau tahu ?"
Norman - "Aku dah agak dah ! Jadi, kau ingat
tempat ni corruptedlah ?"
Joe - "Corrupted as hell !! Kau akan
tahu segala-galanya esok"
Adegan 2
Bertempat di Hotel Dynasty sedang berlangsung acara Malam Anugerah Usahawan
Cemerlang. Tuan Rashid telah diumumkan sebagai penerima anugerah tersebut. Beliau
seterusnya dijemput untuk memberi sepatah dua kata.
Pengerusi majlis - "Tuan Rashid,
silakan..."
(sambil itu kamera para wartawan tidak berhenti-henti mengambil gambar dan para
hadirin terus memberi tepukan yang agak gemuruh)
Tuan Rashid - "Terima kasih, saya rasa macam
menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pulak"
Adegan 3
En. Maarof (penyunting akhbar Buletin Metro) memanggil dua orang wartawannya masuk
ke dalam bilik setelah beliau membaca berita muka hadapan akhbar Berita Harian yang
bertajuk "VIP tak bayar cukai pendapatan ?"
En. Maarof - "Dari mana dia orang boleh
dapatkan scoop ni ha ?! Kenapa kau orang tak dapatkan ??"
Wartawan 1 - "Kes VIP ni dah lama kami cari Encik
Maarof"
En. Maarof - "Dah tu, kenapa tak cover
?"
Wartawan 2 - "Encik Maarof suruh kami cover
kes artis tak bayar income-tax"
En. Maarof - "Tak payah dikejar dia orang lagi.
Artis sekarang dah tahu tanggungjawab mereka. Ada yang dah pandai bayar zakat pun !"
Adegan 4
Norman (yang kini menjadi buruan polis setelah dituduh membunuh Joe) cuba
mendapatkan simpati teman wanita Joe iaitu Tania (wartawan Buletin Metro). Tania yang juga
merupakan bekas teman wanita Norman cuba bertindak untuk melaporkan kepada pihak polis
menyebabkan Norman terpaksa menceritakan apa yang sebenarnya terjadi pada malam Joe
dibunuh. "Pada malam tersebut, Norman berjumpa Joe di hadapan apartmen tempat tinggal
Joe untuk mendapatkan penjelasan tentang hubungan Joe dengan Tania..."
Norman - "Kita akan selesai segala-galanya
malam ini"
Joe - "Aku tak nak gaduh Norman"
Norman - "Aku tak nak ajak kau bergaduh. Aku tak
nak kerana perkara remeh ni kita putus kawan"
(Norman pun terus bersalaman dengan Joe tanda berdamai)
Joe - "Hey, kau tak mahu singgah... minum-minum
ke ?"
Norman - "Aku jumpa kau kat office je
(esok).."
Joe - "Okey"
(Norman pun berlalu pergi. Setelah beberapa langkah, beliau berhenti lalu menoleh
kepada Joe yang masih memerhatikannya)
Norman - "Tania gadis istimewa. Jangan
persia-siakan dia"
Joe - (mengangguk)
Norman - (tersenyum) "Hnsh... ada macam filem
Sembilu tak ??"
Joe - (ketawa)
Adegan 5
Tania telah mula mempercayai bahawa Norman (yang kini berada di rumah Tania) tidak
bersalah. Walau bagaimanapun, Tania berasa agak bimbang dengan situasi tersebut tambahan
pula abangnya merupakan Inspektor polis yang sedang menyiasat kes pembunuhan tersebut.
Tania - (sambil menutup langsir) "Ada sesiapa
nampak kau datang sini ?"
Norman - "'Tah, mungkin polis agaknya"
Tania - "Kau jangan main-main Norman. Kau tahu
apa hukumannya orang yang menyembunyikan penjenayah ?"
Norman - (sedikit kesal) "Aku bukan penjenayah
laa... "
Tania - "Kau dilihat bergaduh dengan Joe. Kau
orang terakhir berjumpa dengan Joe, dan kau... ada 'motif' untuk bunuh Joe !"
Norman - (dengan nada perli) "Hey, kak ! Kalau
aku bunuh Joe pasal Sofia Jane lainlah hal dia.."
Tania - (menyesal) "Ohh, thanks..."
Adegan 6
Tania mendapat beberapa keping gambar perempuan yang diambil oleh Norman di Mewah
Resort tempoh hari. Dia juga mendapat tahu daripada Joe (sebelum kematiannya) bahawa
terdapat skandal yang bakal dibongkarkan mengenai Mewah Holdings dan Tuan Rashid. Tania
seterusnya pergi berjumpa En. Maarof untuk menjelaskan teorinya mengenai pembunuhan Joe
dan membersihkan nama Norman.
En. Maarof - "Skandal apa pulak ? Jadi, maksud
awak tu... Mewah Holdings terlibat dengan skandal seks ?"
Tania - "Mungkin ! Tapi yang pastinya, kerana
skandal yang dimaksudkan, Joe dibunuh"
En. Maarof - "Hmm.. menarik.. menarik ! 'Wartawan
Buletin Metro membongkar skandal seks orang atasan. Kerana tergugat, seorang pembunuh
telah diupah untuk membunuh wartawan tersebut'. Betul-betul macam filem Hollywood"
Adegan 7
Tania telah mendapat beberapa maklumat mengenai Tuan Rashid dan Mewah Holdings
daripada Shah (ketua akauntan Mewah Holdings). Tuan Rashid yang mendapat tahu mengenai
situasi tersebut berasa terkejut dan amat marah kerana Shah merupakan orang
kepercayaannya. Beliau pun cuba mendapatkan penjelasan daripada Shah...
Tuan Rashid - "Kenapa kau jumpa reporter
tu ?"
Shah - "Untuk selamatkan 'leher' Tuan Rashid.
Ingat ! Rahsia kita hampir bocor kerana sikap Tuan Rashid yang gilakan publisiti. Reporter
dulu kita dah 'senyapkan'... mungkin reporter ini juga akan menerima nasib yang
sama kalau keadaan memaksa"
Adegan 8
Norman telah berkenalan dengan Sheila (anak Alex Tan - rakan kongsi Tuan Rashid)
melalui clue yang ditinggalkan oleh Joe. Sementara itu, Tania telah ditahan di
lokap kerana tidak bekerjasama dengan pihak polis. Manakala Norman dan Sheila pula cuba
bertindak sendiri untuk terus menyiasat dengan pergi ke Mewah Resort. Di sana, Norman
terpaksa berkurung di bilik hotel kerana beliau masih diburu polis tambahan lagi gambarnya
juga telah muncul di media massa sebagai orang yang dikehendaki polis. Setelah bosan
seharian di bilik, pada malamnya Norman keluar untuk berenang di kolam mandi. Dengan
sikapnya yang peramah (terutama sekali dengan perempuan !), Norman memulakan perbualan
dengan seorang wanita Inggeris yang kelihatan berseorangan..."
Norman - (berlagak 'macho') "So, you haven't
'heard' about me ?"
Wanita Inggeris - "Are you famous ?"
Norman - "Well... you can say that, yeah..
!"
Wanita Inggeris - "Let me guess.. you're a movie
star. Of course you are"
Norman - (perasan) "Oho.. some people say I look
like, er.. Johnny Depp !"
(Tiba-tiba muncul seorang lelaki Inggeris menuju ke arah mereka)
Lelaki Inggeris - (kepada wanita) "Hi Honey !
(lantas mengucup pipi si wanita)"
Wanita Inggeris - "Karl, I would like you to
meet... (menoleh kepada Norman) sorry, I didn't catch you name.."
Lelaki Inggeris - (seperti teringat sesuatu dan
berkata kepada Norman) "You look familiar.."
Wanita Inggeris - "Of course he does. He's a
movie star. (lalu memberitahu Norman) Karl's my fiancee"
Norman - (malu dan berasa tidak selesa) "Heh,
heh. Well, sorry.. gotta go. Nice to meet you. ....."
Wanita Inggeris - (sambil memerhatikan Norman yang
berlalu pergi) "Do you think he looks like Johnny Depp ?"
Lelaki Inggeris - (berfikir seketika) "Naa.. He
looks more like -- D.J. Dave !!"
Adegan 9
Shah yang mendapat tahu daripada Karim (pengurus Mewah Resort) mengenai kehadiran
Norman dan Sheila di situ telah memerangkap mereka berdua. Norman (yang pengsan setelah
dihentak oleh Karim) dan Sheila diikat di atas sebuah bot yang telah dipasang dengan
sebuah time-bomb. Komputer bimbit yang mengandungi rekod akaun Mewah Holdings
(iaitu bukti penyelewengan Tuan Rashid) juga telah dirancang untuk diletupkan bersama-sama
Norman dan Sheila.
Norman - (setelah tersedar dari pengsan dan cuba
melepaskan ikatan) "Sheila, apa kita buat kat sini, Sheila ?"
Shah - "Di sini sejarah hidup kau berakhir. Tapi
kau berdua bernasib baik. Tak semua orang dapat melawat tapak kuburnya. Ha ha ha..."
Norman - "Kubur ? Saya belum nak mati
lagi.."
Sheila - "Jangan buang tenaga Norman. Dia tetap
akan lakukan sama macam dia lakukan pada... Joe dan Alex Tan"
Norman - "Bang, tolong bang ! Jangan buat saya
macam ni..."
Shah - "Aku nak menyenangkan kau. Lepas ni kau
tak perlu lari dari sesiapa lagi. Hasta la vista !"
(Shah dan Karim pun meninggalkan bot untuk meletupkannya)
Adegan 10
Norman dan Sheila berjaya menyelamatkan diri (dan juga komputer bimbit) daripada
letupan. Mereka dijumpai di tengah laut oleh sekumpulan nelayan yang di ketuai oleh Pak
Leh. Sementara itu Tania juga telah dibebaskan daripada lokap dengan dijamin oleh
abangnya, Inspektor Shamsul melalui orang tengah - En. Maarof. Tania yang tersilap langkah
(kerana terlalu ghairah untuk menyelesaikan kes tersebut) telah di jadikan tawanan oleh
Tuan Rashid yang bercadang melarikan diri ke luar negara. Sikap Shah dan Tuan Rashid yang
tidak sabar telah menggagalkan usaha mereka. Norman, Pak Leh dan rakan-rakan nelayan
berjaya membantu membebaskan Tania. Kini, mereka sedang beristirehat di Mewah Resort...
Pak Leh - "Norman, kamu.. tak terikat dengan
Tania atau Sheila ?"
Norman - "Saya lepaskan kedua-dua Pak Leh. Takut
dia orang berdua bergaduh pasal saya. Susah bila jadi jejaka rebutan ni !"
Pak Leh & Norman - (ketawa)
Adegan 11
Tania dan Sheila sedang berbual di Mewah Resort apabila datang seorang lelaki muda
menegur Sheila lalu bertanya khabar dan kemudian berlalu pergi...
Tania - "Siapa tu ?"
Sheila - (ketawa kecil) "You don't want to know
him.."
Tania - "Kenapa ?"
Sheila - "Dia tu pimp besar dari negara
Kasorrga. Kerja dia cuma cari perempuan.. aje !"
Tania - "Really ?!!" (Tania pun terus
berlari pergi meninggalkan Sheila)
Sheila - "Eh, Tania ! Nak pergi mana ?"
Tania - (berlari ke arah Norman) "Norman ! Norman
! Ambik kamera. Kita ada scoop baru !!"
Norman - (dengan malas) "Ahh... Tania, please...
I'm on holiday !"
(Norman pun terus berlari mengekori Tania... - TAMAT)
|