HIDUNG BESAR / HINA NABI / SORRY LAH KAWAN
25 Safar 1427H / 25 Mac 2006

Pengenalan
Katalog

Katalog #12
Katalog #11
Katalog #10
Katalog #09
Katalog #08
Katalog #07
Katalog #06
Katalog #05
Katalog #04
Katalog #03
Katalog #02
Katalog #01

Pesanan
Hubungi Kami


Katalog : #04
Kod Pesanan : AA220-221-222
Harga bagi 3 kaset : RM20.00 termasuk penghantaran
Beli secara online, dapat menjimatkan MINYAK, MASA & WANG


HIDUNG BESAR
Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)
Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)

Siri pengajian Ust Shamsuri Ahmad kali ini menggunakan Kitab Muhimmah Fi Ilmil Hadith mukasurat 34. Ia menghuraikan beberapa hadith dari kitab-kitab hadith Imam Tabrani, Bukhari dan Muslim - hukumnya haram tidak bertegur sapa dua saudara selama 3 hari.

Kuliah ini juga dimuatkan cerita dari ulama besar, iaitu Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang boleh kita jadikan ikhtibar.
Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan siratulrahim atau putus hubungan keluarga. Terdapat golongan yang tidak akan mencium bau syurga dan siapakah golongan itu?

Nabi saw pernah berpesan kepada para sahabat supaya jangan lepas peluang apabila berjumpa Uwais. Siapakah gerangan Uwais ini?

Dan apa itu telaga Barhud - telaga yang terdapat di negeri Yaman?

Apakah benar Al-Quran menyuruh kita mengikut "ISO Standard"?

Kuliah agama Ust Shamsuri Ahmad ini memuatkan perkara-perkara yang penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian. Dapatkanlah kaset Ust Shamsuri Ahmad ini untuk mengetahui keseluruhan kandungannya.


HINA NABI
Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)
Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)

Dimulai dengan muqaddimah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Barra' bin Azib berkaitan pesanan Rasulullah saw kepada kita mengenai amalan sebelum ke tempat tidur setiap malam. Pesanan apakah itu?

Kuliah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad ini menggunakan Kitab Bahrul Mazi Jilid 16 mukasurat 144. Ia menceritakan bagaimana seorang sahabat Nabi bernama Abul Haisam melayani Rasulullah saw dan para sahabatnya sewaktu mengkunjungi rumah beliau. Terdapat juga perilaku para sahabat yang kasih dan cinta pada Rasulullah saw. Apakah perilaku-perilaku itu?

Terdapat juga komentar dari Ustaz Shamsuri Hj Ahmad mengenai penghinaan melalui Karikatur Nabi saw baru-baru ini. Persoalannya : Apakah kita cuma menganggap perbuatan penghinaan terhadap Nabi itu suatu perkara kecil sahaja?

Apakah saranan Nabi saw mengenai perancangan dan strategi ekonomi sewaktu dijamu oleh Abul Haisam ra ketika itu?

Untuk mendapat jawapannya, silalah membuat pesanan kaset-kaset Ustaz Shamsuri Hj Ahmad ini sehingga stok masih ada.


SORRY LAH KAWAN
Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)
Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)

Kuliah tafsir Surah Ali Imran ini adalah sambungan kepada kuliah yang lepas, yang mana menggunakan menggunakan Kitab Tafsir Nurul Ehsan Jilid 1, mukasurat 113.

Keseluruhan kuliah tafsir ini mengisahkan bagaimana keadaan Mariam binti Imran melahirkan Nabi Isa a.s. tanpa berbapa.

Allah telah mengurniakan Nabi Isa a.s. pelbagai mukjizat yang hebat sehingga mengkagumkan masyarakat Bani Israel. Apakah mukjizat-mukjizat yang hebat dan mengkagumkan itu?

Mengapa pula majoriti Bani Israel menentang Nabi Isa a.s? Apakah cubaan untuk membunuh baginda berjaya? Adakah benar Nabi Isa a.s. mati disalib dan siapakah sebenarnya yang mati disalib?

Untuk mengetahuinya, dengarlah penjelasan tafsir ini oleh Ustaz Shamsuri Hj Ahmad di dalam kaset ini.


Bagaimana Untuk Membuat Pesanan


Anda boleh menuruti 3 langkah berikut :-

Pertama, tentukan “Kod Pesanan” dan harganya.

Contohnya, kod pesanan barangan adalah AA210-211-212 dan
jumlah harganya ialah RM20.00

Kedua, bayaran boleh dibuat secara internet banking atau manual deposit ke salah satu akaun internet bank berikut :

      Akaun Sdr Razman Abd Manan
      Bank Islam   :  12-038-02-309596-8 ( Bankislam.com.my )
      Muamalat   :  1401-0020705-72-6
      Maybank2U  :  114-012-157-599 ( Maybank2U.com.my )

      ATAU

      Akaun Sdr Azha Abu Hasan
      Bank Islam   :  12-038-02-526402-5 ( Bankislam.com.my )
      Maybank2U  :  114-084-129-637 ( Maybank2U.com.my )
      RHB Bank : 162250-00083458 ( RHBbank.com.my )
      Hong Leong Bank : 6551081981 ( HLB.com.my )

Ketiga, anda perlu memaklum kepada kakitangan kami :

Sdr. Razman Abd Manan tel : 019-3443 123 atau

Sdr. Azha Abu Hasan tel : 012-349 2203 atau 013-378 9180

atau

email ke : KasetAgama@gmail.com

dengan memaklumkan :

i. kod pesanan barangan (contohnya, AA210-211-212 )
ii. nama tuan/puan
iii. alamat penghantaran
iv. tarikh & masa bank slip atau transaction.



PENGHANTARAN

Penghantaran akan menggunakan POS MALAYSIA BERDAFTAR dan dihantar secepat mungkin, InsyaAllah. Sekian terima kasih.


Kaedah Pembayaran Menggunakan
Internet Banking.
berikut :-









Ruangan Iklan :




Pengenalan   |   Katalog   |   Pesanan   |   Hubungi Kami
 Copyright ©2006   Syarikat Sophia Natasha Trading, Malaysia (Reg. Co. 87/05).   Hak Cipta Terpelihara.