"Tiada
yang mustahil..jika anda tahu caranya"
|
A ku masih ingat saat-saat
menghadapi makanan harian bersama-sama 13 orang adik beradik.
Bagaimana agaknya ayahku seorang yang berpendapatan RM180 dapat menyara
kami. Tak pernah seharipun kami kelaparan walaupun hanya nasi dan
seperiuk besar gulai. Masakan harian adalah seperti kenduri. (Allahyarhamah
ibuku mungkin dapat menjadi seorang menteri kewangan yang cekap jika
diberi peluang.) |
|
Laman
ini dibina tanpa pengetahuan formal tentang pembinaan laman web. Ia
dihasilkan melalui "Trial & Error" - membaca buku, berjaga
larut malam dan masa yang panjang. Malu rasanya seorang yang
berumur 53 tahun untuk belajar bersama-sama anak muda di dalam kelas
komputer. (Mungkin aku boleh dilantik mejadi ketua kelas).
Kini,aku memberi tunjuk ajar percuma
tentang penyeleng- garaan komputer, mereka laman web dan setup perisian
kepada rakan-rakan, masyarakat kampung dan sesiapa sahaja yang berminat.
"Jika
anda rasa boleh..ANDA BOLEH" |