Frasa 16 : Tugas-tugasan Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan Majlis
HLSC
(1)
Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC akan menjalankan
tugas-tugas untuk kepentingan Majlis Bekas Pelajar-Pelajar SMJK Hua Lian (Majlis
HLSC) dan segala keputusan yang dibuat mesti tidak bercanggah dengan
Perlembagaan Majlis HLSC dan dipatuhi oleh semua ahli Cawangan Majlis HLSC
masing-masing.
(2)
JawatanKuasa Cawangan Majlis HLSC terdiri daripada:
(a)
Presiden, Timbalan Presiden, tiga (3) Naib Presiden, Setiausaha
Agung, tiga (3) Penolong Setiausaha Agong, Bendahari, Penolong Bendahari,
Ketua Program dan Kumpulan Penolong Program, serta tidak lebih daripada
sepuluh (10) orang Director Majlis HLSC.
(b)
Ketua-ketua dan penolong-penolong ketua biro-biro yang ditubuhkan
oleh Cawangan masing-masing.
(c)
Penasihat-penasihat Kehormat dan penasihat-penasihat bagi Majlis
HLSC.
(3) Tanggungjawab-tanggungjawab
bagi Presiden:
(a)
Mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC.
(b)
Bersama-sama dengan Setiausaha Kehormat atau Bendahari Kehormat
menandatangani cek-cek untuk kegunaan Cawangan Majlis HLSC masing-masing.
Presiden berhak melulusan penggunaan wang tidak lebih daripada Ringgit
Malaysia Dua ratus (RM 200.00) sendiri untuk kegunaan Majlis HLSC.
Penggunaan wang Majlis HLSC yang lebih daripada Ringgit Malaysia Dua ratus
(RM 200.00) mesti mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa
Cawangan Majlis HLSC.
(c)
Merancang, menyedia, menjalankan dan memantau segala dasar-dasar
dan tugasan-tugasan tentang Cawangan Majlis HLSC masing-masing yang
diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC untuk
kemajuan Cawangan masing-masing supaya berjalan dengan lancar.
(d)
Memastikan segala pentadbiran bagi Cawangan Majlis HLSC dijalankan
dengan licin dan adil.
(e)
Memastikan dan memantau segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan
oleh Cawangan Majlis HLSC adalah berfaedah dan tidak bercanggah dengan
Dasar-dasar atau Perlembagaan Majlis HLSC atau melanggar undang-undang.
(f)
Berhak melantik Director-director tambahan (maksimum 5 orang) dalam
Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC dengan ahli tersebut mestilah ahli dari
Cawangan Majlis HLSC tersebut.
(g)
Berhak menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa Khas untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi atau untuk kepentingan Majlis
HLSC dan Cawangan Majlis HLSC masing-masing.
(h)
Berhak menubuh dan membubarkan Biro-biro Cawangan Majlis HLSC yang
menjalankan tugas untuk Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC demi kepentingan
Majlis HLSC dan Cawangan masing-masing.
(i)
Berhak memeriksa segala laporan,
minit mesyuarat, akaun dan lain-lain yang berkaitan dengan Cawangan
Majlis HLSC daripada Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC pada bila-bila masa
apabila diperlukan.
(j)
Presiden mempunyai hak ‘undi pemutus’ (casting vote) dan beliau
hendaklah menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat.
(4)
Tanggungjawab-tanggungjawab bagi Timbalan Presiden:
(a)
Membantu Presiden menjalankan
tanggungjawab beliau.
(b)
Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa
Cawangan Majlis HLSC apabila Presiden tidak hadir atau memohon cuti. Kuasa
Timbalan Presiden dalam mesyuarat tersebut adalah sama dengan Presiden dan
berhak meluluskan semua perkara.
(c)
Menjalankan tugasan-tugasan sebagai
Pemangku Presiden apabila Presiden memohon cuti.
(d)
Menjadi Presiden secara semulajadi
apabila Presiden meletakkan jawatan sehingga tamat tempoh untuk pemilihan
jawatankuasa yang baru. Jawatan Timbalan Presiden yang kosong akan diganti
oleh salah seorang daripada Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan Majlis HLSC.
(5) Tanggungjawab-tanggungjawab
bagi Naib Presiden:
(a)
Terdapat sebanyak tiga (3) orang Naib
Presiden dan tidak boleh lebih daripada tiga orang dipilih untuk Cawangan
Majlis HLSC.
(b)
Naib-naib Presiden hendaklah membantu
Presiden dan Timbalan Presiden dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
(c)
Bertanggungjawab menjaga dan memantaukan
segala perkembangan baru Cawangan Majlis HLSC dan bahagian-bahagiannya.
(6) Tanggungjawab-tanggungjawab
bagi Setiausaha Agong:
(a)
Bertanggungjawab secara langsung kepada
Presiden.
(b)
Melaporkan kepada Presiden segala
tindakan yang dijalankan berhubung dengan pentadbiran pejabat.
(c)
Mendapatkan persetujuan daripada
Presiden berkenaan dengan pengambilan Ahli-ahli Ibu Pejabat Cawangan
Majlis HLSC (Sekretariat) dan juga pemberhentian mereka itu.
(d)
Bertanggungjawab atas kesempurnaan
mesyuarat dan merekod minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan Majlis
HLSC.
(e)
Bertanggungjawab merekodkan
maklumat-maklumat semua ahli Cawangan Majlis HLSC dengan bekerjasama
dengan Bahagian Pendaftaran Majlis HLSC.
(7) Tanggungjawab-tanggungjawab
bagi Bendahari Kehormat:
(a)
Bertanggungjawab secara langsung kepada
Presiden.
(b)
Bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan kewangan Cawangan Majlis HLSC.
(c)
Menyediakan anggaran pendapatan dan
perbelanjaan tahunan kepada Cawangan Majlis HLSC.
(d)
Bertanggungjawab menyediakan penyata
kira-kira kewangan untuk diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik dalam
Mesyuarat Agong Cawangan Majlis HLSC.
(e)
Membentangkan penyata dan butir
kira-kira yang telah diperiksa dan disahkan oleh Juruaudit kepada Majlis.
(f)
Bertanggungjawab memantau dan memastikan
penggunaan dan perjalanan kewangan Cawangan Majlis HLSC berguna dengan
lancar dan tidak berlaku penyelewengan.
(8) Tanggungjawab-tanggungjawab
bagi Penolong Setiausaha Agong:
(a)
Terdapat sebanyak tiga (3) orang
Penolong Setiausaha Agong dan tidak boleh lebih daripada tiga orang
dipilih untuk Majlis HLSC.
(b)
Bertanggungjawab untuk membantu
Setiausaha Agung dalam menjalankan tugas beliau.
(c)
Menjalankan tugas Setiausaha Agung
semasa ketiadaan beliau dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Tertinggi
Majlis HLSC.
(9) Tanggungjawab-tanggungjawab
bagi Penolong Bendahari Kehormat:
(a)
Bertanggungjawab untuk membantu
Bendahari Kehormat dalam menjalankan tugas beliau.
(b)
Menjalankan tugas Bendahari Kehormat
semasa ketiadaan beliau dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.
(10) Tanggungjawab-tanggungjawab
bagi Kumpulan Programmer:
(a)
Bertanggungjawab secara langsung kepada
Presiden.
(b)
Bertanggungjawab untuk merancang dan
menyediakan garis panduan tentang pelaksanaan program-program Cawangan
Majlis HLSC.
(c)
Memastikan semua aktiviti yang
dijalankan sama ada aktiviti Pusat (Dewan Tertinggi Majlis HLSC) atau
aktiviti Cawangan Majlis HLSC dijalankan dengan lancar dan berfaedah.
(d)
Berhak untuk membatalkan sesuatu projek
atau aktiviti Cawangan Majlis HLSC yang difikir tidak berfaedah atau
melanggar dasar atau perlembagaan Majlis HLSC selepas mendapat persetujuan
Presiden daripada Cawangan Majlis HLSC.
(11) Tanggungjawab-tanggungjawab
bagi Director-director:
(a)
Terdapat sebanyak dua puluh lima (25)
orang Director-director dan tidak boleh lebih daripada dua puluh lima
orang dipilih untuk Cawangan Majlis HLSC.
(b)
Director-director ini akan dibahagi
kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan memegang satu jawatan.
(c)
Bertanggungjawab secara langsung kepada
Presiden.
(d)
Bertanggungjawab untuk melancarkan
pentadbiran Cawangan Majlis
HLSC dengan menjalankan tugasan yang ditentukan oleh Presiden.
|