Home Page

Terengganu Hydroponics Society
hidroponik amalan tani masa kini

[ Home ] Teknologi ] Salak ] Buahnaga ] Sayur ] Sayur2 ] Sayur3 ]

 

Terengganu Hydroponic Society (THS) diluluskan penubuhannya  pada 24 Julai 2001. Pertubuhan ini 
berhasrat  bagi mengembang, bertukar idea dan maklumat tentang hidroponik.

Matlamat THS ialah untuk memperkenal dan memperkembangkan pendidikan dan penyelidikan
hidroponik secara saintifik. Bagi tujuan ini THS mengharapkan kerjasama dan pertukaran maklumat
dengan dengan seua pihak berkenaan serta pelbagai langkah antaranya :-

Menganjurkan seminar, forum dan mesyuarat mengenai hidroponik

Menyediakan senarai buku, penerbitan dan pembekal berkaitan hidroponik.

Mengambil bahagian dalam aktiviti berkaitan hidroponik.

Mewujudkan kerjasama antara individu dan organisasi yang berkaitan dengan sains hidroponik.

Mengadakan program penyelidikan bagi meluaskan pengtahuan mengenai teknilogi hidroponik.

Menganjurkan pameran teknologi hidroponik.

Mengalakkan aktiviti tani secara terkawal bagi peningkatan hasil dengan penggunaan rumah
hijau dan sistem penyiraman dan pembajaan  terkawal dalam usaha meningkatkan hasil disamping
mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan bertani secara konvensional. 

Kelebihan utama ialah kawalan sepenuhnya keatas tanaman. Tumbuhan dapat di tanam dengan kepadatan tinggi dengan kadar penggunaan baja yang lebih kecil kerana baja tidak di larutresap kedalam tanah. Tanaman lebih cepat matang, tanpa kerosakan akibat gangguan cuaca, penggunaan racun makhluk perosak yang minima pasti mengurangkan kos pengeluaran.

Daya pengeluaran amat tinggi berbanding dengan cara kovensional. Sebagai contoh tomato yang ditanam atas tanah mengeluarkan hasil 5 hingga 10 tan seekar setahun berbanding 200 tan jika diusahakan secara hidroponik.

Sesuai dijalankan secara hobi dengan harapan penyertaan semua keluarga dalam aktiviti ini pasti mereka akan dapat menikmati bekalan sayur segar  harian yang diusahakan sendiri kerana aktiviti ini amat mudah dan tidak memerlukan kepakaran serta  masa yang panjang.Aktiviti ini akan lebih di beri penekanan oleh persatuan kerana bagi tujuan komersial pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah berfungsi dengan baik.

Sesuai hampir semua jenis tanaman sayur-sayuran  termasuk salad, sawi, kobis, tomato, cili, timun, kacang dan sebagainya. Bunga termasuk  ros, orkid, marigold dsb. Foliage termasuk  palms, paku, ficus, dan house plants. Herba termasuk  basil, chives, mint, parsley, sage, thyme, dan lain-lain. Buah termasuk pisang ,tembikai dan lain-lain. 

Mengurangkan penggunaan air

Kawalan keatas musuh dan penyakit tanaman.

Pengunaan baja yang selamat tanpa larut-lesap

Penjimatan penggunaan tanah dan buruh.

Mengubah status petani dari buruh kasar kepada pekerja berskil.

Sebagai sebuah NGO, THS amat mengharapkan sokongan dan kerjasama semua pihak.

 

Terengganu Hydroponic Society 
e-mail hidroponik_malaysia@yahoo.com

Copyright 2002, Terengganu Hydroponics Society
All Rights Reserved