Ruangan Notis adalah ruangan yang dibina istimewa untuk pelajar 5 L. Ianya berkaitan dengan isu-isu semasa seperti ucapan selamat hari lahir, maklumat-maklumat semasa, perayaan atau ucapan am dan lain-lain.

Sesiapa yang ingin menyampaikan atau berkongsi notis-notis yang boleh dianggap sesuai, penting dan berguna, bolehlah emailkan kepada fiveldmillennium@yahoo.com ataupun adillennium@yahoo.com.

Sekian Terima Kasih

Takziah kami ucapkan kepada Suriati Binti Mahat dan juga Mohd Syukri Mohammad diatas kehilangan bapa mereka. Kepada mereka berdua, hidup ini masih panjang, teruskan kehidupan kamu kerana ayahmu pasti ingin melihat kamu berjaya dan menjadi orang yang berguna. Kejarlah cita-citamu dan penuhilah impian keluargamu. Kami disini sentiasa disampingmu untuk membantu. Bagi rakan-rakan yang lain, ketahuilah yang hidup ini hanya sementara. Gunakanlah masa yang diberikan sebaik mungkin.

Tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang didalam SPM. Itu semua adalah usahamu sendiri. Bagi yang kurang berjaya, jangan mengaku kalah. Peluang masih ada. Hanya kemahuan dan usaha sahaja yang diperlukan. TAHNIAH!

Bagi mereka yang telah ditawarkan untuk ke Universiti tempatan, diharapkan berjaya didalam study. Ingat! Anda mempunyai masa depan yang cerah. Contactlah selalu bebudak lima L ni.

Counter