HOME

Keberkesanan Penggunaan Kalkulator dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan negara, pihak Kementerian Pendidikan telah membenarkan penggunaan kalkulator di dalm bilik darjah. Malah pihak Kementerian juga membenarkan penggunaan kalkulator di bilik peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula tahun depan. Lebih membanggakan lagi pihak Kementeriaan Pendidikan akan membekalkan kalkulator grafik 40 set pada setiap sekolah menengah bermula tahun hadapan secara berperingkat-peringkat.

Walaupun terdapat usaha-usaha dalam penggunaan kalkulator di bilik darjah telah diambil. Persoalan yang timbul bagaimanakah keberkesanan kalkulator dalam pengajaran dan pembelajaran, adakah ia membantu dalam pengajaran dan pembelajarna atau sebaliknya. Terdapat beberapa kajian dan dapatan mengenai penggunaan kalkulator didalam bilik darjah antaranya adalah

  1. Didalam laporan Corkcroft (Dec 1982, para388)

"Kalkulator lebih diperlukan sebagai alat untuk  membantu pengajaran dan pembelajaran"

  1. Calculator-Aware Number (CAN) Project (1986-1992) yang diketuai oleh Hilary Shuard mendapati bahawa

"Kalkulator akan memberi kesan kepada strategi mental tanpa pengajaran formal di dalam algoritma. Di mana pelajar memcari dan menyiasat nombor dengan kaedah mereka sendiri menggunakan kalkulator"

  1. The Third International Mathematic and Science Survey (TIMSS, 1997) pula mendapati bahawa daripada 26 negara yang mengambil bahagian, england berada di tangga ketiga dari bawah berbanding dengan negara yang kurang menggunakan kalkulator di peringkat usia sembilan tahun. Maklumat ini telah mendapat respon daripada kerajaan dimana National Curriculum (DfEE 1998) mencadangkan

"Kalkulator paling baik digunakan di sekolah rendah selepas peringkat ke 2 dan tidak sepatutnya digunakan sebagai alat untuk menyelesaiakan aritmatik yang mudah. Guru sepatutnya mengajar pelajr bagaimana menggunakan kalkulator secara berkesan"

  1. Anita Staker (2000) pula berpendapat bahawa

"Kalkulator bukan satu alat yang sesuai untuk pengiraan yang boleh diselesaikan dengan mudah menggunakan mental atau pensil dan kertas"

 

Namun jika kita kaji dan memandang dari sudut yang positif, sebenarnya banyak kebergunaan dan kelebihan penggunaan kalkulatur dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Antara kelebihan-kelebihannya ialah seperti berikut;

  1. Kalkulator mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi keyakinan diri pada kanak-kanak kerana penggunaan kalkulator merupakan cara pembelajaran yang berbeza dengan apa yang biasa mereka lakukan. Kebanyakan kanak-kanak menyatakan mereka seronok menggunakan kalkulator   ( perks1990) dengan memberi alasan mereka boleh membuat apa sahaja dengan kalkulator, membantu belajar nombor,boleh menambah dengan banyak dan membantu kerja melibatkan nombor.

  2. Mewujudkan kurikulum yang lebih terbuka di mana pembelajaran memberi peluang untuk kanak-kanak mengembangkan idea dengan lebih bernas,Kalkulator membolehkan kanak-kanak mengira nombor sehingga angka yang lebih besar daripada angka juta dan billion yang jauh dari pengalaman asal mereka di mana dengan ini memudahkan mereka berhadapan  dengan masyarakat sekeliling.

  3. Kalkulator juga mewujudkan cara yang pelbagai untuk mendapat maklumat dan ini menambahkan lagi pengalaman kanak-kanak. Malah kalkulator juga mampu mempekenalkan nombor negatif dan nombor perpuluhan kepada kanak-kanak.

  4. Menambahkan kandungan kurikulum yang mana kalkulator menawar cara pembelajran yang berbeza.Kalkulator juga boleh memperkenalkan simbol,menerangkan konsep dengan mencari pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah.

  5. Kalkulator juga mampu meneguhkan sesuatu konsep yang telah diajar kepada kanak-kanak seperti menggunakan "number sense" atau berkerja dengan cara yang berbeza. Contoh  _ _ 2 + _  _ 3 = _ _ _ _.Di sini murid boleh mencuba pelbagai angka yang berakhir dengan dua dan tiga untuk diselesaikan dan mendapatkan jawapannya. Penggunaan kalkulator juga boleh menambahkan perbendaharaan kata kanak-kanak dalam belajar matematik seperti perkenalkan perkataan lebih daripada kurang daripada dan sebagainya.

  6. Penggunaan kalkulator juga mampu menggalakan menggalakkan kreativiti dan aktiviti penerokaan ke atas nombor di kalangan kanak-kanak . Ini mengallakan idea-idea yang kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah seperti 1+24=25, 3+22=25 , 3+33=25,26-1=25 dan sebagainya.Ringkasnya penggunaan kalkulator ini sebenarnya lebih menekankan kepada satu corak pembelajaran yang mampu meningkatkan pengiraan secara mental di samping manpu untuk menerangkan atau menjelaskan sesuatu konsep asas pengiraan khususnya bagi kanak-kanak tahap rendah. Setengah kanak-kanak tidak mampu untuk mereka pengetahuan mereka kepada angka yang lebih besar apatah lagi untuk mengira dan menyelesaikannya walaupun masalah tersebut mereka telah belajar namun dengan menggunakan kalkulator halangan mental seperti ini mampu di atasi.

Selain itu ,kalkulator juga mampu mencetuskan satu pengajaran yang berbentuk permainan dan penyiasatan malah mampu mencungkil kebolehan dan pengetahuan murid dalam menerima sesuatu siri pembelajaran matematik sebagai persediaan mental unutk memahami matematik dalam bentuk yang lebih abstrak.

 

Bibioglafi

1. Des 1982 Mathematic Count : Report of the Commitee of Inquiry into the Teaching of Mathematic (The Cockcroft Report), HMSO

2. Duffin, J .!994 Mathematic For the 1990's: A  Calculator-Aware Number Curriculum, Open University press

3. Prime  1991 Calculators, Childrenand Mathematic, Simon & Schuster

4. Shuard, 1989, National Curriculum Councial

5. Staker, 2000, Cool, Calm Calculating, TES Primary