Logo Yosri
Bendera Malaysia
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Undur | Daftar Utama | Depan | Pengenalan
Pengenalan
Buku Digital
Cerita Seram.
Daftar Negara
Alam Haiwan
Tokoh Dunia
Daftar Penyakit
Lagenda Dunia

TARAF 
BACAAN 
UMUM

 

 Siri Haiwan.
Harimau Putih.

Harimau menerkam.
8 Jamdil Awal 1423
 

Setiap rencana yang ditulis di laman WEB ini adalah
ciptaan dan hakmilik Mohamed Yosri Mohamed Yong sepenuhnya melainkan apabila dinyatakan sebaliknya. Anda boleh menggunakannya semula bagi tujuan bukan perniagaan dengan syarat menyatakan akuan pengarang.
 
http://geocities.yahoo.com/home/
http://www.oocities.org/harimau_yosri
 


 
 
 
 
 
 

Harimau Putih.
Oleh Mohamed Yosri Mohamed Yong
Harimau tergolong dalam kerajaan haiwan dalam filum kordata (bersaraf tunjang), sub-filum vertebrata (bertulang belakang), kelas mamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu), susunan maging (Carnivor), keluarga felidae (kucing), genus panthera, spesies tigris (harimau).
 
Pada tahun 1951 seekor harimau putih yatim telah ditangkap oleh Maharaja Rewa di India. Harimau jantan ini bukannya putih disebabkan albino (yang mempunyai mata pink), tetapi merupakan harimau yang mempunyai bulu putih. Ini adalah disebabkan mutasi gen alleles yang bertanggungjawab menghasilkan warna kulit.

Harimau Bengal yang mempunyai dua gen alleles atau satu normal dan satu allele putih mempunyai warna kuning bata. Hanya dua gen alleles mutasi akan menghasilkan harimau putih. Harimau putih pada kebiasaannya mempunyai bulu perang, hidung bewarna merah jambu, dan mata biru yang terdapat dalam beberapa variasi.

Sepanjang 100 tahun hanya lebih kurang sedozen harimau putih dilapurkan di India dan hanya untuk sub-spesies Bengal membuktikan mutasi ini berlaku satu bagi setiap 10,000 kelahiran di hutan.

Harimau dipercayai berasal daripada sejenis haiwan pemangsa zaman purba yang dikenali sebagai Miacids. Miacids hidup pada akhir zaman Cretaceous kira-kira 70-65 juta tahun dahulu semasa zaman dinosour di Asia Barat (Andrew Kitchener, "The Natural History of Wild Cats").  Sulur-galur harimau kemudiannya berkembang di kawasan timur Asia di China dan Siberia sebelum berpecah dua, satunya bergerak ke arah hutan Asia Tengah ke barat dan baratdaya menjadi harimau Caspian. Sebahagian lagi bergerak dari Asia Tengah ke arah kawasan pergunungan barat, dan seterusnya ke Asia tenggara dan kepulauan Indonesia, sebahagiannya ke barat sehingga ke India (Hemmer,1987)
Terdapat lima sub-spesies harimau dalam Genus Panthera yang masih hidup pada masa sekarang dari asal lapan sub-spesies harimau moden. Tiga sub-spesies harimau yang selebihnya telah pun dianggap pupus secara rasmi. Harimau putih tidak didapati di mana-mana sub-spesies yang lain kecuali harimau Bengal. Sub-spesies harimau yang diketahui adalah seperti berikut:-
  1. Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Malaysia, Kemboja, China, Laos, Myanmar, Thailand, dan Vietnam.
  2. Harimau Bengal (Panthera tigris tigris) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Bangladesh, Bhutan, China, India, dan Nepal.
  3. Harimau Cina Selatan (/amoy) (Panthera tigris amoyensis) - yang tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput tengah dan barat China.
  4. Harimau Siberia (Panthera tigris altaica) - atau juga dikenali sebagai Amur, Ussuri, Harimau Timur Laut China, atau harimau Manchuria. Harimau Siberia tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput China, Korea Utara, dan Asia Tengah di Russia.
  5. Harimau Sumatra (Panthera tigris sumatrae) - yang tinggal hanya di kepulauan Sumatera, Indonesia.
  6. Harimau Caspian (Panthera tigris virgata) - yang telah pupus sekitar 1950an. Harimau Caspian ini pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan dan padang rumput Afganistan, Iran, Mongolia, Turki, dan kawasan Asia tengah Russia.
  7. Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica) - yang telah pupus sekitar 1972. Harimau Jawa pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Jawa, Indonesia.
  8. Harimau Bali (Panthera tigris balica) - yang telah pupus sekitar 1937. Harimau Bali pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Bali, Indonesia.
Kesemua harimau putih yang ada sekarang merupakan baka dari harimau liar jantan bernama Mohan yang ditangkap pada 1951. Beberapa tahun kemudian, Mohan telah dipasangkan dengan pasangan harimau betina biasa yang menghasilkan 3 anak harimau biasa. Mohan kemudian telah dipasangkan dengan salah seekor anaknya sendiri untuk menghasilkan anak-anak harimau berbulu putih kesemuanya.

Pembiakan sesama sendiri harimau putih berterusan sehingga kini dimana cucu Mohan - , Mohini, dibiakkan dengan bapa saudaranya, Sampson harimau berbulu kuning bata. Harimau putih di Amerika Syarikat berasal daripada keturunan Mohini di Zoo National di Washington D.C. Dua ekor anak Mohini, adik beradik dibiakkan di zoo Cincinnati dan anak mereka, Kesari memulakan populasi harimau putih di Cincinnati di mana anak-anak Kesari -  Bhim, Kamala, dan Sumita dibiakkan sesama sendiri dan seterusnya.

Terdapat usaha untuk membiak harimau di dalam zoo dengan tujuan pengekalan sub-spesies. Harimau ini akan digunakan untuk penempatan semula harimau dikawasan yang selamat dimasa akan datang. Untuk tujuan ini, jumlah harimau yang diperlukan adalah bermula dengan 30 harimau liar dengan jumlah sasaran sebanyak 120 ekor harimau sebelum dilepaskan hidup liar. Jumlah ini dapat mengelakkan kelemahan gen disebabkan pembiakan sesama sendiri (cross-breading). Dianggarkan pada Jun 1998, terdapat 30 ekor harimau putih di dalam kurungan zoo di Amerika yang terbabit dengan rancangan pengekalan spesies (SSP-species survival plan).

Pembiakan sesama sendiri harimau putih di dalam kurungan telah menghasilkan ciri-ciri sampingan yang tidak normal seperti mata juling, kecacatan tulang, dan fungsi ketahanan badan yang lemah. Faktor ini menjadikan isu pembiakan harimau putih sebagai satu pertikaian besar dikalangan pihak zoo, ahli hak asasi haiwan, dan badan yang memilih untuk membiakan harimau putih.

Pertelingkahan ini adalah berasaskan bahawa harimau putih merupakan satu pameran yang paling menarik minat umum dan menghasilkan pulangan jualan tiket yang besar, sedangkan pada satu segi yang lain, pembiakan harimau putih tidak memenuhi sebarang tujuan pengekalan spesies dan menghabiskan sumber yang bertujuan untuk membela harimau biasa. Sebuah zoo yang telah mempunyai harimau putih akan kurang berminat untuk membela harimau biasa. Harimau putih dianggap tidak mempunyai peluang untuk hidup bebas dan hanya dianggap haiwan daya tarikan (di dalam zoo) semata-mata. Bagaimanapun keuntungan yang dibawa oleh harimau putih memastikan harimau putih sentiasa mendapat penjagaan yang rapi daripada pihak zoo atau pemilik mereka.

Bagaimanapula nasib harimau liar yang tidak mendapat perlindungan daripada ancaman yang mereka hadapi setiap hari? Adakah harimau akan lenyap sebagaimana lenyapnya dinasor dari pada muka bumi Allah ini. Kita perlulah lebih peka kepada nasib hidupan liar dan berusaha untuk mengekalkan hidupan liar.
 

- TAMAT -
Rujukan :
http://www.everwonder.com/david/tigers/living/
http://www.5tigers.org/Basics/Subsp_distribution/about.htm
http://www.5tigers.org/Basics/Subsp_distribution/evolu.htm
http://www.5tigers.org/Basics/Subsp_distribution/bengal.htm
http://www.5tigers.org/Basics/Subsp_distribution/extinct.htm
http://www.5tigers.org/Basics/Subsp_distribution/sochina.htm
http://www.5tigers.org/Basics/Subsp_distribution/basics2.htm
http://www.5tigers.org/Basics/Subsp_distribution/siberian.htm
http://www.5tigers.org/Basics/Subsp_distribution/ichinese.htm
http://www.5tigers.org/Basics/Subsp_distribution/sumatran.htm
http://www.5tigers.org/Basics/Phys_Ecol_Sociol/colors/white.htm
National Geographic December 1997,"Wild Tigers", Geoffrey C. Ward, m.s. 2 - 47
Dari Anas bin Malik r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda : 
"Yang menghantar jenazah ada 3 macam. Yang 2 kembali, satu tinggal menemaninya. Yang menghantar ialah keluarganya, hartanya dan amalnya. Keluarga dan hartanya pulang dan yang tinggal menemaninya ialah amalannya." 
   Tiup serunai di atas kota 
   Uda memupuk bunga Melati 
   Mula kenal kemudian bercinta 
   Cinta tersemai dalam hati

Pantun Asli saya


Hakcipta terpelihara 19/07/2002 © Mohamed Yosri Mohamed Yong. 
Setiap rencana yang ditulis di laman WEB ini adalah
ciptaan dan hakmilik Mohamed Yosri Mohamed Yong sepenuhnya
melainkan apabila dinyatakan sebaliknya. Anda boleh menggunakannya semula
bagi tujuan bukan perniagaan dengan syarat menyatakan akuan pengarang.
http://www.oocities.org/harimau_yosri
Pembangunan dan Rekabentuk menggunakan http://browsers.netscape.com/browsers/main.tmpl