Welcome to Hua Lian Student Club (HLSC) Official Homepage

Hua Lian News , History of Hua Lian , History of HLSC , Constitution of HLSC , Message for HLSC
Board of Directors , Members , ActivitiesPhoto Gallery , Contact HLSC , Links , Home
Welcome to "Hua Lian Student Club Official Homepage" , this Hua Lian Student Club is officially establish on 1 July 2001 by a group of Ex Hua Lian Students.

Pilihan Raya Umum Di Malaysia

 
Maklumat Pilihan Raya Umum Yang Telah Diadakan
Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri bagi negeri-negeri di Semenanjung telah diadakan sebanyak sepuluh kali bermula dari tahun 1959 hingga sekarang (1999). Manakala Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat bagi Negeri Sabah dan Sarawak ialah sebanyak lapan kali bermula dari tahun 1969 hingga sekarang (1999). Bagi Dewan Undangan Negeri pula, DUN Negeri Sabah telah diadakan sebanyak 9 kali dan DUN Negeri Sarawak pula telah diadakan sebanyak 8 kali. Jadual ringkas maklumat tersebut adalah seperti berikut:-

Dewan Rakyat

Dewan-dewan Undangan Negeri

Semenanjung

1959,1964,1969,
1974,1978,1982,
1986,1990,1995,
1999

Sabah

1969,1974,1978,
1982,1986,1990,
1995,1999

Sarawak

1969,1974,1978,
1982,1986,1990,
1995,1999

Semenanjung

1959,1964,1969,
1974,1978,1982,
1986,1990,1995,
1999

Sabah

1967,1971,1976,
1981,1985,1986,
1990,1994,1999

Sarawak

1969,1974,1979, 1983,1987,1991, 1996,2001

 
Keanggotaan Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri
Bilangan kerusi Dewan Rakyat adalah ditetapkan oleh Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan manakala bilangan kerusi Dewan-dewan Undangan Negeri pula ditetapkan oleh peruntukan yang berkaitan di dalam Perlembagaan Negeri-negeri berkenaan.
 
Pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa apabila Dewan Rakyat dibubarkan, Pilihan Raya Umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaranya. Peruntukan yang serupa terkandung juga di dalam Perlembagaan Negeri-negeri bagi tujuan Pilihan Raya Umum Dewan-dewan Undangan Negeri.
 
Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri juga menetapkan bahawa Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri, kecuali dibubarkan lebih awal, adalah terbubar dengan sendirinya setelah tamat tempoh lima tahun daripada tarikh persidangan pertama Dewan yang berkenaan selepas satu-satu Pilihan Raya Umum.
All Rights Reserved. hualian_studentclub@yahoo.com 
Copyright © 2001 Hua Lian Student Club.

1