| 
 
Terengganu Hydroponic Society (THS) diluluskan penubuhannya  pada 24 Julai
2001. Pertubuhan ini  
berhasrat  bagi mengembang, bertukar idea dan maklumat tentang hidroponik. 
 
Matlamat THS ialah untuk memperkenal dan memperkembangkan pendidikan dan
penyelidikan 
hidroponik secara saintifik. Bagi tujuan ini THS mengharapkan kerjasama dan
pertukaran maklumat 
dengan dengan seua pihak berkenaan serta pelbagai langkah antaranya :- 
Menganjurkan seminar, forum dan mesyuarat mengenai hidroponik 
Menyediakan senarai buku, penerbitan dan pembekal berkaitan hidroponik. 
Mengambil bahagian dalam aktiviti berkaitan hidroponik. 
Mewujudkan kerjasama antara individu dan organisasi yang berkaitan dengan
sains hidroponik. 
Mengadakan program penyelidikan bagi meluaskan pengtahuan mengenai teknilogi
hidroponik. 
Menganjurkan pameran teknologi hidroponik. 
 
Mengalakkan aktiviti tani secara terkawal bagi peningkatan hasil dengan
penggunaan rumah 
hijau dan sistem penyiraman dan pembajaan  terkawal dalam usaha meningkatkan
hasil disamping 
 mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan
      bertani secara konvensional.  
 Kelebihan utama ialah kawalan sepenuhnya
      keatas tanaman. Tumbuhan dapat di tanam dengan kepadatan tinggi dengan
      kadar penggunaan baja yang lebih kecil kerana baja tidak di larutresap
      kedalam tanah. Tanaman lebih cepat matang, tanpa kerosakan akibat gangguan
cuaca, penggunaan racun makhluk perosak yang minima pasti mengurangkan kos
pengeluaran. 
       
      Daya pengeluaran amat tinggi berbanding dengan cara kovensional. Sebagai
      contoh tomato yang ditanam atas tanah mengeluarkan hasil 5 hingga 10 tan
      seekar setahun berbanding 200 tan jika diusahakan secara hidroponik. 
Sesuai dijalankan secara hobi dengan harapan penyertaan semua keluarga
dalam aktiviti ini pasti mereka akan dapat menikmati bekalan sayur segar 
harian yang diusahakan sendiri kerana aktiviti ini amat mudah dan tidak
memerlukan kepakaran serta  masa yang panjang.Aktiviti ini akan lebih
di beri penekanan oleh persatuan kerana bagi tujuan komersial pelbagai jabatan
dan agensi kerajaan telah berfungsi dengan baik. 
Sesuai hampir semua jenis tanaman sayur-sayuran  termasuk salad,
sawi, kobis, tomato, cili, timun,
      kacang dan sebagainya.
      Bunga termasuk  ros, orkid, marigold dsb. Foliage termasuk  palms,
paku, ficus, dan house plants. Herba termasuk  basil, chives, mint, parsley, sage, thyme, dan lain-lain. Buah
termasuk pisang ,tembikai dan lain-lain.  
 
Mengurangkan penggunaan air 
Kawalan keatas musuh dan penyakit tanaman. 
 
Pengunaan baja yang selamat tanpa larut-lesap 
 
Penjimatan penggunaan tanah dan buruh. 
 
Mengubah status petani dari buruh kasar kepada pekerja berskil. 
 
Sebagai sebuah NGO, THS amat mengharapkan sokongan dan kerjasama semua pihak. 
          |