PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA

Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai

Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi

Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah


dipetik dari
ABU SAIF 23 July 2007

INILAH AKU...

  • Mak ngan ayah aku kahwin tahun 1982, lepas 2 tahun, lahirlah aku..
  • Nama yang mak ayah bagi Raziah.
  • Tapi... kengkawan panggil riza
  • Asal dari negeri Jelapang Padi
  • Aku anak kedua. Ada akak, adik pompuan 2 orang dan sorang adik lelaki
  • Tarikh Lahir 19 Disember 1984, 1.20 pagi <kesian mak aku..>
  • Sekarang belajar kat UUM, Lembah Sintok, Kedah.
  • Dulu belajar kat SMK Dato' Syed Ahmad, Kuala Nerang, Kedah.
  • Sebelum tu, belajar kat SK Kubang Palas.
  • Kekuatan aku tentulah kerana sensitiviti yang aku miliki.
  • Tapi kadang2 sensitiviti menjadi sensitif.. hu hu tentulah terbalik kod jadi kelemahan la pulok .
  • Aku suka sangat baca novel. Tak kira siapa penulisnya.. yang penting ceritanya menarik dan bagi aku input.
  • Dulu.. aku minat kumpul setem. Tapi sekarang kureng sket..
  • Aku minat sangat pasal perniagaan. Idola aku <hu hu hu...> Tan Sri Mokhtar Al Bukhary dan Puan Rozita Ibrahim.. fuh caiyok...nak jadi ahli perniagaan berjaya suatu hari nanti..
  • Mak, doakan kejayaan anak mak yer..
  • Trimaz Mak Hjh Jariah Md Rejab.
  • Dan sekalung al fatihah untuk arwah ayah Hj Jaafar Idris yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 Setember 2005. Semoga aman di sana.

 

1