HOME

WWW DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

Pengenalan

WWW (World Wide Web) adalah jaringan yang boleh digunakan untuk menghubungkan badan-badan korporat, institusi-institusi kerajaan, institusi-institusi pendidikan tinggi dan para individu. WWW juga adalah sebahagian daripada internet yang lebih dikenali sebagai laman web. Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada WWW yang meliputi pelbagai bidang dan topik.

 

Bagaimana WWW dapat membantu guru dalam P & P?

Menggunakan WWW untuk mencari maklumat

WWW merupakan sumber maklumat yang paling baik untuk guru matematik yang merancang untuk melaksanakan pengajaran pembelajaran matematik yang efektif dan inovatif. Guru boleh menggunakan "search engine" untuk mencari maklumat-maklumat ini. Mereka juga boleh menggunakan link yang telah disediakan oleh tapak-tapak web yang ada. Contoh tapak web yang boleh  menjadi tempat memulakan pencarian maklumat yang berguna kepada guru matematik adalah "The Math Forum".

 

Menggunakan aktiviti interaktif di WWW dalam pengajaran matematik

WWW juga kaya dengan pelbagai aktiviti matematik yang interaktif. Guru matematik boleh membawa muridnya ke laman web yang mengandungi aktiviti interaktif dan memberi peluang kepada muridnya untuk berinteraksi dengan aktiviti ini dalam pembelajaran matematik mereka. Di antara aktiviti-aktiviti matematik yang interaktif yang terdapat di WWW adalah Tulang Napier, The Three Door Puzzles dan Pembinaan Konsep Pecahan

 

Menerbitkan bahan pengajaran di WWW 

Salah satu kegunaan WWW kepada guru matematik adalah sebagai tempat untuk menerbitkan rancangan mengajar, tugasan matematik bernas, bahan pengajaran atau sebarang penulisan yang boleh membantu guru lain mencuba pengajaran matematik yang efektif dan inovatif.

 

Kaedah P & P matematik dengan menggunakan WWW :

Pembelajaran Interaktif

Dalam pembelajaran interaktif, pelajar diberi peluang untuk berinteraksi dengan aktiviti dalam pembelajaran matematik mereka. Pelajar boleh belajar mengikut kadar pembelajaran dan kebolehan sendiri. Guru juga boleh melihat dan merekod kemajuan individu pelajar bagi tujuan merancang tindakan seterusnya.

Antara ciri-ciri menarik mengenai cara pembelajaran ini ialah :

i.    Pelajar diberi peluang menjawab soalan-soalan "online".

ii.    Pelajar dapat menyemak terus jawapan yang diberikan.

iii.    Pelajar diberi skor pencapaiannya beserta komen dan saranan.

Kebaikan cara pembelajaran ini ialah :

i.    Pelajar diberi peluang belajar secara individu.

ii.   Pelajar dapat belajar mengikut kadar pembelajaran dan kebolehan sendiri.

iii.  Guru boleh melihat dan merekod kemajuan individu pelajar bagi tujuan merancang tindakan

      seterusnya.

iv.  Sumber dalam laman web boleh digunakan untuk pertandingan atau kuiz antara pelajar.

 

Strategi Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah merupakan tujuan utama dalam P & P matematik. Untuk menyelesaikan  masalah seseorang pelajar perlu memahami konsep, menguasai kemahiran matematik dan berfikir secara kritis dan kreatif. Pemupukan minat dan  pembinaan penguasaan kemahiran dalam penyelesaian masalah adalah cabaran besar bagi guru matematik. Seseorang guru matematik memerlukan banyak idea untuk mengatasi cabaran ini.

Antara laman-laman web yang boleh diterokai dalam strategi ini ialah :

i.    http://www.hawaii.edu/suremath/

ii.    http://saxonpub.com/text

iii.    http://plainfield.bypass.com/~union/problems.html

Ciri-ciri menarik laman di atas adalah seperti berikut :

i.    Contoh-contoh masalah atau teka-teki yang mencabar.

ii.    Peluang untuk menyertai pertandingan matematik antarabangsa.

iii.    Peluang untuk para pendidik dan pelajar berinteraksi dan berkongsi masalah.

iv.    Guru dan pelajar juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam setiap aktiviti.

v.    Masalah matematik yang dibentangkan mengikut tahap kesukaran yang berlainan.

 

Kebaikan laman ini ialah :

i.    Mengandungi sumber-sumber yang boleh dijadikan bahan untuk aktiviti P & P dan penyelesaian

 masalah.

ii.    Mengandungi contoh-contoh situasi sebenar beserta aktiviti-aktiviti P & P yang melibatkan kemahiran berfikir dengan kritis dan kreatif.

iii.    Mengandungi contoh-contoh teknik penyelesaian masalah yang menggunakan komputer atau secara manual.

iv.    Mengandungi ruang forum untuk guru memberi respon dan komen.

v.    Memberi guru idea-idea terbaru P & P matematik.

 

Apakah yang terkandung dalam WWW untuk warga pendidik?

*    contoh-contoh aktiviti P & P dengan tajuk-tajuk yang spesifik.

*    hasil kajian dalam pendidikan matematik  

*    rujukan-rujukan jurnal pendidikan matematik

*    perkara-perkara terkini berkaitan pedagogi dan isu-isu dalam pendidikan matematik

*    Idea yang digunakan dalam perancangan sesi pengajaran tajuk tertentu.

*    Lain-lain perkara yang boleh dijadikan sumber

 

Contoh pembelajaran dengan menggunakan WWW

Guru matematik boleh menggunakan aktiviti-aktiviti  matematik yang interaktif dengan memberi peluang kepada muridnya melakukan tugasan-tugasan matematik bernas. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat melakukan aktiviti penerokaan dan penyiasatan serta pembuktian sesuatu teorem. Di bawah ini adalah beberapa sampel aktiviti interaktif yang terdapat di WWW yang boleh digunakan oleh guru-guru matematik.

 1. Aktiviti  penyiasatan segitiga sama sisi

Alamat web - http://www.mathsnet.net/dynamic/jsp8.html

Melalui aktiviti ini murid akan menyiasat ciri-ciri segitiga sama sisi dengan menggunakan Javagsp.

2. Aktiviti pembinaan rombus

Alamat web - http://www.mathsnet.net/dynamic/construct2.htm

Di laman ini murid berpeluang menggunakan Javagsp untuk membina rombus.

3. Pembuktian Teorem Pythagoras

Alamat web - http://www.jes.co.jp/math/java/geo/pythafy.html

Di laman ini murid boleh menjalankan aktiviti untuk membuktikan Teorem Pythagoras.

4. Pembinaan konsep  bahagi dan pecahan

Alamat - http://www.visualfractions.com/DivideEasy.html

Melalui aktiviti interaktif ini, murid berpeluang membina konsep bahagi pecahan.

5. Pembinaan konsep pecahan setara

Alamat - http://www.visualfractions.com/MultiplyCircle.html

Melalui aktiviti interaktif ini, murid berpeluang membina konsep bahagi pecahan.