Laman Utama Link IPTA Profail Buku Tamu
     
Baik Pulih PC
Motherboard
Harddisk
Power Supply
Keyboard
Maklumat Lain
Networking
Setup Win2000

 

 
       

Dalam baikpulih komputer perkara yang paling penting adalah mengertahui masalah atau simptom-simptom yang dihadapi. Bahagian yang biasa bermasalah dalam komputer adalah motherboard, Power Supply dan Harddisk. Dalam ruangan ini disertakan simptom-simptom dan solution atau cara mengatasi masalah tersebut yang boleh diikuti oleh anda yang baru menceburkan diri dalam bidang ini. Ini adalah perkara paling asas yang perlu diketahui


Pengujian

1. Sambungkan bekalan kuasa, monitor dan kad display (tidak perlu sekiranya on-board) kepada motherboard.
2. Kad display yang digunakan adalah bergantung kepada jenis monitor yang digunakan samada VGA/SVGA dll.
3. Sambungkan kabel bekalan kuasa pada motherboard. (Pastikan wayar hitam bertemu hitam)
4. Kemudian sambungkan kabel bekalan kuasa monitor kepada bekalan kuasa dan kabel data monitor perlu disambungkan kepada kad display yang digunakan.
5. Untuk langkah keselamatan supaya tidak berlaku ‘short circuit’ pada motherboard, lapikkan motherboard dengan benda-benda  berpenebat seperti kertas, plastik,papan dan sebagainya.
6. Akhir sekali setelah semuanya dipasang, ‘ON’kan suis bekalan kuasa.
7. Jika motherboard tersebut ‘OK’ monitor akan mengeluarkan image pada skrin.
8. Jika tidak, ia menunjukkan bahawa motherboard tersebut adalah rosak.

Troubleshooting

1. NO DISPLAY

Biasanya keadaan ini adalah disebabkan oleh bateri leakage (cair). Kesan daripada bateri leakage ini menyebabkan litar menjadi putus dan menyebabkan ‘short circuit’ pada motherboard.

SOLUTION

Mula-mula buka bateri supaya senang dilihat manakah litar yang putus disebabkan oleh cairan bateri tadi. Selepas itu, perlu mengikis kesan-kesan cairan pada litar-litar yang berkemungkinan telah putus supaya mudah diperiksa nanti. Untuk memastikan litar-litar yang dikikis tadi putus atau tidak, gunakan multimeter. Jika jarum multimeter menunjukkan bacaan menunjukkan litar tidak putus dan begitulah sebaliknya. Jika didapati litar putus, sambungkan kembali dengan menggunakan wayar ataupun apa-apa sahaja yang boleh mengalirkan arus pada litar. Setelah selesai memeriksa litar-litar tadi, gantikan bateri yang rosak dengan bateri yang baru. Kemudian buat pengujian kepada motherboard tersebut.

2. DISPLAY

RAM Error
Biasanya paparan ini dihasilkan oleh komputer jenis XT. Keadaan ini disebabkan oleh RAM (64Mb/128Mb/256Mb) pada bahagian Bank ) telah rosak.

SOLUTION

Periksa semua RAM pada bahagian BANK 0 dan pastikan manakah yang rosak. Tukarkan RAM ini dengan yang baru.

3. DISPLAY

Memory Size Error
Keadaan ini adalah disebabkan oleh nilai Cache Memory yang dimasukkan ke dalam ‘Setup’ adalah tidak betul mengikut nilai RAM yang digunakan.

SOLUTION

Boot komputer ini kembali dan tekan Ctrl-Alt-Esc serentak untuk masuk ke ‘Setup’. Tukar nilai Cache Memory kepada nilai yang betul. Contohnya 348 kepada 384. Save ‘Setup’ ini dan boot kembali komputer.

4. DISPLAY

Decreasing Available Memory
Ini mungkin disebabkan oleh RAM chip terangkat, rosak atau SIMMs tidak dimasukkan dengan sempurna.

SOLUTION

Periksa SIMMs samada ia dimasukkan dengan sempurna pada soketnya dan ganti jika perlu.

5. DISPLAY

Disket Drive 0 Track 0 Failed
Konfigurasi sistem silap. Drive yang sepatutnya tidak sama dengan ‘Setup’. Ia mungkin juga kerana kabel drive tidak dipasangkan dengan betul.

SOLUTION

Periksa ‘Setup’ dan pastikan drive yang betul telah dimasukkan pada konfigurasi. Kemudian periksa kabel drive samada ia dipasangkan dengan betul atau tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

6. DISPLAY

Gate A 20 Failure
Keyboard XT telah dipasangkan dengan tidak sengaja pada sistem komputer AT. Ia akan mengeluarkan bunyi beep seklai yang nyaring.

SOLUTION

Periksa suis yang terdapat dibawah keyboard dan setkkan kepada suis AT jika menggunkan komputer jenis AT. Jika display error yang sama masih ujud, maka gantikan dengan keyboard yang baru.

7. DISPLAY

No Timmer Tick
Ini mungkin kerana litar ‘timmer’ rosak atau chip BIOS rosak atau mungkin juga kerana versi BIOS yang digunakan adalah versi lama.

SOLUTION

Masalah ini tidak dapat diselesaikan melainkan dengan bantuan daripada dealer.

8. DISPLAY

[xxx] Optional ROM Bad Cheksum = [xxx] Kad-kad BIOS tertentu mungkin rosak

SOLUTION

Masalah ini tidak dapat diselesaikan melainkan dengan menukarkannya dengan yang baru.

9. DISPLAY

Non System Disk OR Disk Failure
Ini disebabkan oleh komputer membaca sistem bootign dari Drive A dan didapati tiada sistem boot didalamnya.

SOLUTION

Keluarkan disket dari Drive A dan ‘press any key to continue’. Sistem akan terus boot daripada Hard Disk.

10. DISPLAY

Error Code [xxx]
[xxx] – mewakili komponen-komponen yang perlu diperiksa dan berkemungkinan rosak. Jadual dibawah menunjukkan kod-kod yang mewakili komponen-komponen tersebut.

  Kod Kesalahan Komponen yang perlu diperiksa
101-199   System Board  
201-299   RAM  
301-399   Keyboard  
601-699   Floppy Drive  
901-999   Printer  
1101-1199   Serial Port  
1701-1799   Hard Disk  

 

SOLUTION

Periksa kesemua komponen-komponen mengikut kod-kod yang dipaparkan pada skrin. Pastikan bahawa komponen-komponen ini disambungkan dengan betul pada tempatnya, komponen tidak terangkat daripada motherboard, wayar bekalan kuasa disambungkan pada komponen yang memerlukan bekalan kuasa dan lain-lain lagi.

11. SOUND

Beep kedengaran daripada speaker. Bunyi beep ini membawa makna-makna yang tertentu bagi menentukan komponen-komponen mana yang berkemungkinan rosak.Jadual dibawah menunjukkan bilangan ‘beep’ dan komponen-komponen yang perlu diperiksa:- 

  

  Bilangan bunyi ‘Beep’     Komponen yang perlu diperiksa
     
1-4   Memory
5   CPU
6   Keyboard
7   CPU
8   Video Card
9   BIOS
10   CMOS
11   Cache Memory

 

SOLUTION

* Sama seperti langkah 10.

Kecuali pada komponen-koponen Memory, Cache Memory, CMOS dan BIOS. Perlu boot kembali komputer ini kembali dan tekan Ctrl-Alt-Esc serentak untuk masuk ke ‘Setup’. Pastikan kesemua komponen ini telah disetkan dengan nilai-nilai yang betul mengikut  specifikasi yang terdapat di dalam manual motherboard.

   

Untuk paparan terbaik gunakan pelayar Internet Explorer IE4.0 / Netscape 6.0 ke atas dengan resolusi 800x600 pixels

Download Netscape Terbaru | Download Internet Explorer Terbaru

All rights reserved for hizriey. Copyright © 2002

hizriey@yahoo.com