CiteWeb: Pendidik Guru
CiteWeb
Hashim Asman
 IPGM Kampus Darulaman | Kementerian  Pelajaran Malaysia  | Bahagian Pendidikan Guru  |  PTK  |MQA  | mYIPDA  |  MyBlog Kemaskini : 30 Ogos 2009

UMUM

Akreditasi IPGM
e-mail IPDA
Minda Pendidik
j-QAF Online
Majalah Pendidik
E-Learning2U.com
EduWebTV 
BELAJAR ICT
Microsoft Access 2007
-Introduction to Queries
AGAMA ISLAM

Tafsir Harfiah

Al-Islam.com
Bacaan Quran

Tafsir Hamka  
Ceramah Islam
TAFSIR Al Qur’an
Quran In Malay
The Noble Quran

The Holy Quran

Per. Ulama Malaysia

Sirah Rasulullah

PERNIAGAAN
Maybank2u
Bankislam
Allianceshare  
Tradesignum
Celcom
UTILITI

Wikipedia (BM)

Free AntiVirus 

CARIAN

Yahoo.com
AllTheWeb 

Google

 


ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Hashim Asman, IPGM Kampus Darulaman
23 Rabiul Awwal 1430 (20.3.2009)

PENGENALAN

 Sistem Pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang pesat. Pelbagai kaedah baru diperkenalkan dan digunakan supaya pengajaran guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna.  Pengajaran yang berteraskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi mempunyai potensi yang besar dalam merubah cara belajar seseorang. Ia memberi peluang kepada guru mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran. Para pelajar pula berpeluang menentukan teknik yang bersesuaian dengan mereka dan mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Sumber maklumat serta rujukan juga tidak lagi terikat kepada  teks daripada buku semata-mata tetapi kombinasi dari maklumat-maklumat terkini.

 

KEPENTINGAN TMK DALAM PENGAJARAN

Perkembangan  Teknologi Maklumat dan Komunikasi memberi satu impak yang mendalam terhadap amalan guru terutamanya penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tradisi pengajaran dan pembelajaran yang selama ini hanya menggunakan buku, kapur dan papan hitam kurang berkesan berbanding pengajaran dan pembelajaran menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Kesedaran tentang peri pentingnya TMK dalam pengajaran dan pembelajaran menyebabkan kerajaan begitu menitik beratkan penggunaannya. Penekanan terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dapat dilihat dari aspek pendedahan kepada kursus-kursus yang dijalankan oleh institusi-institusi Pendidikan guru di seluruh Negara. Selain dari menjadi matapelajaran teras kepada kursus asas perguruan di maktab-maktab perguruan, kerajaan juga telah mengadakan pelbagai kursus dalam perkhidmatan seperti KDPK Satu tahun Teknologi Maklumat, Kursus 14 minggu Aplikasi ICT dalam pengajaran dan Pembelajaran, Kursus satu MInggu Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran dan sebagainya sebagai usaha meningkatkan keupayaan guru dalam penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kelebihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Adalah seperti berikut:

a) Meningkatkan Motivasi

Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat memotivasi pelajar untuk terus belajar kerana ia dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Kesan daripada visual dan interaktif sumber berasaskan TMK membantu pelajar menumpukan perhatian dan menggalakkan mereka tidak jemu dan mampu menyiapkan tugasan pembelajaran dalam jangkamasa yang lama.

TMK juga dapat memotivasikan pelajar dengan cara melibatkan pelajar melalui kerja-kerja penghasilan. Melalui pengajaran dan pembelajaran berteraskan TMK, guru akan melibatkan pelajar dalam penghasilan kerja yang berasaskan teknologi termasuk pemprosesan kata,hypermedia, grafik computer dan telekomunikasi. Pelajar akan menyukai aktiviti berkenaan kerana dapat meningkatkan kreativiti, ekspresi kendiri dan kebanggaan melihat hasilan yang kelihatan professional.

Disamping itu TMK juga dapat meningkatkan anggapan pelajar bahawa pembelajaran dikawal oleh mereka sendiri dan termotivasi secara intrinsik.

 

b) Menyokong pendekatan baru dalam Pengajaran dan pembelajaran

Melalui pengajaran dan pembelajaran berteraskan TMK, beberapa pendekatan baru dapat dimanfaatkan. Pembelajaran koperatif yang merupakan pembelajaran dalam kumpulan kecil dapat dipertingkatkan melalui penggunaan multimedia, serta penghasilan projek kecil seperti hipermedia, penyelidikan dan interksi on-line.

TMK juga memudahkan pelajar menyelesaikan masalah dimana pelajar dapat berinteraksi melalui komputer. Perkongsian hasil intelek melalui TMK juga dapat meningkatkan kualiti produk .

Guru juga boleh membina bahan media bagi membolehkan pelajar mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai sesuatu permasalahan yang perlu diselesaikan serta menunjukkan cara penyelesaiannya.

Dengan adanya rangkaian “on line learning management system” pula, guru boleh menjejak perkembangan pembelajaran pelajar.

 

c.     Kemahiran asas dalam era maklumat

Pelajar merupakan pelapis generasi akan datang yang bakal hidup

Didunia yang serba canggih. Oleh sebab itu, adalah penting bagi mereka mempelajari kemahiran TMK bagi menyedikan mereka menjadi pelajar sepanjang hayat dan masyarakat yang berinformasi.

Antara kemahiran yang diperlukan oleh pelajar bagi tujuan tersebut ialah literasi tentang teknologi, literasi maklumat seperti keupayaan mendefinisi tugasan, strategi mencari maklumat, kemahiran mengakses dan menggunakan maklumat. Literasi visual juga penting untuk menyampaikan maklumat.

 

 

KATEGORI MOD DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 

Terdapat empat kategori mod dalam pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang dianjurkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran 2001. Kategori mod tersebut ialah mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi.

Sebelum meggunakan mod-mod tersebut, guru harus membuat perancangan yang teliti supaya pengajaran mencapai objektif dan memberi kesan  yang mendalam kepada pelajar-pelajar.

 

a. Mod Tutorial

Didalam pengajaran dan pembelajaran berteraskan TMK, mod tutorial digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan susunan dan urutan yang merangkumi pendedahan kandungan, tunjuk cara sesuatu fenomena dan latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.

Mod tutorial adalah sesuai digunakan di dalam kelas yang mempunyai ramai pelajar dan pelajar-pelajarnya mempunyai keupayaan yang berbeza.Ia juga sesuai digunakan apabila guru tidak dapat memasuki kelas dan mengarahkan pelajar belajar sendiri. Di samping itu, mod tutorial ini juga sesuai digunakan sebagai pengayaan untuk pelajar-pelajar yang cerdik, pemulihan untuk pelajar yang lemah dan apabila guru menggunakan pendekatan pembelajaran secara direktif.

Mod tutorial mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah ia dapat mengindividukan pelajar. Pelajar juga boleh belajar sendiri dan mengikut kemampuan sendiri dengan seliaan yang minimum oleh guru.  Mod tutorial juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

      

 b. Mod Penerokaan

Mod penerokaan ialah mod yang digunakan sebagai medium atau perantara untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD-ROM, portal maklumat dan internet.

Mod penerokaan juga digunakan untuk mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena atau keadaan secara tunjukcara dibawah kawalan pelajar sendiri dan dapat mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dibawah kawalan sistem.

Mod penerokaan memfokuskan penglibatan pelajar dalam membentuk konsep dan kefahaman mengenai sesuatu perkara. Mod penerokaan sesuai digunakan dalam pembelajaran yang melibatkan inkuiri penemuan, pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah, simulasi dan kaedah pembelajaran kajian masa depan.

Mod penerokaan mempunyai kebaikan tersendiri dan dapat memberi kebaikan kepada pelajar dan guru. Kebaikannya kepada pelajar ialah ia dapat memupuk pemikiran kreatif pelajar dan penyelesaian masalah sebenar. Ia juga dapat memberi peluang kepada pelajar  melibatkan diri secara mendalam terhadap kandungan pelajaran disamping meberi peluang kepada pelajar menentukan hala tuju dan kemajuan pelajaran mereka. Mod penerokaan juga memberi kebaikan kepada guru dimana ia memberi peluang kepada guru untuk menerapkan strategi-strategi pembelajaran berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme.

 

c. Mod Aplikasi

Mod aplikasi dalam pembelajaran yang beteraskan TMK digunakan

sebagai mekanisma penyaluran maklumat untuk membantu pelajar   melaksanakan tugasan pembelajaran dan menyalurkan maklumat kepada pelajar yang lain.

Mod aplikasi sesuai digunakan dalam memproses data kerja lapangan dengan cepat dan memindahkan hasil dapatan dalam bentuk yang mudah diintepretasi. Contohnya dalam  memudahkan proses membina graf supaya tumpuan boleh diberikan kepada mengkaji kesan pembolehubah dalam eksperimen. Ia juga sesuai digunakan untuk mempersembahkan data dalam bentuk multimedia dan mempercepatkan proses membuat pengkelasan atau menyisih data.

Mod aplikasi memberi kebaikan kepada pelajar dimana pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pembelajaran sebenar kerana kerja-kerja pemprosesan data telah dipermudahkan. Pelajar-pelajarjuga dapat meningkatkan penggunaan pelbagai kemahiran komputer sesuai dengan penggunaan komputer dialam pekerjaan kelak.

 

d. Mod Komunikasi

Mod komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran TMK digunakan sebagai medium perhubungan antara guru dan pelajar di lokasi yang berbeza dengan menghantar dan menerima maklumat dalam bentuk teks, grafik, audio, video atau kombinasi lain. Contohnya Chat, Email, Audio Video Conference dan laman web.

Mod komunikasi sesuai digunakan dalam pembelajaran berbentuk kolaboratif, pertukaran maklumat, menganalisis dan membuat perbandingan.

Seperti mod-mod yang lain, mod komunikasi juga mempunyai kebaikan tersendiri. Antara kebaikan dalam mod komunikasi ialah memupuk sikap berinterksi antara pelajar melalui aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Ia juga dapat memupuk sikap bekerjasama antara pelajar dan orang lain dalam proses pembelajaran. Maklumat-maklumat terkini juga mudah didapati melalui pertukaran maklumat dengan orang lain.

 

KESIMPULAN

 

Penggunaan TMK yang baik dan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat memberi manfaat kepada pelajar dan guru. Para pelajar dimotivasikan untuk terus menghadapi pembelajaran disamping dapat meningkatkan kefahaman tentang pelajaran. Penggunaan TMK juga dapat meningkatkan kemahiran asas komputer dan TMK pelajar sesuai dengan arus peredaran zaman yang akan membekalkan mereka kemahiran untuk kealam pekerjaan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan TMK akan mampu melahirkan pelajar yang lebih kreatif dan enovatif serta berdaya saing.

Imej profesion preguruan juga dapat dimartabatkan sejajar dengan kecanggihan dalam proses penganjaran dan pembelajaran.

Justeru itu dapatlah dikatakan bahawa penggunaan TMK akan dapat melahirkan individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang mampu merealisasikan impian bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamas untuk mencapai wawasan 2020

 

 

TEKNOLOGI MODEN DAN KESANNYA TERHADAP BUDAYA MEMBACA
Hashim Asman, IPDA

3 September 2009

 Membaca merupakan suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda sama ada melalui bahan-bahan bercetak atau media elektronik. Deria dan minda yang dicerna dengan ilmu hasil dari pembacaan akan menjana kehidupan manusia yang sentiasa inginkan perubahan. Ilmu yang diperolehi merangsang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu yang lain seterusnya akan terbentuk satu budaya membaca di kalangan masyarakat.

 Dewasa ini minat membaca didapati semakin menurun. Ada yang berpendapat kebanjiran teknologi moden seperti Internet, video dan televisyen menyebabkan kurangnya minat membaca dan menjadikan amalan membaca cara hidup. Pakar pendidikan juga buntu mencari penyelesaian untuk merangsang masyarakat supaya minat membaca tetapi hasilnya masih mengecewakan.

Kajian oleh National Education Association (NEA) yang bertanggungjawab menjalankan pelbagai kajian terhadap kepentingan pendidikan di seluruh dunia, mendapati hanya 17,000 kalangan dewasa berusia 18 tahun ke atas di Amerika Syarikat benar-benar minat membaca sepanjang tempoh 20 tahun sejak 1982. Itupun terhad kepada bahan seperti novel, cerita pendek dan sajak. Bahan ilmiah berbentuk serius dan berat kurang mendapat perhatian dan jatuh 28 peratus dalam tempoh itu. Kajian itu turut mendedahkan hanya 57 peratus penduduk di negara maju minat membaca. Baki yang tidak berminat terdiri daripada mereka yang tinggal di kawasan terpinggir, berpendapatan rendah dan sudah berusia. Kajian itu turut mendapati setiap tahun, kejatuhan sebanyak empat peratus di kalangan pembaca di negara maju dan senario itu semakin membimbangkan berikutan tiada peningkatan peratusan bagi pembaca baru. Pengerusi NEA, Dana Gioia, berkata sesiapa yang sukakan sastera atau menimbangkan nilai budaya dan intelektual pasti bimbang dengan situasi ini kerana bahan bacaan bercetak sudah tidak mendapat tempat di hati masyarakat. Menurutnya, kebanyakannya beralih kepada hobi menonton televisyen, Internet dan pelbagai permainan video berbanding membaca bahan bacaan bermutu walaupun untuk tempoh yang singkat.

"Ini natijahnya apabila teknologi mula menguasai dunia. Kita tidak boleh memaksa seseorang untuk suka membaca, ia harus datang sendiri dan ikhlas. Ramai pihak keliru kerana beranggapan membaca sesuatu yang wajib dilakukan sedangkan tabiat itu bukan paksaan. "Siapa, bagaimana bentuk bacaan atau tujuannya tidak penting sebaliknya kesedaran dan keinginan membaca itu perlu ditekankan," katanya.

Kebimbangan itu turut melanda golongan cendekiawan terutama kecenderungan membaca bahan bacaan kurang bermutu.
Profesor di Bennington College and New York University, David Lehman, berkata masyarakat harus membuka minda dan melihat kepentingan membaca sebagai menu utama kehidupan. Menurutnya, tanpa bahan bacaan bermutu, budaya atau warisan sesebuah masyarakat akan terasing dan segala usaha termasuk pengajian ilmu di sekolah hanya membuang masa.

"Membaca dapat membantu seseorang melihat dunia dan kehidupan secara keseluruhan dan memahami keinginan masyarakat luar. Masyarakat tanpa mengira usia, latar belakang atau kedudukan perlu menggunakan peluang itu menambah pengetahuan dan meningkatkan harga diri," katanya.

1

1