KATA PUTUS /KESEMPATAN / SKODENG
1 Muharam 1428H / 20 Januari 2007

Pengenalan
Katalog

Katalog #12
Katalog #11
Katalog #10
Katalog #09
Katalog #08
Katalog #07
Katalog #06
Katalog #05
Katalog #04
Katalog #03
Katalog #02
Katalog #01

Pesanan
Hubungi Kami

Umrah & Haji (Akan Datang)


Katalog : #11
Kod Pesanan : AA241-242-243
Harga bagi 3 kaset : RM20.00 termasuk penghantaran
Beli secara online, boleh menjimatkan MINYAK, MASA & WANG.


KATA PUTUS

Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)

Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)


AA241 Tajuk : Kata Putus - Tiga Golongan Manusia oleh Ust Shamsuri

Kuliah atau ceramah Ust Shamsuri Hj Ahmad ini menggunakan Kitab Tafsir Nurul Ehsan Jilid 3 mukasurat 295 yakni membicarakan tafsir Surah Fathir ayat yang ke-32. Kupasan tafsir kali ini bertumpu kepada golongan-golongan aqidah manusia yang terbahagi ke 2 iaitu manusia yang TIDAK beraqidah Islam dan beraqidahkan kepada Islam (Al-Quran dan As-Sunnah).


Golongan yang menerima Al-Quran (golongan Muslim) sebagai pedoman hidup pula terbahagi kepada tiga.


Golongan Muslim yang pertama adalah golongan masih akui Al-Quran dan As-Sunnah tetapi mereka ini cuai dan zalim terhadap diri sendiri. Golongan ini tidak melakukan perkara-perkara yang diwajib dan difardukan. Walau bagaimanapun, golongan tetap beraqidahkan Islam.


Golongan Muslim yang kedua pula adalah golongan yang mengerjakan suruhan-suruhan yang fardu sahaja. Suruhan-suruhan sunat amat jarang dikerjakan seperti membaca Al-Quran.


Golongan Muslim yang ketiga adalah golongan yang digelar "Sadikun Bil Khairat" yakni golongan yang sentiasa beramal dan rajin beribadah. Golongan ini membuat kerja yang lebih dari yang difardukan seperti berzikir dan bersedekah.


Seterusnya, Ust Shamsuri Hj Ahmad menjelaskan perbezaan di antara kehidupan dunia ini dan akhirat nanti. Di akhirat nanti bukanlah lagi tempat beribadah.


Bagaimana pula dengan dialog di antara Allah dan ahli neraka? Apa alasan yang diberikan oleh ahli-ahli neraka? Apakah tindakan yang kita perlu dilakukan, selepas memahami dialog tersebut itu?


Kuliah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad ini juga membicarakan berkaitan dengan "Syafaat Nabi". Jika di atas dunia, As-Sunnah dan Al-Quran diperlekehkan (atau dipertokok tambah), bagaimana dengan kita nak mohon "Syafaat Nabi" di akhirat kelak?


Sama-samalah mendengar dan mengambil iktibar setelah mendengar kuliah selama lebih kurang sejam ini.


Semua persoalan di atas akan terjawap setelah mendengar dan meneliti kaset pengajian ini, InsyaAllah. Ruangan sinopsis ini tidak dapat menghuraikan setiap topik atau tajuk yang diajar melainkan setelah mendengar sendiri huraian atau penjelasan dari kaset pengajian Ust Shamsuri Hj Ahmad sendiri. Insya Allah



KESEMPATAN dlm KESEMPITAN

Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)

Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)


AA242 Tajuk : Kesempatan Dalam Kesempitan - Azab Kubur Jilid 2 oleh Ust Shamsuri

Kuliah Ust Shamsuri Hj Ahmad pada malam tersebut adalah bersandarkan kepada Kitab Bahrul Mazi Jilid 8 mukasurat 19. Bab yang berkaitan "Azab Kubur" ini adalah sambungan kuliah-kuliah yang lepas. Islam amat menyuruh kita meringankan musibah yang ditimpa oleh seseorang Muslim yang lain.


Memberi ucap takziah adalah dikira usaha kita meringankan musibah. Apakah hukum memberi takziah ini? Bagaimana dan bila masa yang afdal mengucapkan takziah?


Apakah perlunya kebijaksanaan dalam memberi takziah kerana terdapat "kesempatan dalam kesempitan" semasa memberi takziah?


Takziah Nabi Khaidir itu bagaimana pula? ujar Ust Shamsuri Hj Ahmad.


Bagaimana pula Nabi s.a.w memberi takziah kepada Ummu Salamah apabila suaminya meninggal dunia? Apakah yang berlaku seterusnya?


Apa yang telah terjadi sehingga para orientalis berjaya mengeksploitasikan hadis ini? Kita perlu faham bagaimana jarum-jarum dan racun para orientalis ini. Bagaimana mereka berjaya menulis secara logik dan berkesan memperdayakan umat Islam sekarang ini.


Apakah pandangan Imam Nawawi mengenai tempoh memberi takziah? Bagaimana pula pendapat ulama'-ulama' yang lain?


Di akhir kuliah, terdapat hadis shahih yang menceritakan kisah 3 orang pemuda yang terperangkap di dalam gua. Apakah pengajaran yang boleh diambil ikhtibar dari kisah ini?


Apakah dibenarkan dan bagaimana bertawasul dengan amalan soleh yang telah kita dilakukan?



Untuk mendapat jawapan diatas, ikutilah kuliah kaset Ustaz Shamsuri Hj Ahmad siri kali ini. InsyaAllah, persoalan-persoalan di atas akan terurai.



SKODENG

Oleh Al-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (60 minit)

Harga biasa : RM7.50 (Sila klik untuk gambar lebih besar)


AA243 Tajuk : Skodeng - Telur Rebus oleh Ust Shamsuri

Kuliah Ust Shamsuri Hj Ahmad kali ini menghuraikan Kitab Bahrul Mazi Jilid 19 mukasurat 108. Kuliah pada kali menghuraikan 3 bab.


Bab 1 : Bab yang menghuraikan memberi salam semasa hendak duduk atau ketika meninggalkan majlis. Apakah memberi salam ini dikira ibadah atau adat sahaja? Hadith yang bagaimana yang menjadi sandaran?


Adakah semua ahli jamaah di dalam sesuatu majlis wajib menjawab salam yang telah diberi?


Bab ke-2 adalah bab yang menjelaskan minta izin untuk masuk ke dalam rumah seseorang apabila menziarahi seseorang Muslim yang lain. Bagaimana adap-adap yang anjurkan oleh Islam apabila di dalam situasi sebegini? Masa bila perlu memberi salam dan bagaimana?


Apakah yang perlu dilakukan jika pintu rumah yang diziarahi tertutup semasa menziarahi? Bagaimanakah huraiannya?


Bab ke-3adalah bab yang menerangkan memandang secara tanpa izin ke dalam rumah seseorang (dalam erti kata lain mengintai atau mengendap atau "Skodeng"). Apakah hukumnya dalam Islam? Bagaimana yang dikatakan "anak panah iblis berkaitan dengan mata"?


Bagaimana jika mata si pengintai tercedera ketika mengendap atau mengintai? Apakah hukum dan huraian dari Ust Shamsuri Hj Ahmad berdasarkan kitab ini?


Ikutilah juga 2 buah kisah orang yang mengintai rumah Rasulullah saw. Apakah yang telah Rasulullah lakukan apabila baginda mengetahui seseorang sedang mengintai ke dalam rumahnya? Hadis ini adalah bertaraf Hassan lagi shahih.



Semua persoalan di atas akan terjawap setelah mendengar dan meneliti kaset pengajian ini, InsyaAllah. Ruangan sinopsis ini tidak dapat menghuraikan setiap topik atau tajuk yang diajar melainkan setelah mendengar sendiri huraian atau penjelasan dari kaset pengajian Ust Shamsuri Hj Ahmad sendiri.


Ia juga dapat dimanafaatkan bersama keluarga dan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.


Bagaimana Untuk Membuat Pesanan


Anda boleh menuruti 3 langkah berikut :-

Pertama, tentukan “Kod Pesanan” dan harganya.

Contohnya, kod pesanan barangan adalah AA210-211-212 dan
jumlah harganya ialah RM20.00

Kedua, bayaran boleh dibuat secara internet banking atau manual deposit ke salah satu akaun internet bank berikut :

      Akaun Sdr Razman Abd Manan
      Bank Islam   :  12-038-02-309596-8 ( Bankislam.com.my )
      Muamalat   :  1401-0020705-72-6
      Maybank2U  :  114-012-157-599 ( Maybank2U.com.my )

      ATAU

      Akaun Sdr Azha Abu Hasan
      Bank Islam   :  12-038-02-526402-5 ( Bankislam.com.my )
      Maybank2U  :  114-084-129-637 ( Maybank2U.com.my )
      RHB Bank : 162250-00083458 ( RHBbank.com.my )
      Hong Leong Bank : 6551081981 ( HLB.com.my )

Ketiga, anda perlu memaklum kepada kakitangan kami :

Sdr. Razman Abd Manan tel : 019-3443 123 atau

Sdr. Azha Abu Hasan tel : 012-349 2203 atau 013-378 9180

atau

email ke : KasetAgama@gmail.com

dengan memaklumkan :

i. kod pesanan barangan (contohnya, AA210-211-212 )
ii. nama tuan/puan
iii. alamat penghantaran
iv. tarikh & masa bank slip atau transaction.



PENGHANTARAN

Penghantaran akan menggunakan POS MALAYSIA BERDAFTAR dan dihantar secepat mungkin, InsyaAllah. Sekian terima kasih.


Kaedah Pembayaran Menggunakan
Internet Banking.
berikut :-









Ruangan Iklan :




Pengenalan   |   Katalog   |   Pesanan   |   Hubungi Kami
 Copyright ©2006   Syarikat Sophia Natasha Trading, Malaysia (Reg. Co. 87/05).   Hak Cipta Terpelihara.