Aktiviti yang disediakan untuk peserta :

Menyaksikan permainan tradisional seperti gasing, layang-layang, sepak raga, silat, congkak dan memancing cara tradisonal Orang Melayu.
(Minima 20 peserta)

Persembahan acara kebudayaan pada waktu malam :
I. Adat istiadat perkahwinan Melayu
II. Kompang
III. Nasyid
IV. Dikir Barat
V. Boria serta disajikan dengan aneka makanan tradisional.
(Minima 20 peserta)

Lawatan ke kilang memproses air di Bukit Relau serta ladang pisang dan sayur-sayuran. (Minima 10 peserta)

Meneroka persisiran Sungai Kerian dengan sampan sambil memancing udang galah. (Minima 10 peserta)

Menjalankan aktiviti lasak seperti meredah hutan, berkenu, memanjat dinding batu, merentasi halangan komando, berkhemah di waktu malam dan berkelah di air terjun Junjong. (Minima 20 peserta)

Demonstrasi masakan Melayu (termasuk ikan air tawar bakar) dari kolam memancing di Sri Impian. (Minima 5 peserta)

Acara mengait buah kelapa, memancing dan menoreh getah.

Pakej bermain golf di Kelab Golf Bukit Jawi atau "Kristal Golf Resort".

 
 
 
 
 
 
 
 
 
| intro | kemudahan | aktiviti | galeri | pelawat | english version |