ionkov4  
KANDUNGAN
MODUL 
Peta Konsep
Sebatian Kimia
Ikatan Ionik
Ikatan Kovalen
Sebatian Ionik/ Kovalen
Jadual 
  Berkala
Lembaran Kerja
Latihan
Rujukan
 Maklumat pengarang
     IKATAN KIMIA 
PERBANDINGAN ANTARA SEBATIAN IONIK DAN SEBATIAN KOVALEN

Gas klorin.... ya ... tepat sekali ...

Sebatian kovalen terdiri dari atom - atom bukan logam yang bercantum secara perkongsian elektron  untuk membentuk molekul.. Molekul - molekul yang terbentuk bersifat diskrit iaitu berasingan. Sebatian kovalen yang terdiri dari molekul kecil yang bersifat diskrit dikenali sebagai sebatian kovalen molekul ringkas.  Molekul ini tidak  ada cas dan daya tarikan antara  molekul adalah  lemah dan dikenali sebagai daya Van der Waals.

Maka sifat sebatian kovalen adalah seperti berikut :
a) oleh kerana molekulnya tidak ada cas maka ia tidak dapat mengkonduksikan elektrik dalam mana - mana keadaan dan bukan elektrolit..

b) oleh kerana daya tarikan antara molekul lemah , sebatian kovalen biasanya wujud sebagai gas ( atau cecair/ pepejal yang mudah meruap ) 

c)  oleh kerana daya tarikan antara molekul lemah , sebatian kovalen biasanya bertakat didih dan takat lebur rendah.

d) sebatian kovalen adalah pelarut organik , contohnya ester dan aseton.
 

 
1