TUNKU ABDUL RAHMAN
< ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------->
Tunku Abdul Rahman Putra atau lebih dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan ialah orang yang membawa negara kita ke arah Kemerdekaan dan bebas dari belenggu penjajah.
Jasa beliau amat banyak dan patut dihargai oleh generasi hari ini. Beliau telah berusaha menyatukan penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada berbilang kaum agar sama-sama berjuang menuntut Kemerdekaan. Tanpa usaha dan titik peluh beliau, negara kita sudah tentu masih berada di  bawah pemerintahan British yang sentiasa menindas rakyat. Sebelum Merdeka, segala usaha dan titik peluh rakyat hanya menguntungkan penjajah, negara kita sendiri pula berada dalam keadaan mundur. Kita yang berusaha, tetapi orang lain pula yang menikmati hasilnya.
Atas berusaha Tunku, negara kita bebas daripada dijajah dan dapat menikmati pelbagai kekayaan yang ada di Tanah Melayu. Berbagai-bagai pembaharuan telah dibuat untuk memajukan Tanah Malayu dan rancangan-rancangan pembangunan juga dilaksanakan supaya taraf hidup penduduk luar bandar juga semakin meningkat.
Usaha Tunku tidak berhenti setakat itu sahaja, selepas menuntut Kemerdekaan, beliau berusaha pula untuk menyatukan penduduk-penduduk di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura melalui pembentukan Malaysia. Semua ini bertujuan untuk membentuk sebuah negara yang maju dan bersatu padu.
Generasi hari ini haruslah mengenang jasa-jasa yang telah beliau sumbangkan. Kata perpatah melayu "harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama", begitu jugalah Tunku.

More Information Here:
Biodata Tokoh
My Info:
Name: Harry Ong Kian Giap
Email: harryong84@hotmail.com
< ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------->
1