RuAnGaN PeTuA NeNeK HePPi |
Tujuan halaman ini di cipta adalah untuk kemudahan anda yang ingin mengunakan petua-petua orang zaman dahulu
kala. Pada zaman dahulu,kebanyakkan orang tua menggunakan segala jenis tumbuh tumbuhan untuk tujuan rawatan atau tujuan
lain. Dan pada masa itu belum ade lagi Hospital, Klinik,atau pusat Salon. Kalau kita perhatikan orang pada zaman dahulu banyak diantara mereka yang hidup sampai berpuluh tahun malah ade yang mencecah kepada seratus tahun. Kenapa?. Ini kerana mereka menggunakan segala ubat ubatan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan semula jadi yang terdapat di sekeliling kita. Jadi di sini saya muatkan beberapa petua yang amat berguna buat kita yang cukup senang untuk dicari/digunakan. |
Semoga halaman ini akan memberi banyak faedah kepada kita semua |
Jika anda tidak berapa faham/ keliru untuk menentukan sesuatu benda.Sila rujuk kepada orang-orang lama.Dan untuk makluman anda semua ,petua ini adalah benar dan ianya di ambil dari orang orang tua dari turun temurun.Kalau tak percaya boleh la tanya pada orang yang lebih tau tentang hal hal sebegini. |
Nasi Hangit Nasi Lembik Menjaga Peti sejuk
Kurangkan Masin Makanan Ubat Kudis Menghilangkan Kelemumur
Serbuk Kopi Lembutkan Tangan
Gigi Puteh Berseri
Hilangkan Daki dan Bau Badan
Sedapkan Ikan Goreng Ikan Terlalu Masin Gambir Ubat Asma Ubat Sengugut Kulit Tidak Melecur Khasiat Kunyit Hidup Hilangkan Parut Jerawat Getah Pada Pisau Lebatkan Buah Kelapa
Hilangkan Rasa Kebas Sembuh Selsema Bayi Hilangkan Jerawat Hilangkan kurap |
Nota: Kesemua petua ini telah di cuba dan alhamdulillah menjadi. |
Nasi Lembik |
Cara mengatasinya, ambil dua atau tiga ulas bawang merah dan hiris . Masukkan ke dalam periuk nasi yang berisi nasi hangit tadi.Insya-allah bau hangit akan berkurangan. |
Bagi mengatasi masalah ini, ambilkan sebiji kentang , buang kulitnya,basuh dan hiriskan kentang tadi.Mesukkan ke dalam nasi tadi. Biarkan selama lima minit kemudian angkat. Cara lain adalah dengan menggunakan roti bantal.Masukkan ke dalam periuk dan jumlah keping bergantung kepada kelembikan nasi . |
Menjaga Peti Sejuk |
Kurangkan Masin Makanan |
Terdapat dua cara untuk menghilangkan bau pada peti Sejuk: i. Dengan meletakan arang, ini kerana ia mampu menyerap bau. ii.Dengan Menggunakan Kulit Nenas yang masih baru, tukar apabila ia dah kering |
Cara mengatasinya adalah dengan mengambil kertas surat khabar yang tebal sedikit atau beberapa helai kertas surat khabar dan letakkan di atas periuk atau kuali yang sedang di masak. Kedua; masukkan beberapa kentang kedalam lauk yang sedang di masak dan biarkan kentang empuk.Lauk akan menjadi kurang masin kerana ia menyerap garam yang berlebihan. |
Ubati kudis |
Menghilangkan Kelemumur |
Apabila kepala anak anda di hinggapi kudis, ambil sepotong kunyit hidup dan kupas kulitnya. Hiris nipis nipis. Kemudian ambil dua ulas bawang putih, juga dihiris.Goreng bahan ke dalam minyak kelapa sawit hingga kunyit dan bawang menjadi perang dan minyak menjadi kekuningan. Biarkan minyak itu sejuk.Selepas itu bolehlah di sapukan di tempat kudis tersebut. |
Caranya; parut nenas muda kemudian lumurkan pada kepala. Sapu rata-rata hingga ke kulit.Biarkan seketika sebelum di basuh.Amalkan selalu, anda akan dapati kelemumur akan hilang. |
Cara Lembutkan tangan. |
Gigi Putih Berseri |
Ambil serbuk kopi yang telah digunakan, dan lumurkan pada tangan dan gosok dalam beberapa minit.Setelah itu bilas tangan anda dengan air bersih, Anda akan dapati tangan anda terasa lembut .Ulangi selalu. |
Caranya, ambil limau nipis yang sudah di belah menjadi empat, Gosok gigi anda secara rata dari atak kebawah, Kemudian keringkan dengan kain bersih atau kapas lalu di bilas dengan air bersih, Lakukan sekali seminggu dan anda akan berpuas hati dengan hasilnya. |
Hilangkan daki dan bau badan. |
Sedapkan Ikan Goreng. |
Ambil Pucuk jambu batu dan bersihkan.Sental pada badan anda dan juga muka.Lakukan dalam beberapa minit dan sesudah itu mandilah seperti biasa.Badan anda akan rasa segar dan selalu terasa bersih.Amalkan selalu, insya-allah daki dan bau akan hilang. |
Sebelum mengoreng ikan , masukan beberapa hiris bawang merah kedalam minyak untuk mengoreng. Goreng seperti biasa Cara ini akan menjadikan ikan gerong lebih enak dan tidak hanyir. |
Ubat Asma |
Ikan Pekasam terlalu masin. |
Ambilkan gambir sebesar kacang dan campurkan dengan satu sudu air masak. Minumlah setiap hari selama sebulan.Insya-allah, penyakit asma akan sembuh dan tak akan berulang kembali |
Sediakan semangkuk air garam dan sendamkan ikan masin/pekasam itu selama beberapa minit. Selepas itu cuci ikan tersebut dan boleh lah puan masak dengan pelbagai citarasa. |
Ubat Senggugut |
Kulit tidak melecur. |
Cara mengatasi; Ambil secekek pucuk senduduk dan cuci bersih. Ibu kunyit sebesar jari manis dibuang kulit dan di rebus bersama daun senduduk dengan tiga cawan air. Apabila air tinggal lebih kurang satu cawan, tapis dan baca selawat tiga kali. Minum ketika masih suam tiga pagi setiap kali haid. |
Caranya; ambil lemak ayam seberapa bayka yang boleh kemudian panaskan tanpa minyak dan air sehingga cair seperti minyak.Kemudian simpan dalam botol. Apabila anda terkena benda/minyak panas, segera sapukan minyak ayam itu.Insya-allah kulit anda tidak akan melecur. |
Khasiat Kunyit hidup. |
Hilangkan Parut Jerawat. |
Untuk Menyembuhkan Kudis yang menyerang kanak kanak kecil. Caranya; ambil sebuku kunyit, bersihkan. Kemudian parut halus dan campurkan dengan minyak kelapa asli dan didihkan di atas api.Apabila sejuk, sapukan pada bahagian yang di serang kudis setiap hari sehingga kering dan sembuh. |
Parut ubi dan tampalkan di tempat yang ada parut atau bekas jerawat pada waktu pagi dan malam. Biarkan selama 15-30minit Lebih elok kalau dibuang sebelum kering di muka. Kalau tidak mahu parut, boleh juga dipotong halus halus. tapi cara ini kurang berkesan |
Hilangkan Getah pada pisau. |
Lebatkan buah kelapa |
Cara yang mudah adalah dengan melayurkan pisau itu dengan api dan kesat dengan kertas. Atau anda juga boleh menyapu dengan minyak pada mata pisau. |
Caranya; ambil satu kilogram garam kasar, bubuh di celah celah pelepah kelapa. Insya-allah , buah kelapa akan lebat semula. |
Hilangkan rasa kebas. |
Sembuhkan selsema bayi. |
Untuk menghilangkan nya, ambil kertas atau tisu, dankiranya kebas sebelah kanan kepilkan pada telinga sebelah kanan.Dan begitu juga jika sebaliknya. |
Untuk menghilangkan; ambil sebuku kunyit kering, gosokkan pada bawah padu dan titiskan sedikit air. Ambil air kunyit tadi dan saukan pada batang hidung bayi anda. Insya-allah, selesema anak anda akan sembuh. |
Lembutkan daging yang keras |
Anak sukar makan ubat |
Caranya; masukan tempurung kelapa yang telah di kikis licin di bahagian dalam dan luar kedalam masakan/gulai anda. Seelok eloknya tempurung itu di belah supaya lebih kecil dan senang di letak ke dalam periuk. Campurkan tempurung bersama ayam sehingga empuk. |
Sesetengah anak sukar untuk makan ubat bila demam atau batuk.Jangan risau , cuba petua ini. Tuangkan air yang baru mendidih kedalam cawan. Kemudian masukkan tiga atau emapt ketul halwa kundur kedalam cawan tadi.Tutup cawan itu dan biarkan sehingga sejuk. Keluarkan halwa kundur tadi dan berikan pada anak anda minum sekerap yang anak anda mahu Insya-allah demam atau batuk akan segera sembuh. |
Tanggalkan bekas label. |
Atasi selsema bayi |
Cara paling mudah untuk menghilangkannya dalah dengan cara merendam kedalam air hingga keluar labelnya, kemudian gosokkan dengan kain pencuci pinggan mangkuk. Cuci bekas yang masih tinggal dengan penanggal cat. |
Caranya ambil seketul kunyit hidup di bakar pada hujungnya kemudian di tenyeh pada minyak kelapa.Sapukan campuran tadi pada hidung bayi dan di ubun ubunnya. Insya-allahakan segera sembuh. |
Cara hentikan darah Haid |
Hilangkan penyakit darah tinggi. |
Ambil daun betik jantan atau betik rambai, ditumbuk halus, kemudian di bancuh dengan air dan di campur dengan sedikit garam jantan. Biarkan ia larut. Selepas itu bolehlah di minum. Lakukan selama tiga hari , insya-allah darah Haid akan berhenti. |
Ambil 15 helai daun sireh. Direbus dengan dua cawan air sehingga mendidih. Apabila telah mendidih, sejukkan sebelum diminum.Amalkan tiga kali sehari ( pagi,petang,malam) Insya-allah penyakit puan akan sembuh. |
Hilangkan kurap pada badan |
Apam tidak melekat. |
Ambil segemgam daun gelenggan besar, di potong bahagian tangkainya. Daun mesti separuh tua, kemudian di gosok pada tempat yang gatal beberapa kali sehari. Lakukan tiga hingga empat kali setiap hari. |
Apam bisanya agak sukar di sediakan. Masalah utama yang sering di hadapi adalah ai sering melekat pada kukus. Untuk mengatasi masalah ini, sebelum memasak, goreng sebiji telur ayam. Minyak bekas mengrang telur tadi bolehlah di gunakan utnuk di sapu pada kukus sebelum kuih ini di masak. |
Haluskan Kulit |
Hilangkan bengkak payu dara. |
Caranya amat mudah; amalkan memakan tomato segar setiap pagi sama seperti anda memakan epal. Selain itu, anda juga boleh meminum air perahan tomato. |
Cara mengatasinya; ambil sedikit ragi, hancur dan campurkan dengan sedikit air, kemudian sapukan pada payu dara anda, Air susu akan menitis dengan sendiri tetapi jangan di picit. Selepas dua tiga hari. insya-allah payu dara akan pulih semula. |
Madu sembuhkan bibir yang pecah. |
Anak Berkulit Cerah dan Cantik |
Jika anda mengalami seriawan atau pecah bibir, dan sudah menggunakan pelbagai ubat untuk mengatasinya tetapi tidak berjaya, amalkan petua ini. Caranya; ambil sedikit kapas lalu disapukan dengan madu dan tampalkan pada bibir. Lakukan setiap kali hendak tidur selama seminggu insya-allah ia akan hilang. |
Sekiranya puan sedang hamil dan teringatkan anak berkulit cerah dan cantik, cuba petua ini. Banyakkan makan sayur bayam, tidak kira bayam merah atau hijau.Amalkan setiap hari, insya-allah jika di alamkan setiap hari, hasilnya tidak mengecewakan. |
Daun Nangka Empukan Daging |
Atasi Penyakit kuning |
Caranya; cuab puan ikhtiarkan dengan mencari dua helai daun nangka ( bergantung kepada Kualiti daging yang dibeli.) Masukkan daging kedalam periuk bersama-sama air dan dua helai daun nangka yang telah cuci bersih. Rebus selama lebih kurang lima hingga sepuluh minit Insya-allah, daging akan kenyal dan enak di makan. |
Dapatkan dua atau tiga camca susu kambing yang mempunyai anak (yang tidak berpenyakit). Berikan pada bayi anda Berikan sebanyak munkin yang boleh. Di samping itu dapatkan nasihat doktor. |
Hilangkan bau Hancing |
Elakkan rambut gugur |
Setelah beras Di basuh, airnya di curah pada tempat yang berbau hancing. Lakukan sekerap yang boleh. |
Ambil sebiji buah keras, kemudian bakar sehingga menjadi arang Tumbukkan dan lumurkan buah keras itu di sekitar kepala.Amalkan selalu dan lihatlah hasinya. |
Atasi Badan Berbau. |
Hilangkan Kesan Minyak |
Cara mengatasinya, ambil kulit oren dan rebus di dalam periuk dengan sedikit air selama lima minit. Sejukkan sebentar dan selepas itu sapu pada badan.Amalkan selalu insya-allah usaha anda akan mendapat hasil yang memuaskan. |
Terdapat dua cara untuk menghilangkan kesan minyak pada pakaian, i, Sapukan dengan sedikit bedak talkum pada bahagian yang terkena minyak tadi. Kemudian gosokkan seterika agar bedak meresap pada kesan minyak tadi. Tambahkan bedak sehingga kesan minyak nampak kering. ii. Sekiranya minyak agak banyak, selepas melakukan langkah pertama sapukan lah cecair pencuci pada bahagian tersebut kemudian barulah di cuci seperti biasa. |
Khasiat Limau Nipis |
Rahsia Warna Kain Tidak Luntur |
Gisik gigi anda dengan limau nipis dari cara atas kebawah, kemudian bersihkan dengan kapas. Amalkan selalu dan anda akan berpuas hati dengan keputusanya. |
Caranya; sebelum kain batik di pakai, rendamkan kedalam air yang di campur dengan sedikit cuka. Kemudian di rendam dan barulah di bilas dengan air biasa. Jangan jemur di bawah matahari terik. Air kelapa juga boleh menolong menjadikan kain terus kekal seperti baru. |
Semua petua di sedikan oleh Puan HASLIZA HJ HASSAN
- Di petik dari laman Boykelate
|