Berasaskan kepada fakta di atas maka muncul satu sistem pengubatan baru yang
dikenali dengan Perubatan Jawi. Ia merupakan satu sistem perubatan yang bersifat menyeluruh (holistik) yang mana pengubatan bukan tertumpu kepada masalah fizikal sahaja bahkan mengambil kira juga tentang kesihatan spiritual, mental dan emosi.
SEJARAH
Perubatan Jawi telah dipelopori oleh Haji Ismail bin Haji Ahmad yang
dilahirkan di Jejawi, satu daerah di dalam negeri Perlis yang terletak di bahagian utara Malaysia. Tuan Haji Ismail sentiasa mendapat bimbingan semenjak kecil lagi dari bapa saudaranya, Haji Ahmad bin Hussein; seorang pengamal perubatan herba yang terkenal . Pada 1982 beliau sendiri telah menuntut di
Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang pertanian. Dari tarikh
September 1987, Perubatan Jawi mula dikembangkan dengan menggunakan nama
Perubatan Tradisional Al Wahida. Kejayaan kaedah pengubatan ini telah diakui
oleh ribuan pesakit yang pernah mencuba dan mengamalkan herba ini.
PENGERTIAN PERUBATAN JAWI
Perubatan Jawi ialah satu sistem perubatan menyeluruh (holistik) yang
menggabungkan 2 sumber utama iaitu sumber alamiah dan sumber ilahiah.
Perkataan JAWI itu adalah merupakan singkatan dari:
J = Jejawi : nama tempat kelahiran pelopornya.
A = Alamiah : menggunakan bahan-bahan alami sebagai penawar.
W = Watan : menekankan penggunaan bahan-bahan alamiah tempatan (sekelililing)
I = Ilahiah : berpandukan kepada Al Quran dan Hadis
sebagai sumber pengubatan.
Konsep Perubatan Jawi merupakan konsep perubatan yang mengutamakan 2 sumber
utama iaitu alamiah dan ilahiah.
Sabda Rasulullah SAW: "Gunakan dua kesembuhan iaitu madu dan al-Quran." (H.R Ibnu Majah
dan Al-Hakim)
Ahli herba memandang bahawa madu sebagai sumber alamiah sedangkan al_Quran
sebagai sumber ilahiah.
Alamiah ialah semua sumber alam yang ada di atas muka bumi ini
seperti tumbuh-tumbuhan, batu batan dan haiwan. Sejarah telah mencatatkan
bahawa herba telah digunakan sejak berabad-abad yang lalu dan kira-kira 20,000
spesis herba telah digunakan di seluruh dunia.
Ilahiah bermakna bahawa segala penyakit yang terjadi berasal dari Allah SWT
dan Allah SWT pula yang sebenar-benarnya menyembuhkan penyakit tersebut.
Sementara manusia berikhtiar dengan menggunakan ilmu yang diberikan Allah SWT
kepadanya sebagai satu ibadah. sebagaimana sabda Rasulullah SAW: "Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah SWT yang menurunkan
penyakit, Dia juga yang menurunkan ubatnya." (H.R. Ahmad)
PRINSIP-PRINSIP PENGUBATAN DALAM ISLAM
1. Prinsip Keyakinan: iaitu bahawa yang menyembuhkan adalah Allah SWT. Dengan
demikian dalam merawat pesakit harus dilakukan secara ihsan dan sesuai dengan
syariat Islam.
2. Menggunakan ubat yang halal dan baik, serta tidak sekali-kali menggunakan
ubatan yang haram atau bercampur dengan bahan yang haram.
3. Menggunakan ubatan yang tidak membawa mudhorat (bahaya). Pengubatan itu
tidak sekali-kali mencacatkan (merusakkan) tubuh, kecuali jika keadaannya sangat
dharurat dan tidak ada pengubatan lain pada saat itu.
4. Prinsip pengubatan yang tidak berunsur tahyul, kurafat dan bidaah.
5. Mencari yang lebih baik berdasarkan kaedah Islam dan ilmu perubatan.
6. Mengambil sebab melalui ikhtiar (berusaha) serta tawakal, juga selalu
berikhtiar mencari yang terbaik.
" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"
|