Fishing Book
Catcha Malaysia
Main Special Saltwater Estuary Freshwater Prawning Species Workshop First Aid Hot Spot
 
Rahsia Udang Galah
Oleh : Lee Quek Yang : PANCING Mac 1998

Udang tidak memilih makanan. la akan makan apa saja yang boleh. Cacing, perumpun, udang kecil, daging, boleh digunakan sebagai umpan dan adalah pilihan utama.

Udang galah ataupun dikenali juga dengan nama saintifiknya sebagai Macrobachium Rosenbergi dibesarkan dalam sungai khatulistiwa yang biasanya didapati di perairan kuala. la amat sensitif terhadap pencemaran air. Udang galah boleh didapati di negara-negara seperti India, Bangladesh, Myammar, Thailand, Malaysia, Brunei, Indonesia dan utara Australia.

Udang galah boleh didapati dengan banyaknya di sungai-sungai di Malaysia. Sungai-sungai di sebelah Pantai Barat Semenanjung yang mempunyai hasil udang yang banyak ialah di Sungai Muda, Kedah, Sungai Perak, Sungai Bernam, Sungai Tinggi, Sungai Selangor, Sungai Linggi, Sungai Muar, di sebelah pantai timur pula ialah di Sungai Johor, Sungai Sedili, Sungai Endau, Sungai Rompin, Sungai Mercong, Sungai Pahang dan sebagainya. Sabah dan Sarawak juga mempunyai sungai-sungai yang menghasilkan banyak udang galah. Pembaca sekalian akan mengetahui dengan lebih jelas sekiranya melihat peta. Saya pernah berada di Lundu, Sarawak, Kuching dan Kuala Baram, Miri untuk memancing udang. Keseronokannya seakan-akan berada di negara-negara Amerika dan Eropah.

Jantina udang amatlah mudah untuk dibezakan. Bagi si jantan, bahagian kepalanya agak besar malahan mempunyai sepasang penyepit yang besar dan kasar. Manakala si betina pula, penyepitnya tidak begitu besar tetapi bentuk badannya lebih seimbang dan berisi. Apabila hendak bertelur, bahagian perutnya akan mempunyai telur yang berwama oren.

Percantuman antara si jantan dengan betina akan berlaku di sekitar kawasan air tawar. Dalam tempoh 20 hari, si betina akan bertelur di kawasan hilir. Setiap seekor udang betina mampu bertelur sebanyak tiga kali setahun di mana setiap kali jumlah telur yang dihasilkan ialah antara 10 ribu hingga 100 ribu biji.

Kenapakah udang betina ingin bertelur di kawasan hilir? Rupanya udang kecil yang baru menetas tidak mampu hidup di kawasan air tawar. Mereka sekurang-kurangnya ingin sedikit kandungan air yang masin. Selepas 20 hingga 40 hari, udang-udang kecil ini akan berenang ke kawasan hulu. Hanya sebahagian kecil daripada udang-udang kecil ini mampu hidup membesar sehingga menjadi sasaran kaki pemacing. Kebanyakan udang-udang kecil ini akan dimakan oleh ikan dan udang-udang yang lebih besar.

Bot

Entah bila bermulanya bidang pancingan udang ini. Kebanyakan orang hanya memancing di tebing sungai sahaja sambil mendirikan khemah di situ. Selepas tertarik dengan pancingan udang galah, minat mereka pula semakin mendalam dan mula memancing dengan menaiki bot.

Kelebihan memancing dengan menaiki bot ialah dari segi kebebasan. Anda bebas memilih di kawasan sungai mana yang ingin anda pancing. Sekiranya mempunyai enjin sangkut yang berkuasa tinggi, pemancing tentu akan dapat mengatasi aliran sungai yang deras untuk mencari kawasan air yang tenang. Selain dari itu, keseronokan menaiki bot juga dapat dirasai.

Saya mencadangkan gunakanlah bot fiber sepanjang 12 hingga 13 kaki yang disesuaikan dengan enjin sangkut yang berkuasa antara 10 hingga 15 kuasa kuda kerana ia adalah satu gabungan yang sangat sesuai untuk memancing udang dan ikan di sungai besar.

Ketika ini kebanyakan enjin sangkut adalah dua lejang dan minyak yang perlu digunakan ialah 2T. Nisbah jumlah kandungan ialah 1: 15. Saya dapati ramai rakan pemancing tidak tahu-menahu mengenai nisbah ini. Secara ringkasnya , untuk setiap 1 liter atau bersamaan 1000cc minyak petrol, kita perlu memasukkan sebanyak 20cc minyak 2T. Sekiranya hanya memasukkan lima liter minyak, saya perlu memasukkan 5 X 20 = 100cc minyak 2T dan begitulah seterusnya.

Peralatan

Pengayuh simpanan arnat penting bagi menghadapi kemungkinan enjin tidak dapat berfungsi dengan baik. Manakala sauh dan tali adalah untuk menstabilkan bot. Sauh boleh dibuat sendiri, tali sauh sepanjang 250 meter adalah paling sesuai untuk digunakan. Kotak penyejuk dan pisau juga adalah peralatan yang penting, Apabila memancing di waktu malam, barang-barang yang diperlukan ialah bateri, tiang lampu dan lampu Kalimantan

Gabungan Pancingan

Joran dan kekili untuk memancing udang haruslah dipilih dari jenis ringan. Saya sudah biasa menggunakan joran halus sepanjang empat kaki setengah. Kekili tidaklah perlu besar. Boleh menggunakan tali utama antara 10 hingga 15 paun manakala perambut pula 6 hingga 8 paun. Tali yang begitu kasar ini bukanlah bertujuan untuk menghadapi udang galah yang besar tetapi bimbang terhadap benda-benda hanyut yang banyak di tengah sungai sehingga boleh tersangkut.

Menggunakan tali yang terlalu halus pula boleh merosakkan batu ladung dan cili yang banyak. Saiz batu ladung kebiasaannya antara nombor 5 hingga nombor 6. Beberapa jenis mata kail boleh digunakan tetapi biasanya ialah saiz sederhana antara nombor 7 hingga 10. Sila lihat rajah. Pemberat yang kecil boleh digunakan ketika arus perlahan untuk membolehkan ibu tali melalui dengan senang. Cara ini juga membolehkan isyarat udang sampai ke joran.

Apabila ibu tali melalui pemberat, ia akan terus disambungkan ke cili. Mengenai mata kail udang, selain jenis berbentuk biasa, ramai pemancing terutama sekali rakyat Malaysia Timur gemar menggunakan tali keluli dan mata kail udang buatan sendiri.

Untuk memancing di atas bot, paling sesuai ialah dua orang untuk sebuah bot dan lima batang joran bagi setiap orang. Bagi yang baru belajar, mereka boleh bermula dengan dua hingga tiga batang.

Umpan

Udang biasanya tidak memilih makanan. Semua barang yang boleh dimakan pasti akan ditelannya. Bagaimanapun bukan semua makanan sesuai digunakan untuk dijadikan umpan kerana kita perlu memikirkan ketahanan masa ketika berada di atas mata kail. Cacing, perumpun, udang kecil dan daging ikan boleh digunakan untuk umpan

Cara Memancing

Kebiasaannya mata kail diturunkan ke dasar sungai sehingga dapat menarik ibu tali dengan tegang. Letakkan joran di atas bot ataupun letak kukuh di tepi tebing tanpa dipegang dengan tangan. Isyarat udang adalah tidak sama mengikut keadaan, kadang-kala udang itu menelan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan, kadang-kala pula menyambar dengan kasar seperti ikan besar dan tidak ketinggalan juga kadang-kala menarik tali dengan keadaan separuh malu.

Bagaimanapun, renggutan yang agak perlahan pastinya adalah dari udang kecil dan renggutan yang kasar dan berat ialah udang galah. Bagaimana mencari kawasan tumpuan pula ? Jawapannya ialah, kawasan yang mempunyai banyak makanan serta kawasan yang senang untuk bersembunyi, iaitu kawasan yang mudah tersangkut. Tetapi apabila aliran sungai mengalir ke kawasan yang mempunyai aliran yang baik, udang-udang ini pasti akan berenang ke tengah sungai untuk menghilangkan rasa bosan. Jenis dan jumlah air berubah setiap hari, begitu juga dengan kedudukan udang galah ini.

Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Perlulah memerhatikan pancing selalu. Sekiranya tidak ada sebarang isyarat selepas lima minit dimasukkan ke dalam air, Joran perlu diangkat untuk memastikan sama ada ia tersangkut ataupun sudah memperolehi udang. Selepas 15 minit, sekiranya masih tidak ada isyarat udang pada tempat, ini bermakna kawasan itu tidak sesuai untuk pancingan udang dan anda perlulah menukar tempat segera. Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai untuk memancing. Kerana ketika itu paras air terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca yang sejuk. Tetapi selepas musim tengkujuh, dan disesuaikan dengan waktu pasang-surut, para pemancing kembali akan tersenyum gembira dengan hasil masing-masing.

Apakah hulu sungai yang tidak dipengaruhi oleh keadaan pasang-surut mengandungi udang? Jawapannya ialah ada, malahan biasanya mempunyai jenis yang besar. Sebenarnya di hulu mempunyai banyak udang galah yang menarik, bagaimanapun, pemancing pula begitu sukar untuk sampai ke situ.

Selepas memperolehi udang ini, bagaimana untuk 'melayani'nya ? Pelbagai cara masakan boleh dicuba seperti masak cara kukus atau masak cara kari. Selepas seronok memancing di luar, sampai di rumah pula boleh menikmati kelazatannya yang tersendiri.


 
1