Fishing Book
Catcha Malaysia
Main Special Saltwater Estuary Freshwater Prawning Species Workshop First Aid Hot Spot
 
Rahsia Kalui
Oleh : Aznir Malek : PANCING Mac 1998

Apabila saya mengatakan kalui pendatang asing, ia telah menimbulkan persoalan. Ramai kawan yang tidak percaya apabila mendengar perkara ini. Alasan mereka senang sahaja, ikan ini boleh ditemui dengan banyak dan sihat dikebanyakan sungai di negara kita.

Kalui ialah ikan yang cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran, ia dapat mengubahsuai mengikut keadaan air walaupun di air yang tidak bergerak. Seorang kawan telah memelihara kalui dalam kolam simen yang airnya boleh membuatkan sebarau teraba-raba. Tiga ikan seberat 3 kg mendapat sumbar makanan dari kangkong yang dibekalkan setiap hari sehinggalah anak buahnya menukar diet kepada lipas yang disembur racun.

Kalui walaupun ikan pendatang tetapi ia tidak menimbulkan masalah kepada persekitaran. Pembiakan lipas di Tasik Cenderoh, Kenyir, Temenggor, Bersia mempunyai kaitan yang rapat dengan ikan ini. la telah mewujudkan satu masyarakat ikan kecil yang baru dalam komuniti ikan Malaysia. Penyebaran kalui tidak memusnahkan ekologi kita kerana pemakanannya yang terdiri dari tumbuh-tumbuhan, siput dan serangga tidak menjejaskan ikan-ikan lain. la tidak akan menyapu makanan ikan-ikan lain seperti tilapia.

Kalui biasanya memerlukan sungai yang terlindung dengan pokok-pokok dan kawasan yang senyap. Kalui membiak tanpa musim. Inilah yang menjadi punca kepada kesinambungan ikan ini. Telur kebiasaannya didapati di kawasan berumput-rampai dan berlumut yang cetek. Ikan ini juga mempunyai sarang, seperti burung dan dijaga oleh ibu bapa. Seperti ikan-ikan lain, ia juga mempunyai kawasan. Mereka akan menyerang apa saja yang mencerobohi kawasannya. Sepupu saya yang suka menyelam pernah sekali diserang oleh sepasang kalui. Walaupun hanya mengalami sedikit koyakan pada kulit, ia amat menakutkan.

Walaupun begitu kalui ialah ikan yang lemah-lembut. Gerakannya perlahan, walaupun semasa makan. la perlahan-lahan menghisap pucuk rumput air dan dengan goyangan kepala yang perlahan ia akan menarik pucuk dan perlahan-lahan melakukan kunyahan. Gerakan kalui boleh dikatakan selembut wanita Melayu.

Bagaimanapun jangan merendahkan keupayaan rembatan kalui. la dikategorikan sebagai ikan yang bertenaga dan mempunyai larian kencang sebelum didaratkan. Ramai pemancing telah dikecewakan oleh kalui bersaiz besar. Saya pernah sekali mendapat penghormatan mendaratkan kalui seberat 2 kg di tebing Sungai Perak. Ikan ini melakukan 4 larian, setiap satunya sejauh 25 meter sebelum berjaya dinaikkan.

Kekasih Seumur Hidup

Kalui mempunyai satu tabiat yang berlainan dengan ikan-ikan lain. Pasangan kalui akan hidp bersama hingga ke akhir hayat, tidak seperti manusia hari ini. Saya telah melihat sendiri perkara ini dalam satu 'trip' di Temenggor, lebih kurang 10 tahun lalu.

Dari atas batu yang tinggi saya ternampak 4 ekor kalui besar. Kami anggarkan berat setiap ekor ialah 10kg. Menggunakan belalang paling besar yang ada ketika itu, saya membaling umpan tersebut kearah kumpulan ikan tersebut. Salah seekor dari ikan dalam kumpulan tersebut telah menyambar umpan yang dilontarkan.

12 minit berikutnya ikan tersebut bejaya ditewaskan dan ditarik ke tepi. Masalah sekarang bagaimana untuk menaikkan ikan ke puncak batu. Dipendekkan cerita, ikan tersebut berjaya melepaskan diri dengan goyangan badan, meluruskan 2 mata kail. Apa yang menarik sekali ialah tindakan pasangannya yang setia mengikut kemana ia pergi semasa bertarung dan apabila pasangannya keletihan dan tersadai dipennukaan air, ia menunggu disebelah. Apabila berjaya melepaskan diri, kedua-duanya berenang bersama-sama seperti pasangan kekasih yang sudah lama tidak bertemu.

Pengalaman ini amat menyentuh hati dan saya tidak menyesal tewas kepada ikan tersebut. Saya bayangkan sepasang ikan menghabiskan masa bersama-sama. Mungkin perkara sebegini yang membuatkan sesetengah orang Melayu tidak memakannya kerana perlakuannya yang seperti manusia.

Ramai yang memelihara kalui sebagai ikan perhiasan. la dapat mengenali tuannya dan boleh diajar melakukan sarkis. Saya pernah memelihara seekor kalui seberat 2 kg di dalam tangki sepanjang 3 kaki. Atas nasihat seorang kawan saya telah mengajar ikan ini bagaimana melompat beberapa inci dari permukaan air untuk mendapatkan makanan. la akan melompat untuk mendapatkan cacing yang diletakkan dicelah jari. Pertunjukannya membuatkan setiap pelawat ke rumah saya terpegun.

Sehingga mana kalui boleh membesar? Kalui seberat 10 kg adalah yang terbesar pernah saya lihat, walaupun tidak berjaya mendaratkannya. Itu dalam tahun 1985. Selepas itu saya tidak mendengar atau membaca rekod berkenaan ikan kalui sehingga saya melihat keratan akhbar berkenaan En. Abdul Rahman dari Kampung Pokok Macang, Kedah. Kalui yang dipeliharanya mencapai berat 15 kg.

Hari ini dapat menewaskan kalui seberat 5 kg adalah menggemparkan. Baik diambil gambar dan dilepaskan semula sebagai penghormatan kerana dapat membesar sehingga itu. Ikan ini juga terlalu besar untuk dimakan. Saya percaya spesis besar masih mendiami Tasik Temenggor, Kenyir, Bersia dan Kenering. Jika anda seorang pencatat dan sentiasa berusaha merekodkan yang terbaik, saya fakir tempat-tempat ini adalah yang terbaik untuk anda.

Kalui biasanya menyukai kawasan bersemak atau kawasan yang mempunyai pokok yang terjuntai ke dalam sungai, mewujudkan kawasan redup. Warna kusam pada badannya adalah penyamaran yang terbaik bersama kombinasi rumput air dan dapat menyelamatkan ia dari pengganas seperti toman dan haruan.

Dulu saya pemah memancing kalui bersaiz tapak tangan. Menggunakan kayak, saya dengan perlahan-lahan bergerak menuju ke kawasan pokok buluh yang terjuntai di atas permukaan air lalu melontarkan umpan ke celah daun-daun yang tenggelam, Kalui tidak akan terganggu dengan kchadiran kayak sebaliknya penggunaan enjin akan menakutkan ikan dalam jarak 20 meter.

Saya dan seorang kawan pernah sekali mendapat 30 ekor kalui berbagai saiz hanya menggunakan isi rambutan sebagai umpan, mata bersaiz 16 dan tali 5 paun. Perlawanannya betul-betul melekakan menggunakan joran ringan.

Keluarga Channiforme selalunya menukar nafas, termasuk juga kalui. la akan timbul perlahan-lahan menukar nafas dan perlahan-lahan menyelam semula ke bawah, permukaan air sedikit sahaja berolak.

Umpan Kalui

Banyak umpan boleh digunakan untuk kalui dan yang paling banyak digunakan ialah belalang, cengkerik, lipas, cacing, udang nasi, dedak ayam yang dicampur dengan tepung, roti dan kangkung. Bagaimanapun pemilihan umpan perlulah berdasarkan kawasan yang kita tujui.

Dalam usaha memburu ikan pengetahuan tempatan adalah yang terbaik. Saya teringat semasa pertama kali memancing di Tasik Cenderoh di Raban (Jalan Kuala Kangsar Lenggong mengelilingi tasik ini), saya membawa udang kedai. Tidak ada seekor pun ikan yang menyentuh umpan sehinggalah seorang remaja tempatan yang melihat saya bersusah payah, menyuruh saya menyauk umpan dari rumput berhampiran tebing. Selepas itu saya bejaya mendapatkan kalui dan lampam. Ikan dapat mengenal udang yang telah direndam klorin atau tidak.

Peralatan

Kelengkapan untuk kalui adalah sama dengan ikan-ikan yang lain. Ikan yang beratnya sekilogram, gunakan tali 10-12 paun untuk perlawanan yang mengasyikkan. Joran untuk pancing terapung mestilah sepanjang 7-12 kaki untuk memudahkan kita mengawal umpan dan kawalan semasa membuat balingan.

Mata kail pula, jangan gunakan mata udang. Walaupun ketajamannya diakui tetapi daya tahannya tidak dapat mengawal rontaan kalui. Mata kail pilihan saya ialah Mustad Limerick berwarna gangsa. la rnempunyai 2 penyangkuk di bahagian pangkal mata kail yang dapat memegang cacing dan belalang dengan lebih kemas. Saiz mata kail bergantung kepada saiz umpan dan mulut kalui cukup besar untuk menerima sebarang saiz yang digunakan.

Pancingan Terapung












Pancingan terapung adalah cara yang paling terbaik untuk kalui. Kediaman kalui yang dipenuhi rumput air dan semak-samun memberi halangan kepada gaya pancingan dasar dan pancing hanyut. Dua rajah yang ditunjukkan di atas adalah cara biasa untuk sungai berarus dan air tenang.

Untuk air tenang kita menggunakan pelampung yang bahagian atasnya memanjang dan air berarus menggunakan pelarnpung yang bentuknya sedikit gempal. Batu ladung kecil biasanya diperlukan untuk sungai yang berarus laju. Pelampung seharusnya mempunyai 3 wama iaitu putih, merah dan hitam. ia akan memudahkan penglihatan. Wama-warna tersebut bertentangan dengan warna air yang kadangkala gelap atau cerah. Dengan cara ini anda tidak perlu terlalu menekan mata untuk melihat pelampung dari jauh.

Jika menggunakan belalang, cengkerik atau cacing, lagi lama umpan bergerak lagi tinggi peluang kita untuk mendapatkan kalui kerana pemakanannya yang berbagai jenis, mungkin ia tidak akan meragut umpan mati.


 
1