.

 

PERGURUAN GERAK ALAM PENDETA

 

MEMBINA JATIDIRI MEMBENTUK JIWA INSANI

SELAMAT DATANG KE HALAMAN PENGENALAN PERGURUAN GERAK ALAM PENDETA.

Terima kasih diucapkan kepada anda yang sudi melayari web ini dan anda amatlah dialu-alukan untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai perguruan ini.

 

PERGURUAN GERAK ALAM PENDETA mula ditubuhkan pada hujung tahun 2000. Ilham untuk menubuhkan perguruan ini adalah bermula daripada perkataan GAP yang memberikan maksud RUANG. Penubuhannya pada peringkat awal adalah atas dasar mengembalikan keharmonian dan kemurnian ‘ruang’ di dalam masyarakat hari ini terutamanya golongan muda-mudi yang telah terisi dengan pelbagai fahaman, budaya dan ikutan yang kebanyakannya memberikan kesan yang negatif terhadap perkembangan masyarakat dalam keperibadian dan nilai diri di sisi agama.

 

Pihak perguruan telahpun menyusun strategi serta modul yang akan memberikan satu alternatif kepada remaja untuk beralih arah kepada budaya dan ikutan yang lebih bermakna dalam perjalanan hidup. Hiburan berunsurkan bimbingan kerohanian yang akan memberikan dorongan yang lebih padu pada menjuruskan diri kearah matlamat perguruan dalam “Membina Jatidiri Membentuk Jiwa Insani” turut disediakan.

 

TAHAP KEILMUAN DALAM PERGURUAN GERAK ALAM PENDETA

 

Tahap keilmuan di dalam Perguruan Gerak Alam Pendeta adalah terbahagi kepada 3 bahagian utama, sepertimana berikut:

 

TAHAP PERTAMA – GERAK

Pada tahap ini murid akan diajarkan seni permainan zahir dan juga akan didedahkan dengan “Gerak Ibu Silat” yang sebenarnya. Murid berpeluang untuk mendalami 3 jenis permainan gerak yang berlainan.

 

TAHAP KEDUA – ALAM

Seperti lain-lain perguruan beladiri tenaga dalam, Gerak Alam Pendeta juga akan memberikan tunjuk ajar kepada murid bagaimana untuk memanafaatkan sumber alam dalam hal berkaitan penjagaan kesihatan. Murid pada tahap ini akan mampu untuk menjadi perawat dan berupaya untuk merawat gangguan kesihatan samada medis atau non-medis. Pendedahan berkaitan ilmu tenaga dalam yang lebih praktikal akan diberikan pada tahap ini.

 

TAHAP KETIGA – PENDETA

Tahap ketiga ini merupakan tahap tertinggi dalam perguruan ini. Murid akan diijazahkan amalan-amalan kebatinan warisan leluhur jagat persilatan nusantara. Pelbagai keilmuan yang telah teruji dan menjadi buruan para pengamal kebatinan akan diajarkan. Terkandung pelbagai keilmuan dari susur galur  yang masyhur dan muktabar.

 

Walaubagaimanapun keterangan yang diberikan di sini hanyalah sekadar sebagai mukaddimah dan masih terlalu panjang huraiannya yang tidak dapat dibentangkan di sini. Hanya murid yang menyertai sebagai ahli Perguruan Gerak Alam Pendeta sahaja yang akan merasai sendiri pengalaman dari keilmuan yang diperturunkan. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut silalah berhubung terus dengan pihak perguruan di talian yang tertera di bawah.

 

 

 

 

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI

 

MOHAMAD ZAKI

0164075439 / 0194227488

REGISTERED REIKI MASTER / GRA (USA)

USUI REIKI MASTER (AUSTRALIA)

SEICHIM MASTER (USA)

 

 

 

 

KURSUS AURA REIKI PERCUMA | KUASA MINDA & TENAGA DALAM

BARANGAN HIKMAH | RAWATAN JARAK JAUH