Kampung Relau adalah salah sebuah pekan kecil yang terletak di dalam daerah Bandar Baharu di Selatan Kedah Darul Aman. Lokasinya berhampiran dengan Utara Perak dan bersempadan dengan Seberang Perai Selatan. Perjalanan ke sini dari Pulau Pinang hanya mengambil masa selama 45 minit manakala dari Parit Buntar Perak, hanya 15 minit sahaja.

Kedudukannya yang unik iaitu di kelilingi oleh banjaran bukit bukau yang menghijau dan menawan disertai dengan alam semulajadi yang belum terusik dan tercemar menjadikan Kampung Relau begitu istimewa.

Keramahan penduduknya yang majoritinya berketurunan Melayu dan hidup cara kampung menjadikan Relau seolah-olah tempat istirehat atau 'balik kampung' yang amat sempurna. Persekitarannya yang nyaman dikelilingi pula oleh pokok buah-buahan tempatan bermusim yang lazat seperti durian, langsat, manggis, rambutan, dokong, cempedak dan lain-lain akan menyambut ketibaan anda ke sini.

Anda juga akan berpeluang menikmati Durian Relau yang merupakan salah satu spesis durian yang bermutu tinggi dan terkenal di kawasan utara. Kedatangan anda ke Relau adalah suatu ketibaan yang pasti ditunggu-tunggu. Sambutlah lambaian kedamaian desa sejati dan ianya pasti terakam indah selamanya di dalam memori anda.

 

 
 
 
| intro | kemudahan | aktiviti | galeri | pelawat | english version |
1