Bismillahirrahmanirrahim,
segala pujian kehadrat Tuhan Pentadbir semesta alam. Selawat dan salam atas
junjungan Rasulullah saw.
Tujuan
penulisan ini adalah sebagai wadah memaparkan pemahaman yang jelas terhadap
agama Yahudi dan Kristian. Kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa dunia
Islam tidak mampu memencilkan diri daripada pengaruh dua agama tersebut. Setiap
hari kita akan berhadapan dengan pengaruh mereka, secara rela atau terpaksa.
Tambahan, isu orang Melayu yang ingin dan sudah murtad daripada agama Islam
semakin panas. Perlu kita menghadapi isu ini dengan melengkapkan diri kita
dengan ilmu. Pertama ilmu agama Islam yang sebenar. Kedua, ilmu dalam memahami
apa sebenarnya Yahudi dan Kristian.
Salah satu panggilan yang wujud dalam Al Quranul Karim terhadap golongan Yahudi
dan Kristian adalah Ahli Kitab.
Satu pangggilan yang cukup terhormat yang diberikan kepada dua golongan
berkenaan. Umat Islam sering keliru tentang apa sebenarnya Taurat yang
diturunkan kepada Nabi Musa as, Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud as dan
juga Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as. Adakah apa yang ada didalam
tangan dua golongan ini sekarang sebenarnya Taurat, Zabur dan Injil seperti yang
diceritakan dalam Al Quran?
Semoga
tulisan yang serba ringkas ini dapat membantu para pembaca dalam memahami apa
sebenarnya yang berada dalam simpanan Yahudi dan Kristian masa kini. Saya
berharap tulisan ini yang terhasil daripada ilmu dan kajian yang serba
kekurangan akan membolehkan kita berkongsi ilmu dan memantapkan jiwa kita dengan
aqidah Islam yang murni dalam cabaran terkini terhadap umat Melayu Islam.
Kita
perlu fahami maksud Bible itu terlebih dahulu. Apabila kita mengkaji dan membaca
Bible Kristian, maka kita akan mengalami sedikit kekeliruan. Ia bukan
satu kitab menceritakan seluruh kepercayaan dan ajaran Kristian sahaja, tetapi
ada bahagian yang secara jelas merujuk kepada ajaran agama Yahudi. Bahagian yang
merujuk kepada agama Yahudi dinamakan sebagai Kitab Perjanjian Lama (The Old
Testament Book). Ia diletakkan di bahagian yang lebih awal daripada
bahagian yang dinamakan Kitab Perjanjian Baru (The New Testament Book).
Cuma dalam Kitab Perjanjian Baru yang mengandungi kisah naratif Jesus Christ
(Nabi Isa as) beserta seluruh ajaran dan hujah-hujah agama Kristian sendiri.
Namun, kedua-dua bahagian ini diisytiharkan sebagai seluruh Bible Kristian.
Perkataan
bible itu sendiri adalah terjemahan asal daripada bahasa Latin yang
bersumber daripada perkataan Greek, biblia. Biblia ini merujuk
kepada perkataan 'papyrus' atau helaian kertas yang dibawa masuk dari pelabuhan
kuno Phoenicia, kota Biblos. Penggunaan perkataan biblos merujuk kepada satu
kumpulan tulisan. Bible pada asalnya hanya bermaksud himpunan penulisan.
Kitab
Perjanjian Lama / Tanakh
Seterusnya
mari kita lihat kepada Kitab Perjanjian Lama. Kesemua buku-buku yang terkandung
dalam bahagian Kitab Perjanjian Lama adalah berkaitan dengan ajaran agama Yahudi.
Ianya telah dikarang dalam suatu jarak masa yang panjang dan oleh pelbagai
penulis. Dikatakan asalnya telah dikarang dalam bahasa Ibrani (dalam inggerisnya
adalah Hebrew), sebahagian yang sedikit dalam bahasa Aramaic. Versi
golongan Yahudi hanya ada 39 buah karangan dalam bentuk susunan buku.
Ini
serupa dengan susunan Bible Kristian mazhab Protestant. Namun, dalam Bible
Kristian Roman Katolik dan Greek Ortodoks, kita akan dapati jumlahnya adalah 46
buah buku. Buku tambahan sebanyak 7 buah dipanggil Apocrypha oleh
Protestant tetapi dipanggil Deuterocanonical oleh Roman Katolik. Apa
bezanya? Apocrypha berasal daripada bahasa Greek (bahasa melayu juga memanggil
Greek sebagai Yunani) maksudnya tersembunyi (Greek: apokryphos),
sementara Deuterocanonical bermaksud Canon Kedua, (Greek: deutero-kedua,
canonical-yang diterima sah).
Bagaimana
ini boleh terjadi? Kenapa perlu ada dua versi yang amat berlainan menunjukkan
perbezaan jumlah buku yang bukan sedikit, tetapi 7 buah buku?
Jawapannya
terdapat dalam sejarah pengumpulan dan terjemahan kitab itu sendiri. Kitab
Perjanjian Lama yang dipakai oleh golongan awal Kristian seperti Katholik dan
Greek Ortodoks bukan berasal daripada versi bahasa Ibrani, tetapi versi
terjemahan ke bahasa Greek yang dinamakan Septuagint (septuagint dalam
bahasa Greek membawa maksud tujuh puluh). Versi Septuagint adalah hasil kerja
daripada era Hellenistik-Yahudi, yang diterjemah dan disusun pada abad 3 Sebelum
Masihi. Manuskrip yang besar ialah Codex Vaticanus (di Perpustakaan
Vatican), Codex Sinaiticus dan Codex Alexandrinus (keduanya
terdapat di Muzium British). Manuskrip tersebut adalah sebagai bukti sejarah.
Satu
teks manuskrip telah yang dijumpai dan dikatakan paling jelas dengan versi
bahasa Ibrani kuno adalah teks Masoretic. Teks salinan ini adalah yang
berasal daripada teks bahasa Ibrani yang telah disusun sebelum ini. Hingga hari
ini, penerbitan Kitab Bible Yahudi yang diterima oleh penganut Yahudi adalah
daripada teks Masoretic yang telah disiapkan pada tahun 1088 Masihi.
Tambahan tujuh kitab hanya wujud dalam versi Septuagint yang dalam bahasa Greek
dan bukan dalam versi Masoretic.
Susunan
dan kategori buku-buku kitab perjanjian lama juga berbeza antara penganut Yahudi
dan Kristian. Golongan Yahudi tidak menerima dan tidak mengakui kesahihan kitab
perjanjian baru sama sekali. Kitab mereka hanya ada dibahagi kepada kategori
seperti berikut:
1.
Torah (Hukum; juga disebut sebagai 'kitab-kitab yang
disandarkan kepada nabi Musa a.s.'),
2.
Nebiim (Nabi-nabi/Anbia) dibahagi kepada Earlier (awal);
Latter (kemudian)
3.
Ketubim (Tulisan).
(sila
rujuk carta A untuk kerterangan)
Orang
Yahudi memanggil kitab suci mereka sebagai Tanakh. Ianya singkatan daripada tiga pembahagian di
atas, torah – ta, Nebiim – na dan Ketubim – kh.
Kategori
dalam Bible Kristian pula meletakkan buku-buku kitab perjanjian lama kepada
1.
Pentateuch, (serupa seperti Torah),
2.
Historical (sejarah)
3.
Wisdom (hikmah; golongan Katolik) atau Poetical (Puisi;
golongan Protestant)
4.
Prophetical
Isu
Kitab Perjanjian Lama ini sendiri menarik untuk dibahaskan dengan lebih
terperinci. Torah adalah dalam bahasa Ibrani, diertikan sebagai
peraturan, hukum atau perundangan. Namun Torah yang wujud hari ini mengandungi
lima buku iaitu Genesis, Exodus, Leviticus, Numbers dan Deuteronomy.
Carta A
Tanakh (Kitab Bible Yahudi versi Masoretic)
|
Torah |
Nebiim |
Ketubim |
|
|
|
Earlier |
Latter |
|
1 |
Genesis |
Joshua |
Isaiah |
Psalms |
2 |
Exodus |
Judges |
Jeremiah |
Proverbs |
3 |
Leviticus |
1
Samuel |
Ezekiel |
Job |
4 |
Numbers |
2
Samuel |
Hosea |
Song
of Songs |
5 |
Deuteronomy |
1
Kings |
Joel |
Ruth |
6 |
|
2
Kings |
Amos |
Lamentations |
7 |
|
|
Obadiah |
Ecclesiastes |
8 |
|
|
Jonah |
Esther |
9 |
|
|
Micah |
Daniel |
10 |
|
|
Nahum |
Ezra |
11 |
|
|
Habakkuk |
Nehemiah |
12 |
|
|
Zephaniah |
1
Chronicles |
13 |
|
|
Haggai |
2
Chronicles |
14 |
|
|
Zechariah |
|
15 |
|
|
Malachi |
|
Jumlah
keseluruhan buku ialah 39 buku |
Orang Yahudi menyatakan keseluruhan Torah yang ada pada mereka adalah hasil karangan Nabi Musa as
yang asli yang diwahyukan oleh Tuhan. Ini lah yang menjadi intipati kepada
perdebatan antara Yahudi dan Islam. Pihak Islam menolak Torah Yahudi hari ini
sebagai Taurat yang asli murni daripada Allah swt yang disebut dalam Al Quran.
Malah, para pengkaji Bible juga telah menolak dakwaan Yahudi
ini atas beberapa alasan. Pertama, wujudnya catatan kisah wafat nabi Musa as.
Bagaimana orang yang sudah wafat mampu menulis kisah bagaimana dia wafat dan
dikuburkan? Kedua, kenapa tidak dinyatakan nama Firaun yang sebenarnya? Bukankah
Nabi Musa as kenal benar siapa nama Firaun yang membesarkannya itu dan juga
Firaun yang mengejar semasa bani Israel melarikan diri dari Mesir? Tiada
langsung catatan jelas tentang siapa identiti Firaun yang telah tenggelam mati
akibat azab Allah swt itu. Jadi mustahil Nabi Musa as yang mencatitkan kisah itu
dalam Torah yang wujud hari ini.
Antara hujah yang menafikan Torah yang ada hari ini dalam
bentuk yang asli adalah kerana kajian berkenaan sumber dan corak bahasa dalam
Torah itu sendiri. Kajian menunjukkan terdapat bukan satu corak penulisan tetapi
sekurang-kurangnya dua. Ini berdasarkan penggunaan nama Tuhan yang berbeza. Yang
pertama, menggunakan Yahweh dan kedua pula memakai Elohim sebagai panggilan
Tuhan. Kedua, ada pengulangan naratif yang sama tetapi berbeza pula catitan
faktanya. Itu adalah sebahagian daripada dalil-dalil yang menunjukkan jelas
bukan lagi asli Torah yang ada pada golongan Yahudi hari ini.
Golongan Yahudi juga memiliki sebuah lagi kitab yang
dikenali sebagai Talmud. Apa sebenarnya Talmud ini? Orang Yahudi sejak dahulu
lagi mempercayai ada dua bentuk Torah. Satu dalam bentuk karangan dan satu lagi berbentuk lisan.
Menurut riwayat Yahudi, Torah lisan wujud selari bersama Torah tulisan, namun tidak
dibenarkan ditulis. Apabila kaum Yahudi telah diusir dari Jerusalem dan Haikal
Suci (bahasa inggeris menamakannya Holy Temple) dimusnahkan oleh tentera Rom, wujud tindakan nekad menulis
Torah lisan ini oleh pemuka-pemuka agama mereka. Pemuka agama Yahudi yang
pertama bertanggungjawab menulis Torah lisan ini adalah Rabbi
Judah the Prince (Ha-Nasi).
Tulisan Torah lisan berbentuk penerangan atau perbahasan
disebut sebagai Mishnah. Pentafsiran dan huraian kepada Mishnah ini dipanggil Gemara. Himpunan Mishnah dan Gemara inilah yang dipanggil Talmud.
Kerja penulisan Talmud yang pertama adalah dari sekitar 200 M hingga 400 Masihi,
dan dipanggil Talmud Jerusalem (dalam bahasa Ibrani adalah Yerushalmi). Talmud
yang lebih terperinci telah siap sekitar tahun 500 Masihi dan dipanggil Talmud
Babylon (dalam bahasa Ibrani adalah Bavli).