Rencana
Article
. .

Lembaga Penapisan Filem (LPF)

1) Ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971).

2) Menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daipada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif yang mungkin dipaparkan dalam sesetengah filem, sejajar dengan tuntutan prinsip-prinsip Rukun Negara.

3) Anggota-anggota LPF terdiri dari seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 63 orang Ahli. Mereka dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di bawah Akta yang sama.

4) Penapisan filem diuruskan oleh beberapa Jawatankuasa yang dikenali sebagai Panel Tapisan. Panel Tapisan akan memberi salah satu keputusan berikut :
- Lulus bersih (LB)
- Lulus dengan potongan (LDP)
- Haram
- Ditolak

Pengkelasan Filem

Seksyen 9A Akta Filem (Penapisan) 1952 menghendaki supaya filem-filem yang ditapis diberi pengkelasan.

Sistem Klasifikasi merangkumi dua kategori besar iaitu :

1) Untuk Tontonan Umum

Filem ini sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat kerana tidak mengandungi adegan-adegan yang tidak dikehendaki oleh Garis Panduan, seperti babak-babak ganas, seram, seks atau yang bertentangan dengan nilai-nilai agama, budaya dan politik.

2) Untuk 18 Tahun Ke Atas

Filem ini bertujuan untuk penonton berumur 18 tahun ke atas sahaja. Ia mungkin mengandungi unsur-unsur ganas, seram dan seks yang tidak keterlaluan atau adegan-adegan yang menyentuh aspek-aspek keagamaan, sosial dan politik. Kategori filem untuk tontonan golongan 18 tahun ke atas dibahagikan pula kepada 4 kategori kecil seperti berikut :

(a) kategori_18sg.gif (1884 bytes) Mengandungi unsur-unsur ganas atau seram tetapi tidak keterlaluan
(b) kategori_18sx.gif (1874 bytes) Mengandungi unsur-unsur seks tetapi tidak keterlaluan
(c) kategori_18pa.gif (1777 bytes) Ada menyentuh aspek-aspek agama, sosial dan politik
(d) kategori_18pl.gif (1724 bytes) Mengandungi gabungan dua atau lebih unsur-unsur di (a) dan (b) di atas iaitu ganas, seram dan seks

Sumber : http://www.kdn.gov.my/bmalaysia/mejabantuan/bahC.html

. Terkini | Ulasan | Muzik | Pelakon | Pengarah | Filem | Trivia | Gambar
Rencana | Anugerah | Dialog | Tetamu | E-mail | Luar Negara | Home
.
http://filemelayu.cjb.net © khys 1999 - 2000