KATA ALUAN Guru Besar :

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Terlebih dahulu, terima kasih saya ucapkan kepada anda yang berkunjung ke Laman Web SK. Padang Garong 1,Kota Bharu , Kelantan. Malaysia. Sesungguhnya saya amat bersyukur kepada Allah Swt. kerana dapat mewujudkan Laman sekolah kami di dalam internet.
Hari ini, dunia kita seolah-olah menjadi semakin kecil. Memang benarlah bagi kalangan kita yang d0apat menafaatkan dan menguasai sedikit kemahiran IT, maka banyak "maklumat berada dihujung jari" mereka. Oleh yang demikian, sudah sewajarnya warga pendidik mengambil peluang mempelajari dan akhirnya menguasai teknologi ini.
Kemampuan kita menerima dan menghantar maklumat sama ada dalam bentuk data, imej. audio dan video dengan pantas dan cekap tanpa menghiraukan batas sempadan sewajarnya dimanafaatkan semaksima mungkin.
Kehadiran Laman SK.Padang Garong 1  hanyalah sebagai pengisi sebahagian kecil ruang 'cyber' yang masih terlalu luas untuk diterokai dan diisi. Saya percaya dalam masa terdekat ini, tiada apa yang perlu dirahsiakan akan segala peristiwa yang berlaku di mana-mana sekolah di seluruh Malaysia atau Dunia. Kita harus bersedia ke arah itu.

Terlebih dahulu, terima kasih saya ucapkan kepada anda yang berkunjung ke Laman Web Kami moga anda mendapat maklumat yang dikehendaki

  ;