Kalau
boleh aku nak ceritakan kisah diri aku
yang sebenar (I'll try to be truthful!) Aku akan
ceritakan tentang biodata aku,minat
aku,hobi aku di masa lapang,di mana aku
membesar,tempat pernah aku pergi,tempat
di mana aku pernah tinggal and other
personal tentang diri aku.
NAMA....
Nama sebenar aku ialah Fitri,panjang
lagi,tapi cukuplah dengan panggilan Fitri
shj.Aku dilahirkan di Sauk,Kuala
Kangsar(hujung tahun lepas terkenal
dengan kisah Kumpulan Al-Maunah).Di
situlah aku berada sehingga umur aku 8
tahun.Kemudian aku berpindah ke Sungai
Siput sehinggalah sekarang ni.Aku adalah
anak ketiga daripada 5 orang adik
beradik.Dalam adik beradik aku cuma ada
seorang perempuan iaitu kakak aku.
MINAT......
Aku
sebenarnya ada banyak hobi,bermain
komputer games,badminton,pergi
memancing,mandi sungai,dan juga
berkenalan.
TEMPAT
MELANCONG......
Dalam
Malaysia,boleh dikatakan 70 peratus aku
dah pergi kecuali
Sabah,Sarawak,Johor.Tempat yang aku
selalu pergi bila follow family aku ialah
Kelantan.Ini disebabkan family aku yang
rajin shopping kerana kain baju kat sana
murah-murah.
MEMBER.....
Aku ada
ramai member,kalau nak tulis kat sini
mungkin tak cukup ruangan,jadi pada
member2 yang mengenali aku,aku tetap
ingatkan korang.Kalau nak tahu aku masih
single lagi.Terpulang pada korang nak
percaya atau tidak.....
|
|
|
Kesukaan Ini
ialah antara kumpulan ataupun
filem yang saya gemar menonton.
Filem
: The Matrix,Mission Impossible
2,Final Destination,Sikit-sikit
cerita Hindustan tu ada la jugak.
Muzik
: Backstreet Boyz,Limp
Bizkit,Nsync,Michael Learns To
Rock,Nirvana,Metallica, XPDC,dan
banyak lagi.
|
|
|
|