BARA API / GURU DISIPLIN / SHAH ALAM BANJIR
Sempena Maulidur Rasul - 11 Rabiul Awal 1427H / 12 April 2006

Pengenalan
Katalog

Katalog #12
Katalog #11
Katalog #10
Katalog #09
Katalog #08
Katalog #07
Katalog #06
Katalog #05
Katalog #04
Katalog #03
Katalog #02
Katalog #01

Pesanan
Hubungi Kami


Katalog : #05
Kod Pesanan : AA223-224-225
Harga bagi 3 kaset : RM20.00 termasuk penghantaran
Beli secara online, boleh menjimatkan MINYAK, MASA & WANG.


BARA API

Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)

Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)


Kaset tajuk : Bara Api oleh Ust Shamsuri Ahmad

Siri Ustaz Shamsuri Hj Ahmad kali ini menggunakan Kitab Bahrul Mazi Jilid 7 mukasurat 202 yang menghuraikan tegahan atau larangan memijak atau duduk atau bersila di atas kubur tanpa niat yang dibenarkan oleh syarak. Kenapa? Apakah alasan tegahan ini dibuat? Bagaimana sumber nas bagi larangan ini?


Kuliah ini juga menjelaskan hukum mengecat batu nisan dan membuat binaan di atas kubur. Apakah benar Syaidina Umar Al-Khatab ra pernah memerintahkan meruntuhkan semua binaan yang dibuat di atas kubur?


Terdapat juga penjelasan Ustaz Shamsuri Hj Ahmad mengenai larangan membina tembok marmar di atas kubur.


Apakah benar terdapat hadis Nabi saw yang mengatakan duduk atas BARA API sehingga terbakar baju dan kulit adalah lebih baik daripada duduk di atas kubur? Bagaimana pula penjelasan oleh Ustaz Shamsuri Hj Ahmad?



GURU DISIPLIN

Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)

Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)


Kaset tajuk : Guru Displin oleh Ust Shamsuri Ahmad

Pengajian Ust Shamsuri Hj Ahmad kali ini adalah tafsir Al-Quran Surah Saba' bermula ayat 40 yang menggunakan Kitab Nurul Ehsan mukasurat 285.


Di dalam surah ini, Allah mencerita keadaan yang akan berlaku semasa Padang Mahsyar ketika hari kiamat nanti.


Antaranya, keadaan golongan manusia yang sesat dan mensyirikkan Allah. Ada antara dari golongan ini menyembah malaikat dan makhluk, yakni selain dari Allah. Ada antara mereka menyembah jin setelah mereka menggunakan khidmat jin ini. Mereka semua akan disoal apakah alasan mereka menduakan Allah.


Apakah Nabi saw berdakwah ini untuk mendapatkan upah ataupun ganjaran? Apakah Nabi saw itu berkepentingan? Siapakah bermanafaat apabila seseorang itu beriman pada Allah?


Kuliah Ust Shamsuri Hj Ahmad ini juga menceritakan bagaimana Rasulullah menjemput kaum Nasrani dari Najran untuk berdebat. Jemputan ini disahut oleh kaum Nasrani dengan menghantar rombongan seramai 60 orang dengan pakaian yang hebat-hebat.


Dalam perdebatan tersebut, Nabi saw diajukan dengan soalan cepumas dari kaum Nasrani ini. Apakah soalan tersebut? Apakah Nabi saw mampu untuk menjawab tersebut?


Dengarlah kaset ceramah Ust Shamsuri Hj Ahmad ini untuk penjelasan bagaimana Nabi saw berlawan hujah dengan kaum Nasrani dan apa kesudahannya.



SHAH ALAM BANJIR

Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)

Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)


Kaset tajuk : Shah Alam Banjir oleh Ust Shamsuri Ahmad

Pengajian Ust Shamsuri Hj Ahmad kali ini masih menggunakan Kitab Muhimmah Fi Ilmil Hadith mukasurat 36 di bawah tajuk menghubungkan sirahtulrahim adalah besar pahala disisiNya. Kuliah ini menjelaskan, secara mendalam, pengalaman yang dibawa oleh ulama' besar yang berlaku di Mekah. (Kuliah ini adalah sambungan kaset bertajuk "Hidung Besar Katalog 04").



Terdapat juga komentar dari Ust Shamsuri Hj Ahmad berkaitan sholat Taraweh : Apakah benar hadis fadilat sholat Taraweh di dalam bulan Ramadhan tidak bersumberkan kitab-kitab sunnan atau hadis?

Seorang sahabat telah bertanya nabi saw iaitu amalan apakah yang paling baik dan yang paling Allah murka. Amalan apakah itu? Antara amalan paling buruk tersebut adalah amalan memutus siratulrahim.

Terdapat juga pesanan Nabi saw kepada sahabat baginda yang bernama Abu Zhar. Apakah pesanan Nabi saw kepada Abu Zhar?

Dan bagaimana amalan untuk mendapatkan perbendaharaan syurga?

Semua persoalan di atas akan terjawap setelah mendengar dan meneliti kaset pengajian ini, InsyaAllah. Ia juga dapat dimanafaatkan bersama keluarga dan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.


Bagaimana Untuk Membuat Pesanan


Anda boleh menuruti 3 langkah berikut :-

Pertama, tentukan “Kod Pesanan” dan harganya.

Contohnya, kod pesanan barangan adalah AA210-211-212 dan
jumlah harganya ialah RM20.00

Kedua, bayaran boleh dibuat secara internet banking atau manual deposit ke salah satu akaun internet bank berikut :

      Akaun Sdr Razman Abd Manan
      Bank Islam   :  12-038-02-309596-8 ( Bankislam.com.my )
      Muamalat   :  1401-0020705-72-6
      Maybank2U  :  114-012-157-599 ( Maybank2U.com.my )

      ATAU

      Akaun Sdr Azha Abu Hasan
      Bank Islam   :  12-038-02-526402-5 ( Bankislam.com.my )
      Maybank2U  :  114-084-129-637 ( Maybank2U.com.my )
      RHB Bank : 162250-00083458 ( RHBbank.com.my )
      Hong Leong Bank : 6551081981 ( HLB.com.my )

Ketiga, anda perlu memaklum kepada kakitangan kami :

Sdr. Razman Abd Manan tel : 019-3443 123 atau

Sdr. Azha Abu Hasan tel : 012-349 2203 atau 013-378 9180

atau

email ke : KasetAgama@gmail.com

dengan memaklumkan :

i. kod pesanan barangan (contohnya, AA210-211-212 )
ii. nama tuan/puan
iii. alamat penghantaran
iv. tarikh & masa bank slip atau transaction.



PENGHANTARAN

Penghantaran akan menggunakan POS MALAYSIA BERDAFTAR dan dihantar secepat mungkin, InsyaAllah. Sekian terima kasih.


Kaedah Pembayaran Menggunakan
Internet Banking.
berikut :-









Ruangan Iklan :




Pengenalan   |   Katalog   |   Pesanan   |   Hubungi Kami
 Copyright ©2006   Syarikat Sophia Natasha Trading, Malaysia (Reg. Co. 87/05).   Hak Cipta Terpelihara.