Perawatan Air

 

 



               

 


Air Tanah

 

Semasa perkolasi, air melarutkan beberapa bahan galian di dalam tanah , seperti besi, semasa melalui tanah. Lapisan-lapisan tersebut. Lapisan-lapisan tersebut juga bertindak sebagai penuras yang menyingkirkan kebanyakan bakteria.

Oleh itu, air tanah umumnya lebih bersih daripada air permukaan dan kurang memerlukan perawatan.

Air tanah boleh mempunyai rupa dan rasa yang berbeza-beza, bergantung kepada tanah yang diresapi.

Kualiti air tanah berubah perlahan-lahan kerana perkolasi ialah proses yang lama. Suhu air tanah adalah malar kerana ia terlindung daripada matahari oleh lapisan-lapisan yang dilaluinya.

Syarikat-syarikat di Malaysia tidak merawat air tanah

 

Air Permukaaan

 

Kelebihan air pemukaan ialah ia boleh dilihat dengan mudah (sungai dan tasik boleh dilihat dengan mudah.) dan biasanya terdapat dalam kuantiti yang banyak daripada air tanah. Oleh sebab kita berurusan dengan banyak orang yang memerlukan air , kita cenderung  menggunakan air permukaan sebagai sumber utama air mentah. Tetapi air permukaan mudah tercemar dan perlu dirawat untuk kelihatan  menarik, rasa yang sedap dan selamat di minum.

Masalah air permukaan ialah ia bertukar dengan cepat. Untuk memeriksa kualiti air mentah, kita melihat kepada banyak parameter yang berbeza, seperti kekeruhan, kekabutan air. Jika air tersebut bersih, kadar kekeruhan rendah tetapi jika air tersebut kotor, kadar kekeruhan tinggi. Jika banyak hujan turun dan tanah runtuh, kekeruhan akan lebih tinggi

Pemeriksaan lain melihat pada warna, keasidan(1) (pH), bakteria, logam, asid dan pencemaran seperti racun perosak(2) dan baja(3)  dan lain-lain.

 

Nota:

  1. Keasidan boleh dibandingkan dengan jumlah cuka (asid) di dalam tanah. Jika terdapat banyak cuka, keasidan tinggi, jika terdapat sedikit cuka, keasidan rendah
  2. Racun perosak digunakan untuk membunuh atau menghindarkan makhluk perosak seperti serangga, siput atau burung merosakkan tanaman dan pokok-pokok.
  3. Baja digunakan untuk membantu perumbuhan hasil pertanian.

 

Penapisan

 

Langkah pertama dalam proses perawatan air ialah penapisan (screening). Penapis diletakkan pada tempat kemasukan , di mana air diambil dari sungai. Penapis menyingkirkan objek besar yang boleh anda temui di dalam sungai.

Penapis terdapat dalam pelbagai saiz. Penapis yang digunakan di tempat kemasukan umumnya penapis kasar (untuk menghalang benda-benda besar seperti balak dan dahan kayu) diikuti dengan penapis halus yang digunakan untuk menghalang daun , yang boleh menyumbat tempat kemasukan dan menyebabkan kerosakan pada peralatan di  stesen pengepam atau Loji Perawatan Air.

Penapis terdapat dalam pelbagai jenis; penapis beting datar, penapis bulat/berputar, dan sebagainya.

 

Tempat Kemasukan (Intake)

 

Tempat Kemasukan ialah struktur yang mengumpulkan dan memasukkan air dari sungai, terusan atau empangan ke Loji Perawatan air. Pam diperlukan apabila sumber air mentah lebih rendah daripada Loji Perawatan Air.

Air (dalam kebanyakan kes) di pam dari tempat kemasukan ke Loji Perawatan Air.

 

Sebelum Perawatan (Pre-Treatment)

 

Penapisan

Penapisan boleh terdapat dalam pelbagai bentuk dan pada peringkat ini, penapisan , selepas kemasukan , boleh melibatkan penggunaan penapis halus untuk menghalang daun-daun kecil atau zarah daripada menyumbat peralatan di dalam loji

 

Lembangan sebelum Pengenapan

 

Jika air mentah terlalu kotor, Lembangan sebelum Pengenapan boleh digunakan untuk membolehkan zarah yang terlalu berat (seperti pasir) enap sebelum proses utama bermula.

Empangan boleh dianggap sebangai lembangan sebelum pengenapan.

 

Pengudaraan (Aeration)

 

Terdapat banyak elemen di dalam air yang kita tidak kehendaki. Contohnya, gas yang menyebabkan masalah warna, bau dan rasa, disebabkan oleh logam seperti besi dan mangan. Bahan-bahan ini boleh disingkirkan melalui pengoksidaan, iaitu mewujudkan turbulens (turbulence)  agar air dan udara boleh bercampur. Ini boleh di capai dengan membuatkan air mentah jatuh di atas satu rangkaian objek yang di panggil tebat (aerator), atau dengan menyuntik udara kedalam air.

Di sesetengah Loji Perawatan Air, pengudaraan digunakan di salur masuk di Loji Perawatan Air  tersebut untuk Empangan air.Oleh sebab empangan tersebut besar, genangan boleh berlaku dan bahan galian berpeluang larut perlahan-lahan seperti air tanah. Dengan menambahkan udara ke dalam air , elemen-elemen ini boleh diperbaiki.

 

Perawatan

 

Sebelum Pengklorinan (Pre-Chlorination)

 

Klorin (Cl2) kadang-kala ditambahkan ke dalam air masukan untuk mengawal masalah rasa dan bau, atau untuk mengawal pertumbuhan alga di dalam Loji Perawatan.

 

Pembauran: Sebelum Kapur dan Tawas ( Pre-Lime and Alum)

 

Kapur dimasukkan untuk menyesuaikan keasidan air supaya proses perawatan lebih berkesan.

Tawas  (Aluminium Sulfate-Al3SO4) ialah bahan kimia yang diperlukan untuk langkah seterusnya dalam proses perawatan dalam Proses Perawatan: Penggumpalan.

 

Penggumpalan (Flocculation)

 

Seperti yang tersebut sebelumnya, terdapat zarah di dalam air mentah yang perlu disingkirkan. Banyak zarah yang terlalu kecil lalu tidak boleh enap. Zarah-zarah ini menjadi berat sebelum terenap. Zarah-zarah kecil ini mempunyai cas seperti magnet. Di  dalam air, zarah-zarah ini mempunyai cas negatif dan oleh sebab mempunyai cas yang sama,zarah-zarah ini tidak boleh bergabung.

Zarah-zarah ini bersifat magnet di dalam air. Magnet bergabung jika magnet lain yang berbeza cas dimasukkan. Magnet bercas positif menarik magnet bercas negatif.

Prinsip ini dilakukan di dalam penggumpalan, tetapi magnet tidak dimasukkan, sebaliknya sejenis bahan kimia yang dipanggil bahan gumpal dimasukkan. Bahan gumpal, sejenis bahan kimia yang bercas positif dimasukkan ke dalam air yang akan menarik zarah di dalam air mentah. Oleh itu, zarah yan lebh besar terbentuk dan cukup berat untuk enap.

 

 

Pengelompokan (Coagulation)

 

 

Pengelompokan ialah proses pembauran lembut zarah yan mula bergabung semasa penggumpalan berpeluang tersentuh dan melekat bersama-sama. Oleh itu, pengelompokan ialah pembentukan kelompok sepenuhnya dan bersatu.

(Penggumpalan dan pengelompokan dibantu oleh penambahan polimer, satu rantaian panjang molekul yang boleh membuatkan kelompok lebih berat oleh tarikan kimia pada kelompok)

Pengelompokan mengambil lebih masa daripada penggumpalan untuk memberi  kelompok yang berbeza peluang bersatu. Jika aliran deras, kelompok akan berpecah semula.Selepas pengelompokan, kelompok yang lebih berat perlu waktu untuk tenggelam. Ini dilakukan di dalam tangki pemendapan dan dipanggil proses pemendapan.

 

 

Pemendapan   (Sedimentation)

 

 

Pemendapan berlaku di dalam tangki besar, di mana air mengalir perlahan dan kelompok mempunyai waktu untuk tenggelam ke bawah. Jika dibiarkan, kelompok perlahan-lahan akan memenuhi tangki. Ini bermakna, lapisan kelompok yang terbentuk di bawah tangki perlu disingkirkan pada waktu-waktu tertentu untuk membersihkan tangki.Di GSL Water, ‘Scrapper’ dan ‘Trac-vac’ digunakan untuk kerja-kerja tersebut.

Air yang bersih dan jernih dikeluarkan dari tangki.  Terdapat pelbagai bentuk tangki pemendapan tetapi prinsip asasnya sama.

 

 

Penurasan (Filtration)

 

 

Turas di loji perawatan air mengandungi lapisan pasir. Zarah yang kecil tidak dapat melalui turas kerana melekat pada pasir. Pasir bertindak seperti gam.Air melalui pasir dan apabila air sampai ke bahagian bawah, ia dikumpulkan dan bergerak semula.

 Selepas beberapa waktu, terdapat banyak zarah yang melekat pada pasir dan pasir akan tersumbat serta perlu dibersihkan.  Ini dilakukan dengan cuci balikan (backwash).  Air jernih dipam melalui jalan masuk yang bertentangan pada kelajuan yang tinggi.  Udara juga dipam bersama-sama air untuk membersihkan turas.  Zarah yang melekat pada pasir akan terungkai dan timbul ke permukaan.  Air ini dikumpulkan dan menjadi air sisa.

Air berturas melalui dua peringkat perawatan sebelum sampai ke tangki air jernih.

 

Selepas Perawatan (Post-Treatment)

 

Penyahjangkitan (Disinfection)


 


Penyahjangkitan ialah proses pembunuhan organisma pnyebab penyakit dengan penambahan klorin. Selepas penyahjangkitan , air masuk ke tangki air jernih.

 

Selepas Kapur (Post-Lime)

 

Kapur lazimnya di tambah semula pada peringkat ini untuk menyesuaikan keasidan air. Jika air terlalu berasid, kikisan pada struktur dan talian paip hiliran akan berlaku.Kos penggantian amat tinggi.

Di Semenanjung Malaysia terdapat satu lagi peringkat sebelum air masuk ke tangki air jernih: Pemfluoridaan.

 

Pemfluoridaan (Fluoride)

 

Fluorida boleh di tambah ke dalam air terawat untuk mencegah dan mengurangkan kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak.

Fluorida ialah asid dan di tambah ke dalam air terawat dalam jumlah yang kecil , cukup untuk mengurangkan kerosakan gigi.

 

Tangki Air Jernih (Reservoir)

 

Tangki air jernih digunakan untuk membolehkan klorin bertindak. Biasanya klorin mengambil masa 30 minit untuk membunuh bakteria penyebab penyakit.Air di pam dari tangki air jernih atau di sedut oleh graviti  ke dalam takungan dan dibawa ke rumah anda melalui talian paip.

 

Pengawasan & Pengawalan

 

Semua syarikat perlu membekalkan kuliti air sebagai suatu kewajiban.Tahap kuantiti adalah berdasarkan kepada kapasiti nominal loji rawatan air dan anggaran permintaan dalaman pertanian dan keperluan industri.

 

Tahap Kualiti Air

 

Mutu kualiti air diterangkan mengikut orgnisasi yang berikut:-

 

  1. Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO)
  2. Kementerian Kesihatan Malaysia
  3. Mutu Syarikat

 

Kuantiti Pengawalan Air

 

Mengukur data yang disediakan bagi kemasukan dan pengeluaran air yang dibekalkan ke sistem penghiliran. Mengekalkan tahap penyimpanan air adalah satu cara mengawal mekanisme. Tempat-tempat penyimpanan air membolehkan penyimpanan sementara untuk kegunaan penting atau untuk kecemasan di dalam sistem pengagihan air.Tahap pengawasan memberikan satu petanda baik apa juga masalah, sebagai contoh mengurangkan kederasan di dalam peringkat bagi membolehkan tekanan yang mencukupi dikekalkan di hilir (downstream) bagi rumah-rumah di kawasan yang tinggi atau bagi pengawalan api dan lain-lain lagi.

Syarikat yang lain menggunakan sistem pengawasan istimewa untuk membantu mereka mengawasi kuantiti dan kualiti air, ianya di panggil SCADA (Penyeliaan Kawalan & Perolehan Data). Sistem SCADA melalui komputer boleh mengemaskinikan maklumat dari operasi . Ia berfungsi secara berterusan dalam masa 24 jam dengan maklumat yang dikemaskinikan pada setiap minit . Sistem SCADA membolehkan tindakan yang cepat untuk menukarkan kualiti dan kuantiti air.

 

Kualiti Air Mentah

 

Bagi mengawasi kualiti sumber air mentah di kawal setiap hari dan contoh-contoh air mentah diperhatikan setiap hari oleh operator bagi:

Semua kakitangan membuat pemerhatian terhadap sungai dan laporan mngenai pencemaran atau keadaan-keadaan yang luar biasa di mana mempengaruhi kesihatan awam.Tambahan pula, sumber-sumber air mentah di periksa kerapkali untuk:

 

Dari masa ke semasa , tahun-tahun yang berlalu air mentah di periksa bagi kesemua jarak sebanyak 30 parameter termasuk logam, racun serangga, rumput-rampai dan sebagainya. Memberi tanda untuk setiap pertukaran bagi jangkamasa yang panjang.

Apabila sumber air mentah merupakan sebuah empangan , tiap-tiap tahun pemeriksaan awal dilakukan untuk memastikan samada terdapat perubahan di dalam kawasan tadahan. Tambahan pula , contoh yang berkala dari beberapa lokasi di empangan dilaksanakan untuk memahami setiap perubahan dalam air. Pengambilan harian ke atas contoh-contoh air pada kedalaman yang berlainan untuk menentukan di mana kuantitinya yang baik ditempatkan.

 

Kualiti Pembekalan Air

 

Air yang diawasi dan dikawal semasa proses rawatan pembekalan air untuk bekalan air yang tetap dapat dipercayai. Terdapat 5 tahap bagi pengawasan dari pengawalan

Operator-operator memeriksa air mentah , air yang telah di rawat dan  pembekal ait untuk parameter asas sekurang-kurangnya setiap 2 jam.

Makmal-makmal dalaman pengawasan kualiti bebas di bimbing oleh ahli-ahli kimia dan pakar analisa yang mahir.

Makmal-makmal luaran memeriksa semula makmal dalaman . Para penganalisa memeriksa kualiti air tekanan  dan kuantiti secara berterusan dengan penyelarasan berautomatik.

Ujian-ujian berkala dilakukan oleh Jabatan Air dan Kesihatan untuk memastikan agar mndapat air yang berkualiti mengikut peraturan undang-undang.

 

Kesimpulan

 

Kesemua peringkat yang terlibat di dalam proses rawatan air dari pengambilan ke penyimpanan-penyimpanan air dan mutu kualiti dapat memastikan air dimana setiap syarikat berkaitan akan memastikan agar pelanggan dapat menerima air yang berkualiti tinggi serta kuantiti yang mencukupi.

 

Back to Top       Home