Muzik
Music
. .

Album soundtrack filem Melayu
Malay films soundtrack album


Layar Lara Layar Lara

Tajuk : Lagu-lagu dari filem Layar Lara
Tahun : 1997
Terbitan : WeaTRAX Sdn Bhd
Edaran : Warner Music (M) Sdn Bhd
Penyanyi : Maman (Teacher's Pet), Man Bai, Azean Irdawaty & Ida Nerina


Senarai lagu :

Layar Lara (Prolog) - Maman
Lagu oleh Manja
Senikata oleh Shuhaimi Baba
© 1997 Pesona Pictures Sdn Bhd

Kasih (Ku Pinjam Wajahmu) - Teacher's Pet
Lagu oleh Raihan
Senikata oleh Cenderawasih
© Warner Chappell Music (M) Sdn Bhd & Luncai Emas Sdn Bhd
(Petikan album Di Suatu Hari Di Suatu Waktu)

Manja Lara - Maman
Lagu oleh Manja
Senikata oleh Manja & Ida Nerina
© 1997 Pesona Pictures Sdn Bhd

Trans Lara (Planet Pictures) - Ida Nerina
Lagu oleh Manja
Senikata oleh Manja & Ida Nerina
© 1997 Pesona Pictures Sdn Bhd

Keroncong Lara (Instrumental) - Maman & Mohar
Lagu oleh Manja & Mohar
© 1997 Pesona Pictures Sdn Bhd

Kalau Mahu Kenal - Azean Irdawaty
Lagu oleh Copyright Controlled
Senikata oleh Azean Irdawaty
© 1997 Pesona Pictures Sdn Bhd

Kau Ilhamku - Man Bai
Lagu & Senikata oleh Asmin Mudin
© Music Works Publishing Sdn Bhd
(Petikan album Man Bai)

Sering Kali - Teacher's Pet
Lagu & Senikata oleh Raihan
© Warner Chappell Music (M) Sdn Bhd
(Petikan album Di Suatu Hari Di Suatu Waktu)

Senandung Lara (Instrumental) - Maman & Mohar
Lagu oleh Manja & Mohar
© 1997 Pesona Pictures Sdn Bhd

Layar Lara (Epilog) - Instrumental/Mohar
Lagu oleh Manja
© 1997 Pesona Pictures Sdn Bhd

 

Ulasan album :

Pengulas : BASS
Penilaian : ***1/2

Sebuah filem yang baik dan lagu-lagu dari filemnya juga tidak mengecewakan. Layar Lara membuka ruang baru kepada bekas vokalis Teacher's Pet - Maman. Beliau sebelum ini dikenali sebagai rocker ala Mr. Big telah memperlihatkan bakat sebagai penggubah dan penerbit album muda yang cukup berpotensi. Bersama mutu vokal yang jauh lebih baik dari puluhan vokalist lelaki seusianya, Maman mempunyai masa depan yang cerah di dalam industri ini.

Pada Bass, mereka yang telah menonton filem ini patut memiliki album ini sebagai ingatan kepada sebuah filem Melayu '90an yang merakam cebisan kisah hidup segolongan masyarakat yang bergelumang dengan kerja seni. Walaupun turutan lagu-lagu yang dimuatkan di dalam soundtrack ini tidak menggambarkan keseluruhan jalan cerita Layar Lara, namun Maman berjaya memilih lagu-lagu yang bertepatan dengan konsep keseluruhan. Penglibatan suara dua bakal primadona filem Melayu - Azean Irdawaty (Kalau Mahu Tahu) dan Ida Nerina (Trans Lara) tidak mengecewakan. Lagu dinyanyikan dengan gaya yang tidak profesional tetapi bersesuaian dengan mesej dan mood lagu tersebut.

Salah satu lagi perkembangan yang dapat disaksikan pada perjalanan karier Maman ialah keupayaannya bermain klasikal gitar. Gabungan idea beliau dan susunan lagu bersama pemain seruling Mohar, memberi nafas yang segar pada muzik pop tanahair. Maman hanya perlu lebih serius mencari identiti muzik yang tersendiri agar tidak akan dikaitkan pula dengan muzik yang pernah dikembangkan oleh Zainal Abidin.

Sumber : ROTTW #6 (Mac 1997)

 

. Terkini | Ulasan | Muzik | Pelakon | Pengarah | Filem | Trivia | Gambar
Rencana | Anugerah | Dialog | Tetamu | E-mail | Luar Negara | Home
.
http://filemelayu.cjb.net © khys 1999-2001