Untitled Document
 
 

:: Selamat Datang ke Laman Web Komunikasi, Rangkaian, Internet dan WWW ::

 

:: ISU-ISU PENGGUNAAN INTERNET ::

 

_______ .:: Isu-isu Penggunaan Internet ::. _________________________

.:: Etika ::.

Etika komputer adalah panduan moral dalam penggunaan komputer dan sistem maklumat
Mengenai salah dan betul menggunakan komputer
Kebanyakan pengguna komputer mewujudkan kod etika misalnya :-
- dilarang mengganggu kesulitan maklumat majikan
- mengekalkan integriti sistem sepanjang masa
- dilarang mengganggu kebersendirian orang lain
- jangan melanggar undang-undang siber

Kebersendirian

Kebersendirian adalah tahap mana seseorang menentukan samada dia bersedia berkongsi maklumat mengenai dirinya dengan orang lain. Maklumat peribadi kita disimpan di pelbagai tempat.
Contoh : jabatan kerajaan = mungkin disalahgunakan

Jenayah Komputer

Aktiviti jenayah yang berkaitan dengan penggunaan komputer.
contoh – pengaturcara komputer menggunakan kemahirannya unuk menukar program bagi memindahkan duit yang tinggal di akaun orang lain ke akaunnya.
- seorang pekerja di jabatan peperiksaan menukar keputusa peperikasaan anaknya.

Virus Komputer

Program komputer yang boleh :-
- merosakkan atau memadam fail data
- mereplikasi kepada sistem lain
Program komputer diimport melalui :-
Disk
Email

.:: Kelucahan ::.

Kebimbangan para ibu bapa memang berasas terhadap kandungan Internet. Dalam masa yang sama, para majikan juga turut merasa bahawa kadang-kadang para pekerja menghabiskan banyak masa melunsuri World Wide Web (WWW) daripada melakukan kerja-kerja sebenar. Kebimbangan tersebut diasaskan kepada pelunsuran terhadap laman-laman yang tidak berfaedah dan boleh merosakkan moral. Para ibu bapa dan majikan merasa keliru dengan polisi tiada sekatan yang dikenakan terhadap Internet oleh pihak kerajaan. Padahal dalam masa yang sama ramai ahli-ahli sosial menggesa supaya capaian kepada dunia siber ini dikawal. Walaupun nilai budaya dan ketahanan diri merupakan senjata paling ampuh dalam menangani keburukan yang dibawa oleh Internet, terdapat juga kaedah secara terkini dalam menapis laman-laman web yang tidak bersesuaian dengan agama dan nilai budaya kita. Golongan remaja adalah antara mangsa yang menjadi sasaran kepada gejala ini. Kehadiaran laman laman yang lucah dan tidak bersesuaian dengan nilai budaya masyarakat Malaysia ibarat mengantuk disorong bantal dan remaja dengan kawalan yang longgar dari ibubapa telah didorong untuk meluncuri laman-laman ini. Kesudahannya remaja menjadi liar dan berani untuk melakukan aksi-aksi yang dipamerkan didalam laman web tersebut. Ini telah mencetus dan menjadikan gejala keruntuhan akhlak leih berleluasa. Remaja dalam dalam lingkungan umur belasan tahun sudah berani dan juka dilihat dari jenayah yang lakukan membariskan golongan remaja ini sebagai penjenayah. Kes-kes seperti rogol, rompak, peras ugut dan seks rambang adalah telah meningkat sejak akhir-akhir ini. Puncanya sudah tentulah dari didikan alam siber yang pastinya merasuk remaja untuk melakukan kegiatan sumbang itu.
Daripada isu penyebaran laman-laman lucah ini telah memungkinkan gejala ketagihan terhadap internet ini menjadi-jadi khasnya kedapa golongan remaja. Hal ini telah menyebabkan pembuangan masa yang tidak disedari berlaku. Ketagihan ini banyak memberi impak yang kurang sihat. Dan ketagihan ini boleh diklasifikasikan mengikut jenisnya.
Antaranya ketagihan seks-siber (Cybersexual) iaitu ketagihan untuk memasuki laman web dan berborak (chat) di lawan-laman web dewasa serta berunsur lucah.
Ketagihan ini juga ada hubungan dengan kehubungan-siber (Cyber-relationship) iaitu ketagihan untuk menghubungi kawan-kawan di internet sama ada melalui chat atau kumpulan perbincangan (newsgroup), termasuk juga hubungan dengan rakan-rakan yang istimewa. Ketagihan dalam konteks Net Compulsions iaitu ketagihan yang menuntut minat dengan hal-hal yang bersangkutan dengan perjudian, lelongan serta perniagaan yang terdapat di internet. Ketagihan ketagihan ini banyak menyebabkan remaja bagaikan tidur bersama layar komputer. Bagi mereka internet adalah dunia yang paling karib. Segala tuntutan dunia sudah tentu menjadi perkara remeh yang tidak berfaedah. Lama kelamaan sikap malas akan timbul dan remaja khasnya akan menjadi lesu tanpa aktiviti sukan dan riadah. Hal ini memerlukan perhatian yang sepenuhnya dari ibubapa.


.:: Penggodaman dan Pencerobohan ::.

JIKA Amerika Syarikat mengumumkan tahun 2002 sebagai tahun peperangan ke atas keganasan antarabangsa selepas kejadian di tahun 2001, industri komputer juga tidak terlepas dari ancaman tersebut berikutan peningkatan kejadian jenayah membabitkan komputer.
Tahun lepas, serangan virus berbahaya dan pencerobohan tapak-tapak web telah menjadi semakin serius sehingga menyebabkan syarikat, agensi kerajaan dan pengguna komputer seluruh dunia tidak senang duduk kerana terpaksa melindungi komputer dan data mereka dari serangan-serangan tidak diundang tersebut.
Peperangan siber bukan hanya sekitar serangan virus dan penggodam yang banyak disasarkan untuk melumpuhkan komputer atau rangkaian, tetapi ia juga boleh dilakukan bertujuan untuk tujuan pengintipan atau mencuri data penting yang mampu menjejaskan syarikat dan negara.
Ruangan Megabait minggu ini ingin mengulas secara lebih lanjut mengenai aktiviti tersebut dengan mendapatkan pandangan pakar-pakar dari industri berkaitan seperti Pusat Keselamatan Dan Tindakbalas Kecemasan ICT Kebangsaan (NISER) yang membicarakan mengenai ancaman keselamatan komputer secara umum dan peperangan maklumat dan e-Cop.Net, syarikat yang membekalkan perkhidmatan perlindungan komputer 24 jam di Internet.
AKTIVITI terorisme atau serangan siber seperti ancaman virus dan pencerobohan komputer sememangnya telah lama bertapak dalam industri pengkomputeran dunia tetapi kegiatannya tidak serius seperti tahun lepas yang menyebabkan kerosakan teruk kepada mangsa-mangsa serangan.
Di Malaysia, aktiviti pencerobohan ke atas tapak-tapak web agensi kerajaan, penyebaran virus cecacing CodeRed, Nimda, Sircam, Gone dan sebagainya telah menyebabkan banyak komputer-komputer di negara ini terjejas teruk.
Bagaimanapun, serangan-serangan tersebut hanyalah sebahagian daripada kejadian serangan siber kerana peperangan siber yang merupakan sebahagian daripada peperangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) boleh memberi kesan yang lebih besar seperti menjejaskan perniagaan syarikat dan keadaan ekonomi serta politik sesebuah negara.
Bayangkanlah jika maklumat-maklumat rahsia syarikat atau kerajaan yang tersimpan dalam pangkalan data atau cakera keras komputer boleh diperoleh dengan mudah oleh musuh-musuh kita seperti syarikat saingan atau penjenayah yang mempunyai misi merosakkan sesebuah negara.
Menurut Pengarah NISER, Mejar Husin Jazri, peperangan maklumat sebenarnya bukanlah satu isu yang baru, malah ia telah wujud sejak zaman berzaman lagi dan apa yang baru dan sentiasa berubah-ubah ialah medium atau perantara maklumat itu sahaja.
``Umpamanya, sewaktu ketiadaan komputer, teknik penyebaran maklumat banyak bergantung kepada televisyen dan radio. Kini, dengan adanya teknologi komputer dan multimedia, media penyebaran maklumat telah bertambah dan semakin sukar untuk dikawal,'' kata dalam temu bual bersama Utusan, baru-baru ini.
Beliau berkata, kerajaan menyedari mengenai perkara tersebut dan pelbagai usaha telah dijalankan termasuklah mengadakan undang-undang siber, menubuhkan NISER, penguatkuasaan oleh pihak polis, dan sebagainya demi menghadapi ancaman tersebut.
Katanya, cabaran sebenar kepada negara ialah pembangunan pakar, membina keupayaan pakar yang berkualiti, bilangan yang mencukupi dan penggemblengan usaha di peringkat nasional untuk menangani ancaman secara bersepadu. Menyentuh mengenai isu ancaman ICT, Mejar Husin berkata, ia boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ancaman dalaman dan ancaman luaran. Kadar ancaman dari sumber dalaman merangkumi hampir 80 peratus dari kesemua serangan yang berlaku terhadap sistem pengkomputeran.
Memetik kenyataan Jeff Moss, Pengarah Kumpulan Secure Computing Risk Assessment yang berkata, ``masalah utama dalam keselamatan komputer ialah mereka yang menggunakan sesuatu sistem tidak mengetahui dengan mendalam mengenai sistem rangkaian mereka sendiri.''
Apabila seseorang individu yang terlibat dalam reka bentuk rangkaian dalam sesebuah syarikat meninggalkan organisasi tersebut, pengganti mereka tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai sistem rangkaian syarikat itu
Mejar Husin berkata, pendapat Moss itu membawa pengertian bahawa ancaman terhadap maklumat dan data syarikat bukan merupakan isu produk atau perkakasan semata-mata tetapi lebih kepada isu pengetahuan.
``Umpamanya, apabila sesebuah syarikat membina `firewall' pada sistem rangkaiannya, ia tidak bermakna yang sistem mereka telah selamat dari penggodam kerana masalah itu akan terus kekal sehingga keseluruhan tenaga kerja dan proses tata cara kerja ditetapkan mengikut prosedur terbaik,'' ujar beliau.
Beliau menggariskan tujuh jenis risiko yang boleh berlaku dalam sistem ICT iaitu kecuaian mengisi data, penipuan dan kecurian, sabotaj dalaman, gangguan terhadap prasarana, penggodaman, kod berniat jahat dan pengintipan industri atau badan kerajaan yang kesemuanya mampu memberi kesan yang besar kepada syarikat atau kerajaan.
Ditanya mengenai tahap ancaman penggodam komputer di negara ini, Mejar Husin berkata, ancaman penggodam komputer di negara ini adalah terkawal tetapi ia sememangnya berbahaya, tidak boleh diambil ringan dan perlu dibendung.
``Walaupun keadaannya terkawal ketika ini, namun usaha mengurangkan risiko penggodam perlu dipikul oleh setiap individu dan organisasi yang menggunakan teknologi maklumat secara kolektif,'' katanya.
Strategi mempertingkatkan keselamatan maklumat secara kolektif dan berperingkat itu umpama lapisan bawang yang mana usaha individu, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, penguat kuasa undang-undang, dan pakar keselamatan akan menjadikan keselamatan maklumat negara ini berlapis-lapis dan sukar ditembusi.
``Konsep ini juga dikenali sebagai `defence in depth', mengikut bahasa ketenteraan,'' tambah Mejar Husin.
Beliau bagaimanapun, memberi jaminan yang walaupun pelbagai langkah telah diambil tetapi ancaman terhadap laman web e-dagang dan bukan e-dagang di Internet akan sentiasa wujud.
Ancaman ini berlaku kerana terdapat pertembungan di antara golongan yang berkepentingan dan kelemahan perisian dan aplikasi teknologi. Walaubagaimanapun kewujudan ancaman ini boleh diatasi sekiranya semua pihak bekerjasama, mempertingkatkan ilmu dan sanggup mendisiplinkan diri.
Pihak yang menganjurkan laman web umpamanya perlu menguruskan sistem komputer mereka dengan baik, iaitu melaksanakan sistem yang terkini,, mempunyai prasarana yang sesuai dan selamat dan mempunyai pentadbir sistem yang mahir dan mengetahui jenis-jenis ancaman yang boleh berlaku. Pengguna pula dididik supaya dapat menggunakan teknologi Internet secara selamat. Terdapat banyak dokumen yang menerangkan `amalan terbaik' yang boleh diikuti.
Secara amnya, transaksi Internet boleh dijadikan transaksi yang selamat jika segala tindakan perlu dirancang dan dilaksanakan secara baik. Malah ianya mampu untuk menjadi lebih selamat dari transaksi tradisi.
Mengulas mengenai kaedah terkini bagi pengganas atau pengguna Internet berhubung secara rahsia, Mejar Husin berkata, teknologi kriptografi (penggunaan kod) di Internet misalnya merupakan teknologi yang boleh digunakan untuk tujuan komunikasi oleh sesiapa sahaja dan ia tidak hanya tertakluk kepada pengganas.
Menurut beliau, melalui teknologi ini maklumat akan dihantar kepada penerima dalam bentuk teks sifer atau kod yang tidak mudah difahami jika dipintas. Sipenerima akan berupaya mendekodkan maklumat berkenaan dengan menggunakan kata kunci yang telah dipersetujui sebelumnya.
Di negara maju seperti Amerika, Britain, Perancis dan sebagainya, pengeluaran dan penggunaan teknologi kriptografi ini dikawal. Pelbagai konsep telah diperkenalkan seperti ``key escrow'' yang suatu masa dulu pernah menjadi topik hangat di sana.
Di Perancis umpamanya, penggunaan teknologi kriptografi asing perlu mendapat kelulusan kerajaan. Di Malaysia, perbincangan mengenai implikasi teknologi ini belum begitu meluas berbanding dengan negara maju, tambah Mejar Husin.
Kesimpulannya, isu keselamatan komputer sememangnya bukan satu isu kecil kerana kini ia boleh membabitkan kedaulatan sesebuah syarikat, kerajaan dan negara jika tiada langkah proaktif telah diambil untuk melindunginya.

 

.:: Nilai-nilai murni ::.

Gejala Sosial
Wujudnya budaya 'chat' ini telah membuka ruang kepada mereka yang kesunyian untuk mencari teman, dan ini menjurus kepada permasalahan baru, iaitu sejauh mana kejujuran mereka dalam perhubungan yang dipupuk menerusi 'chat room' ini. Begitu banyak insiden tidak diingini telah berlaku gara-gara perkenalan menerusi Internet, dan ini merupakan satu gejala sosial yang tidak sihat yang telah terwujud menerusi perkembangan teknologi Internet di negara ini, dan juga di serata dunia.

Anak-anak sekolah yang telah didedahkan dengan penggunaan Internet melangkah lebih jauh dengan melayari laman-laman web lucah yang terlalu banyak dan mudah didapati menerusi Internet. Bahkan, ada juga ibu bapa yang tidak mengambil tahu aktiviti anak-anak mereka sehinggakan minda mereka ini telah dicemari dengan perkara-perkara negatif. Internet yang sebenarnya boleh memberi pengetahuan menyeluruh mengenai pelbagai perkara nyata telah disalahguna oleh banyak pihak untuk tujuan tidak berfaedah. Sejauh manakah kesan buruk ini akan merosakkan generasi muda negara? Adakah kita akan membiarkan saja, kerana berpendapat ini adalah akibat daripada impak globalisasi seperti yang diwar-warkan Kerajaan? Adakah masih menjadi tugas ibu bapa semata-mata untuk memastikan anak-anak mereka tidak terdedah kepada budaya negatif ini? Atau perlukah penapisan laman Internet dikuatkuasakan demi menjaga budaya dan tatasusila timur?

Budaya Timur
Masyarakat perlu sedar Internet bertujuan mempermudah urusan dan untuk memperkaya ilmu, serta menjadi medan pertukaran pendapat dan ide. Akan tetapi, pengaruh budaya luar, terutama dari barat, telah merosakkan minda masyarakat kita, yang selama ini terkenal dengan adab ketimuran dan penuh dengan sopan santun. Kita perlu ingat, dalam mengejar arus globalisasi yang semakin pantas, dan untuk melengkapkan diri seiring dengan negara maju yang lain, kita tidak perlu menggadaikan maruah dan jati diri kita sebagai orang timur.

Sebagai rakyat Malaysia yang bijak, kita hendaklah cuba mewujudkan satu budaya Internet yang sihat dalam usaha kita memperlengkapkan diri sebagai seorang yang berilmu dan berpengetahuan. Ini membolehkan kita terus bersaing dalam dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh pelbagai teknologi terkini yang menggerak pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Mampukah kita?
Antara keburukan yang tidak dapat dipertikai adalah:
o Penyalahgunaan Internet yang berleluasa untuk melayari laman-laman web lucah dan tidak berfaedah.
o Pembaziran waktu bekerja kerana sering berada di 'chat room' untuk 'berbual' sesama rakan.
o Kemudahan yang ada membolehkan pelbagai jenis laman web baru ditubuhkan untuk tujuan tidak sihat, seperti laman-laman web politik yang tidak memberi maklumat sebenar kepada rakyat.


Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Abdullah Abdul Badawi telah memberi amaran, mana-mana kakitangan Kerajaan yang menyalahgunakan waktu bekerja untuk melayari laman-laman web lucah atau untuk 'chat' akan dikenakan tindakan tatatertib dan tidak mustahil mereka ini akan dibuang kerja oleh pihak Kerajaan.

Kembali ke Atas


Buku Pelawat | Lihat

hakcipta terpelihara@Copyright Reserved~RMRMA design~

 

1