Tempat Tinggal

Program Homestay di Kampung Relau adalah program yang berdaftar dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Kesenian dan Pelancongan Malaysia di bawah anjuran Sri Impian Recreation. Sebanyak 24 buah rumah penduduk yang telah dipilih untuk menyertai program ini yang mana kesemuanya berketurunan Melayu. Kesemua rumah-rumah ini mempunyai kemudahan-kemudahan asas yang lengkap di samping mempunyai keistemewaan yang tersendiri seperti perigi, kemahiran-kemahiran tertentu tuan rumah dan lain-lain. Program Homestay ini juga membolehkan peserta mengalami sendiri kehidupan keluarga angkat dan mencuba pengalaman baru yang pelbagai. Sri Impian Resort juga ada mempunyai dua buah chelet yang mempunyai kemudahan lengkap seperti bilik air,dan surau untuk bersembahyang. Tapak perkhemahan yang luas juga ada disediakan sekiranya peserta berminat untuk berkhemah. Keluasan kawasan perkhemahan ini mampu untuk menampung peserta seramai 200 orang pada satu-satu masa.

Wall Climbing/Abseiling

Sri Impian Resort juga ada menyediakan kemudahan yang agak mencabar seperti wall climbing/abseiling. Dengan kedudukan yang amat strategik berhampiran dengan tempat aktiviti lain bagi memudahkan pergerakan sesuatu aktiviti.

Kolam Berkayak

Ini adalah merupakan suatu kemudahan yang paling menarik yang telah diwujudkan oleh pihak pengurasan Sri Impian Resort. Di mana segala kelengkapan yang diperlukan untuk berkayak boleh didapati di sini malahan pihak pengurusan juga ada menyediakan jurulatih yang berpengalaman bidang ini.

Kolam Ikan

Lebih unik lagi apabila sesuatu tempat itu dengan keindahan kolam-kolam ikan air tawar. Sri Impian Resort mempunyai 3 buah kolam ikan yang meletakkan dengan berbagai jenis ikan air tawar yang terkenal.


 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
| intro | kemudahan | aktiviti | galeri | pelawat | english version |
1