Pengenalan

Hospital Taiping pada asalnya telah dibina oleh pihak swasta didalam tahun 1880an. Pada waktu itu hospital ini dikenali sebagai Hospital Yeng Wah. Hospital Taiping terletak di kedudukan yang strategik ditengah-tengah bandar Taiping yang bersejarah.

Hospital Taiping memberikan perkhidmatan bagi kawasan Perak Utara dan menerima kes-kes rujukan dari Hospital Selama , Parit Buntar dan Kuala Kangsar.Selain dari itu rujukan juga diterima dari klinik-klinik dan hospital-hospital swasta.

Hospital Taiping telah berkembang dengan pesatnya didalam sekurun ini. Pada waktu ini hospital ini mempunyai lebih dari 600 katil dan anggota dari pelbagai kategori yang berjumlah lebih dari 1000 orang. Hospital Taiping merupakan hospital daerah yang terbesar di Malaysia.

Hospital Taiping memberikan pelbagai jenis perkhidmatan, dari penjagaan pesakit primer hingga ke perkhidmatan rawatan sekunder. Hospital ini juga menyediakan kemudahan latihan bagi pegawai perubatan siswazah , jururawat dan lain-lain

 

                                                            

 

 

1