
* GELORA GELOMBANG
JUGRA * PAMERAN & PUISI 30 TAHUN SITI ZAINON ISMAIL DALAM
WARNA *
|
GELORA GELOMBANG JUGRA
Kalau inilah
bahtera
oleng dilibas taufan akhir musim
gelombang melambung
gulungan awan menutup pipi langit
gelita perairan mega
Bintang-bintang sembunyi
hujan tak sempurna jadi
nakhoda kehilangan pandu batini!
Hanya pelaut azam
sejak memanda Laksamana
membuka tandak pertama
segak Chellak dan Perani
sebaris pahlawan Melayu
di balairong seri
Sejak dulu gelora ini bersambung
biar sabung halilintar memanah pucuk gelombang
gerinci baju besi
kibas tombak
dan keris lok tujuh
permata kasih muncul jua di jari Mandak
mencambah benih dari Teluk pandan ke Siak
ke Bulang
satu kelopak seni tumbuh di Jugra!
Dan bahtera oleng itu
telah jauh merentas laut Andaman
ke Hindi dan Lautan Cina
halaman sejarah bukan dongeng lagi
Laut memisah dan menemui kembali,
menyatukan daratan
di pelabuhan
tumbuh pohon kehidupan
Siti Zainon
Ismail
Mei-Julai1997
|
|
Alamat Surat Menyurat :-
No. 17, Jalan 1/7K,
Studio Seni Galeri Melora
Bandar Baru Bangi,
Atau
d/a Galeri Shah Alam,
43650 Bangi,
Persiaran Tasik,
Selangor Darul Ehsan
40000 Shah Alam, Selangor
Tel : 6012-2182891 @
6019-3501896
Fax : 603-89293340
Email : galerimelora@hotmail.com
|
|
|
|