Sudut Pedalaman-GSP  

SIDE & INTERNAL POLYGON'S ANGLE
 

                   Topik-topik berkaitan              : Poligon
                                                                    Sudut dan Garis Selari

                    Aras Berkaitan                        : Tingkatan 2 dan 3

                    Pengetahuan Sedia Ada           : 1. Mengenalpasti sebarang bentuk poligon
                                                                     2. Menamakan bentuk poligon berdasarkan bilangan sisi
                                                                     3. Mengetahui jumlah sudut pada satu satah

                    Aras kemahiran                       : Menggunakan GSP aras pertengahan

                    Masa                                      : 1 jam 30  minit

                    Jenis Tugasan                          : Pembinaan konsep dan penerokaan

                    Pendekatan pembelajaran        : Pembelajaran koperatif

                     Alat yang diperlukan               : Disket & lembaran kerja

                     Objektif                                 : Pelajar dapat meneroka dan membina konsep dalam mencari
                                                                     hasil tambah sudut pedalaman sesuatu poligon

PANDUAN GURU
1. Guru meminta beberapa orang pelajar memberikan takrifan awal mengenai poligon.
    Kemudian     guru menerangkan maksud poligon. Seterusnya, pelajar diminta membentuk
    6 kumpulan bagi melaksanakan aktiviti yang akan dijalankan.

2. Guru menerangkan kepada pelajar bahawa setiap pelajar dalam kumpulan perlu
    melakukan aktiviti secara individu dan memasukkan data yang diperolehi di dalam
    lembaran aktiviti yang diedarkan.

3. Setiap pelajar dikehendaki membuka fail poligon.gsp.Kemudian  diminta mencari
    sudut pedalaman bagi setiap bucu poligon tanpa melakukan sebarang perubahan pada
    poligon  yang asal.

4. Pelajar dikehendaki mencari hasil tambah semua sudut pedalaman dalam poligon.

5. Pelajar diminta mengubah panjang sisi atau saiz sudut tanpa mengubah bilangan sisi poligon.
    Seterusnya, pelajar dikehendaki membuat ‘tabulate’.

7. Ulangi langkah ke-5  sebanyak 2  kali.

8. Maklumat dikumpulkan dari setiap ahli dalam kumpulan.

9. Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, pelajar diminta membuat perbandingan dan
    seterusnya membuat kesimpulan tentang hasil tambah sudut pedalaman bagi setiap poligon.

10. Wakil setiap kumpulan menerangkan di hadapan kelas tentang kesimpulan yang
      mereka   perolehi.

11. Dengan bantuan guru, pelajar membina konsep tentang perkaitan bilangan sisi dengan jumlah
      hasil tambah sudut pedalaman bagi setiap poligon yang diperolehi.

12. Pelajar dapat membuat rumusan tentang perkaitan bilangan sisi dengan jumlah hasil tambah
      sudut pedalaman
 

LEMBARAN AKTIVITI PELAJAR

Langkah-langkah:
1. Fail GSP telah dimuatkan dalam disket pelajar iaitu poligon.gsp.

2. Buka fail poligon.gsp, terdapat 6 bentuk poligon. Cari nilai setiap sudut pedalaman bagi:
    i.   segitiga
    ii.  segiempat
    iii.  pentagon
    iv.  heksagon
    v.   heptagon
    vi.  oktagon

3. Catatkan nilai yang diperolehi dalam lembaran aktiviti

4. Tanpa mengubah bilangan sisi, heretkan sebarang 'point' pada bucu setiap poligon dan
    catatkan nilai sudut pedalaman yang di perolehi.

5. Ulangi langkah keempat sebanyak 3  kali  dan semak semua hasil tambah yang diperolehi
    melalui tabulate tools.

6. Bandingkan jawapan dengan kumpulan lain dan buat kesimpulan dengan menjawab soalan
    dalam lembaran aktiviti.

7. Setiap wakil kumpulan menerangkan dihadapan kelas tentang kesimpulan yang diperolehi.
 
 

LEMBARAN AKTIVITI

Panduan  Guru :

JHT        =   Jumlah hasil tambah sudut pedalaman
 
 
SUDUT 
PEDALAMAN
1
(Tanpa mengubah poligon asal yang terdapat dalam fail poligon.gsp)
2 & 3
(Ulangan kali 2, iaitu mengubah 
panjang sisi/saiz sudut tanpa mengubah bil.sisi)

 

BILANGAN
SISI
NAMA
POLIGON
BENTUK POLIGON
 SUDUT
PEDALAMAN
1
2
3
3
 SEGITIGA
ABC =
BCD =
CDA =


JHT    =
4
 SEGIEMPAT
ABC =
BCD =
CDA =
DAB =


JHT    =
5
PENTAGON
ABC =
BCD =
CDE =
DEA =
EAB  =


JHT    =
6
HEKSAGON
ABC =
BCD =
CDE =
DEF =
EFA =
FAB =


JHT    =
7
HEPTAGON
ABC =
BCD =
CDE =
DEF =
EFG =
FGA =


JHT    =
8
OKTAGON
ABC =
BCD =
CDE =
DEF =
EFG =
FGH =
GHA =
HAB =


JHT    =

                   
 

JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

1.Berikan kesimpulan yang anda perolehi daripada hasil tambah sudut pedalaman berikut:

    a) segitiga      = _____________

    b) segiempat  = _____________

    c) pentagon   = _____________

    d) heksagon   = _____________

    e) heptagon   = _____________

     f) oktagon     = _____________
 

2. Daripada soalan 1, cari pola bagi hasil tambah sudut pedalaman berdasarkan
    bilangan sisi setiap poligon.

Bentuk 
Poligon
 Bilangan 
Sisi
Jumlah 
Sudut Pedalaman
Perkaitan Antara Bil. Sisi & 
Jum.  SudutPedalaman
          Segitiga
          Segiempat
          Pentagon
          Heksagon
          Heptagon
          Oktagon
3. Buat rumusan berdasarkan dari  perkaitan antara bilangan sisi dan jumlah  sudut pedalaman yang
    diperolehi.

                Bil. sisi  3  =
                Bil. sisi  4  =
                Bil. sisi  5  =
                Bil. sisi  6  =
                Bil. sisi 7   =
                Bil. sisi 8   =
                       .
                       .
                       .
                       .

                Bil. sisi  =

4. Apakah rumus yang anda perolehi?

  Jum. Sudut Pedalaman  =

 

4. Dengan menggunakan  rumus yang anda perolehi , carikan jumlah sudut pedalaman bagi
     bilangan   sisi 20, 30, 40 dan  1000.

                  sisi 20     =      ________________________
                  sisi 30     =      ________________________
                  sisi 40     =      ________________________
                  sisi 1000 =      ________________________
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1