Kebuluran
Kebuluran

09/22/05

Home
Buruh Kanak-kanak
Penyakit AIDS
Kebuluran
Peperangan
Maklumbalas

 

                                                  

                                                                 Kebuluran Di Benua Afrika

          

Kebanyakan negara-negara dalam benua Afrika adalah negara yang miskin. Niger adalah salah satu negara dalam benua Afrika yang termiskin di dunia. Setiap tahun negara ini akan menghadapi masalah kekurangan makanan dan sekaligus telah mewujudkan kebuluran. Punca utama masalah ialah disebabkan oleh cuaca panas yang melampau yang mengakibatkan kekeringan. Tanaman yang telah ditanam semuanya mati akibat ketidakcukupan air dan garam galian. Masalah ini amat dirasai oleh punduduk nomad seperti Perluh dan Taureg. Mereka terpaksa menjual binatang ternakan dengan harga yang murah semata-mata ingin membeli beras yang harganya melambung tinggi.

                                                  

              Setiap orang dari 3 orang kanak Afrika menderita akibat kekurangan zat makanan.

Mereka juga terpaksa mengemis untuk mendapatkan makanan. Menurut lembaga bantuan Oxford, keadaan kaum ini sangat teruk dan tiada harapan lagi untuk hidup. Kanak-kanak yang paling menderita dan ramai yang telah meninggal akibat kebuluran. Mereka terpaksa mengumpulkan daun-daun dan akar-akar pokokuntuk dijadikan makanan. Selain itu mereka juga terpaksa berkumpul di hadapan pejabat kerajaan setiap hari kerana ingin mendapatkan sedikit wang dan makanan. Menurut Organisasi Dokter Nir Batas, setiap hari hospital tempatan mesti dipenuhi oleh pesakit kanak-kanak yang kekurangan zat makanan.

                                                       

Seorang ibu yang sakit hati menengok anaknya yang lapar akibat daripada kekurangan makanan. Kebuluran sentiasa berlaku di negara-negara dalam benua Afrika.

Ramai petani yang menggunakan bijih benih untuk dijadikan makanan bukannya untuk disemaikan di ladang-ladang. Kesihatan para petani juga terancam sehingga mereka tidak mampu lagi untuk bekerja di ladang. Lagipun sebahagian daripada petani terpaksa meninggalkan ladang mereka untuk mencari makanan. Mereka juga terpaksa berhijrah ke negara lain terutamanya Libya dan Aljazair untuk mencari wang dan makanan. Akibat dasar Apartheid yang dilaksanakan juga selama lebih empat dekad. Kebuluran dan kemiskinan di kalangan penduduk kulit hitam merupakan masalah paling utama Kerajaan Baru di Afrika Selatan. Pada akhir tahun 1980an dianggarkan 2.3 juta orang menghadapi kebuluran dan kekurangan zat makanan terutamanya kanak-kanak. 

 

Home | Buruh Kanak-kanak | Penyakit AIDS | Kebuluran | Peperangan | Maklumbalas

This site was last updated 09/22/05

1