KEJOHANAN SUKAN KELAB-KELAB KESIHATAN
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KE-18
Pada 16 hingga 18 hb. Jun 2000 Hospital Taiping telah
diberi penghargaan manganjurkan
Kejohanan Sukan Kelab-Kelab Kesihatan Negeri Perak Darul Ridzuan Ke-18.
Acara dwitahunan yang telah dilangsungkan di Kolej Latihan Telekom itu telah
diresmikan oleh Y. Bhg. Dr. Hussain b. Othman, Tmbalan Pengarah KesihatanPerak.
Acara perasmian
kejohanan tersebut dimulai dengan bacaan doa selamat, diikuti kemudiannya
dengan acara paluan gong oleh Y.Bhg. Timbalan Pengarah Kesihatan sebagai
menandakan kejohanan bermula. Seterusnya para penonton dan jemputan dipamerkan
dengan gaya segak perarakan kontingen-kontingen serta pembacaan ikrar
beramai-ramai peserta yang mengambil bahagian serta upacara menaikkan bendera
kejohanan.
Kejohanan
yang berlangsung selama tiga hari itu melibatkan penyertaan sebanyak 13
kontingen dari seluruh negeri Perak dimana sebanyak 19 acara telah
dipertandingkan. Dalam kejohanan tersebut Hospital Taiping telah muncul sebagai
johan dalan acara Bola Jaring.
Sehubungan dengan kejohanan itu pada malam 17 hb. Jun
2000 para peserta, deligasi serta jawatankuasa semua telah dirai dan dihiburkan
dalam satu majlis makan ‘Malam Mesra’ bertempat di Dewan Majlis Perbandaran
Taiping